Cara Untuk Hasilkan Tomyum Yang Sedap!
Tomyum adalah salah satu masakan yang digemari oleh setiap orang kerana rasanya menggabungkan unsur manis, masam, masin dan pedas sesuai dipadankan dengan nasi putih untuk makan malam. Namun, nak buat tomyum ini tidak susah mana pun kerana Min akan kongsikan rahsia nak buat versi paling sedap!
Makanan berasal dari Thailand bukan sahaja popular di negara kita malah satu dunia pun turut mengenali hidangan ini tau. Ramai mengatakan profil rasa sup tomyum memang sukar untuk dikalahkan.
Gabungan 4 rasa secara harmoni memberikan rasa yang luar biasa tanpa membenarkan salah satu rasa mengatasi yang lain. Oleh itu, terhasil rasa yang kita amat kenali sejak dari kecil.
Tetapi, kenapa masih ramai lebih gemar untuk makan tomyum di kedai berbanding mencuba masaknya di rumah? Kebanyakkannya gagal untuk menghasilkan kuah tomyum yang pekat dan cukup rasa.
Kuah yang selalu dihasilkan adalah cair dan tidak mempunyai rasa yang seimbang. Kadang kala terlebih masam, masin atau pedas dapat merosakkan keseleruhan hidangan ini dan buat kita potong mood!
Photo from Pinterest
Haa.. jangan risau, Min sedia membantu menyelesaikan masalah korang kalau asyik gagal aja masak tomyum. Korang baca sampai habis untuk mengetahui rahsia untuk menghasilkan tomyum yang paling sedap mengalahkan di kedai tau.
Bahan-Bahan Yang Perlu Korang Ada
Photo from Pinterest
Sebelum kita mulakan, resipi yang Min kongsikan adalah tomyum versi merah tau yang biasa kita makan. Ini kerana ada versi tomyum yang berkuah putih dan resipi tersebut sedikit berbeza daripada resipi ini.
Haa.. kalau korang nak tahu rahsia untuk menghasilkan tomyum sedap terletak pada pes tomyum tersebut. Ada pelbagai cara untuk menghasilkan pes sendiri tetapi korang boleh sahaja beli pes di kedai untuk memudahkan proses memasak.
Ramai menggalakkan untuk membeli pes jenama "maepranom" yang sentiasa digunakan oleh hampir semua restoran thai dalam negara kita. Pes ini mendapat pengiktirafan halal dan datang daripada Thailand tau.
Photo from pinterest
Bahan Untuk Menghasilkan Pes Tomyam (Langkau jika korang menggunakan pes kedai)
- 15-20 biji cili kering yang dibuang biji dan rebus. Tambah jumlah cili kalau mahukan lebih pedas
- 1 biji bawang besar
- 5 ulas bawang putih
- 2 inci lengkus
- 2 inci halia
- 5 helai daun limau purut
- 1 sudu besar ketumbar
- 2 sudu besar udang kering, rendam sehingga lembut
- 1 cawan air asam jawa
- 2 sudu besar gula perang
- 2 barang serai
- 2 sudu sos ikan
- Semua sayur pastikan dihiris!
Bahan Untuk Menghasilkan Kuah Tomyam (Korang Boleh Ubah Mengikut Kesukaan & Rasa)
- 3 cawan air (kalau nak guna air rebusan lebih baik seperti makanan laut)
- Masukkan isi protein yang korang suka (ayam, daging, sotong atau udang)
- 2 batang karot
- 1 biji tomato dipotong 4
- Masukkan cendawan (Kalau tak suka jangan masukkan)
- 1 batang serai
- 4 helai daun limau purut
- 10-12 biji cili padi, belah dua jangan bagi terputus
- 2 sudu besar sos ikan
- 2 biji limau nipis perahkan jusnya
- Tomyam pes
- daun ketumbar
- 1/2 bawang besar kuning dipotong 4
Cara Masak Tomyun Sempurna
Photo from Pinterest
Pastikan setiap bahan yang Min tulis korang dah sediakan terlebih dahulu supaya proses memasak akan menjadi lebih mudah. Selain itu, korang boleh ubah sedikit resipi untuk menepati selera rasa masing-masing.
Untuk menyediakan pes tomyam
- Kisar semua bahan yang telah dihiris sehingga halus
- Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan kisar tersebut sehingga pecah minyak
- Gunakan api yang sederhana saaja dan kacau dengan konsisten untuk elakkan pes korang menjadi hangus
- Teruskan kacau sehingga pes menjadi warna merah gelap dan mula pecah minyak
- Tutup api, selesai masak korang perlu sejukkan
Langkah Masak Tomyam:
- Masukkan air ke dalam kuali dan panaskannya. Masukkan pes tomyam dan biarkan sehingga mendidih
- Kemudian, masukkan serai bersama karot dan biarkan sehingga sayur menjadi lembut
- Masukkan protein yang korang ingin gunakan
- Jangan lupa jus limau nipis, cili padi, bawang dengan sos ikan juga
- Masak sehingga mendidih dan ubah mengikut rasa di lidah korang
- Proses masak sudah siap! Tinggal untuk dihidang sahaja
Mudah Sahaja Kan Nak Masak Tomyam Ni
Photo from Pinterest
Haa.. senang je sebenarnya nak masak tomyum dengan sempurna! Pastikan korang ikut semua langkah yang Min dah tulis supaya kuah menjadi lebih pekat dan penuh berperisa sampai taknak makan dekat kedai dah.
Tomyam merupakan masakan kegemaran ramai orang kerana keseimbangan 4 rasa yang berbeza telah membuatkannya sangat berbeza daripada makanan lain yang ada dalam negara kita. Memang susah untuk cuba elak makan tomyum ni kan.
Oleh itu, apa kata korang cuba resipi untuk dinikmati bersama keluarga.
Mungkin korang suka baca: