Ini 5 Makanan Indonesia Digemari Ramai Di Malaysia!
Disebabkan lokasi setiap negara di Asia Tenggara berdekatan antara satu sama lain. Kita dapat menikmati pelbagai budaya makanan yang berbeza, antara yang popular ialah makanan dari Indonesia.
Cuba lihat kedai yang berada di kawasan anda. Sudah tentu anda dapat melihat restoran yang menjual makanan indonesia atau megambil sedikit ilham daripada negara jiran.
Photo from Pinterest
Ada juga warga tempatan sering menikmatinya hampir setiap hari. Contohnya, ayam gepuk menjadi kegemaran majoriti orang tempatan.
Mana tidaknya, ayam goreng ranggup makan bersama nasi putih dengan sambal manis pedas berapi. Membuatkan sesiapa sahaja kecur air liur melihatnya tau! Maka tidak terkejutlah mengapa ia begitu popular.
Photo from foodpanda
Oleh itu ini adalah 5 makanan Indonesia yang sangat popular di negara kita. Mana satu menjadi kegemaran anda?
Ayam Penyet/Gepuk/Geprek
Photo from Ayam Gepuk Top Global
Tidak kisah mana satu. Paling penting anda pasti gemar menikmatinya betul? Kalau dapat makan setiap hari pun tidak mengapa, tak jemu pun.
Haa.. bagi yang tak biasa makan hidangan ini. Menu yang berasal dari Jawa adalah hidangan ayam goreng (diketuk jika penyet), dihidang bersama sambal, timun dan hiasan seperti tauhu dan tempe.
Photo from Che Nom
Watak utama dalam hidangan ini ialah sambal penyet diperbuat daripada cili, bawang merah, bawang putih, asam jawa dan jus limau. Ia akan digoreng dan dikisar untuk mengeluarkan rasanya yang menyelerakan.
Selain di negara kita. Orang Singapura juga gemar menikmati makanan ini dengan pelbagai restoran turut menghidangkannya.
Photo from Munch Malaysia
Pecel Lele
Photo from SINDOnews
Kalau dah hari-hari kita makan ayam, naik jemu jugak betul? Kalau begitu penggemar makanan Indonesia akan tukar selera dengan menikmati pecel lele.
Ia adalah menu ikan keli goreng yang lebih kurang sama dengan ayam gepuk. Bezanya ialah ikan keli dan sayuran seperti daun basil, timun, kobis dan kacang panjang. Bagi mereka yang suka makan ikan akan menikmati hidangan ini.
Walau bagaimanapun, pecel lele dan pecel ialah dua makanan berbeza. Pecel terdiri daripada sayur dan dimakan bersama kuah kacang.
Photo from kompass
Bakso
Photo from Ayam Gepuk Top Global
Haa.. kalau anda makan makanan ini, maksudnya memang penggemar makanan Indonesia! Bakso ialah hidangan bebola daging dan perkataan itu sendiri merujuk kepada sebiji bola dalam mangkuk.
Bakso mempunyai tekstur yang kenyal dan padat dengan isi. Hidangan ini terhasil daripada imigran Cina yang datang ke negara tersebut dan sering dijual di tepi jalan raya seperti warung di negara kita.
Photo from Blibli
Untuk menghasilkan semangkuk bakso memerlukan bahan utama seperti daging cincang, ubi kayu, sup, sayur, bawang goreng dan mi. Segelintir peniaga akan tambah isi ayam bersama daging atau telur rebus.
Tak kisah nak letak apa sekalipun, rasanya tetap enak!
Photo from Wikimedia
Sate Padang
Photo from Cook Me Indonesia
Haa.. Indonesia pun ada hidangan sate yang berbeza daripada negara kita. Selalunya dihidang bersama kuah kacang pekat berempah berasal daripada Padang, Sumatera Barat.
Katanya terdapat tiga jenis sate iaitu Padang, Padang panjang dan Pariaman. Perbezaan antara tiga jenis ini adalah pada warna kuahnya.
Photo from Aien Zaini
Prosesnya lebih kurang sama seperti versi negara kita. Daging lembu atau kambing direbus dan dipotong dadu sebelum dibakar sehingga masak. Air rebusan daging tadi pula digunakan untuk membuat kuah kuning.
Campurkan air rebusan daging bersama tepung beras, kunyit, ketumbar, bawang putih, akar lengkus, jintan dan garam akan menghasilkan kuah melazatkan ini. Cara makan pula kuah dicurahkan atas sate dan makan seperti biasa.
Photo from Daniel W
Nasi Padang
Photo from Johor Kaki
Berasal dari Padang makanan ini sudah semestinya akan mengejutkan bagi mereka yang mencubanya buat pertama kali. Masakan Padang memang terkenal dengan rasa santan dan pedas.
Tiga elemen penting dalam masakan mereka ialah gulai (kari), lado (cili) dan bareh (beras). Selain itu terdapat lauk lain seperti rendang, asam padeh dan kalio untuk dinikmati bersama nasi putih.
Photo from Malay Mail
Ia dipercayai jika seseorang pandai masak gulai Padang. Mereka merupakan seorang yang berbakat dalam masakan kerana caranya sedikit rumit memerlukan pengetahuan tentang rempah.
Tambahan pula, sayur seperti pucuk ubi kayu, gulai nangka dan kobis menjadi lauk sampingan. Nak menikmatinya pun tidak memerlukan anda ke Indonesia kerana terdapat beberapa restoran popular menghidangkannya.
Photo from JE
Mungkin korang suka: