Cara Untuk Menikmati Keunikkan Nasi Padang!
Nasi Padang mungkin kelihatan seperti pengalaman yang luar biasa bagi yang pertama kali mencubanya. Maklumlah, rasa terkebil melihat pelbagai jenis lauk diletakkan di atas meja sampai kita sendiri tak tahu nak mula mana satu dulu kan.
Haa.. kalau macam tu Min akan ajak korang apa sebenarnya Nasi Padang dan bagaimana cara untuk menikmatinya terutama yang ada hasrat untuk makan pada hujung minggu bersama keluarga atau pasangan.
Nasi Padang merupakan salah satu hidangan daripada negara jiran iaitu Indonesia yang amat popular dalam negara kita. Selain daripada ayam penyet, geprek, hidangan nasi padang secara perlahan berjaya mencuit hati orang Malaysia dengan gaya masakannya.
Secara asasnya, nasi padang ini sama sahaja macam kita makan nasi campur waktu tengah hari di medan selera tu. Bezanya terletak pada cara lauk mereka dimasak sahaja menggunakan resipi asli Minang berbanding resipi negara kita.
Kini, semakin banyak kedai nasi padang dibuka memudahkan korang untuk pilih serta cuba untuk mencari yang mana paling kena dengan selera rasa korang. Tak perlulah nak book tiket terbang ke sana lepas ini.
Photo from Pinterest
Jom tengok apa itu nasi padang dan bagaimana cara untuk korang menikmatinya dengan sedap.
Apa Itu Sebenarnya Nasi Padang
Photo from Pinterest
Nasi padang bukan sekadar hidangan semata-mata, ia boleh dikategorikan sebagai sebuah perjalanan dan pengalaman. Ini kerana korang berpeluang untuk merasai masakan Indonesia yang datang daripada wilayah Sumatera Barat.
Kebanyakkan masakan mereka mempunyai rasa kaya dan aromatik unik mempamerkan budaya meriah daripada Padang. Masakan padang juga bukan popular di negara kita sahaja malah seluruh Indonesia juga tau.
Asal-usulya kembali kepada orang Minangkabau, kumpulan etnik berasal dari Sumatera Barat yang terkenal dengan tradisi masakan mereka. Oleh itu, terhasil lah nasi padang yang kita berpeluang untuk menikmatinya.
Selain itu, budaya Minangkabau memberi penekanan yang kuat untuk makan bersama dan setiap lauk yang ada pada hidangan ini memang dicipta untuk dikongsi bersama dengan nasi untuk menghasilkan hidangan lengkap dan mempunyai rasa tersendiri.
Ciri nasi padang yang perlu ada seperti lauk dimasak menggunakan pelbagai rempah-rempah aromatik dan bukan satu jenis lauk sahaja. Ada banyak lauk untuk memberi pelbagai warna meningkatkan daya tarikan visual kepada keseleruhan hidangan.
Photo from IG: padangsonwheels
Sebab itulah kalau korang pergi rumah makan nasi padang di Indonesia korang akan lihat macam-macam lauk diletakkan dalam gelas kaca untuk menarik perhatian korang dengan bau yang sungguh enak.
Lauk Apa Yang Korang Wajib Pilih
Photo from IG: padangsonwheels
Sebaik melangkah masuk sahaja ke restoran Nasi Padang selalunya semua jenis lauk akan dihidangkan di atas meja bersama sepinggan nasi. Apa yang korang perlu buat adalah pilih lauk yang korang ingin sahaja.
Selebihnya, korang boleh tinggal tidak bersentuh. Haa.. tetapi kebanyakkan restoran di negara kita membuatkan korang pilih lauk yang dipamerkan sama seperti makan nasi campur dekat medan selera.
Namun, ada macam-macam jenis lauk mana satu patut korang utamakan supaya pengalaman makan korang lebih sedap dan bermakna. Sebagai permulaan, nasi padang tak lengkap kalau tiada lauk rendang tau.
Rendang mereka sedikit berbeza daripada kita kerana selalunya berwarna lebih gelap dan proses masaknya lebih lama untuk mengeluarkan rasa manis secara semulajadi. Memang tak lengkap kalau tiada lauk rendang ini tau! Dahulukan lauk ini sebelum lauk lain.
Kalau tiada sambal pun rasa makan itu tak puas jadi jangan sesekali tidak pilih sambal nasi padang. Selalunya, sambal yang ada dikenali sebagai sambal belado yang berwarna hijau atau merah. Kalau korang selalu makan ayam geprek, lidah korang akan terbiasa dengan sambalnya cuma rasa pedas itu dikurangkan.
Seterusnya, lauk gulai akan memberikan rasa lemak ke dalam campuran lauk lain. Penggunaan santan dalam proses memasak membezakannya daripada kari dan ada macam-macam jenis gulai untuk korang pilih. Min akan amik gulai ayam.
Dendeng balado pula daging yang telah digoreng dan disaluti dengan cili pedas dan sos tomato dihiris nipis-nipis tau. Ini akan memberikan tekstur ranggup dan rasa pedas boleh membuatkan korang ketagih tau.
Photo from IG: padangsonwheels
Akhir sekali, ayam goreng yang direbus sehingga empuk dulu. Kemudian, digoreng untuk mendapatkan kulit yang garing dan permukaan ranggup namun isinya masih lembap! Haa.. barulah lengkap lauk-lauk wajib korang cuba untuk makan bersama nasi putih panas tu.
Pengalaman Yang Berbeza
Photo from IG: padangsonwheels
Menikmati nasi padang dapat memberikan pengalaman yang berbza berbanding kita menikmati gaya masakan negara kita. Walaupun iannya hanyalah nasi putih lauk campur rasa yang terhasil daripada gabungan lauk langsung tidak sama dengan apa yang kita selalu makan.
Selain itu, korang dapat mengenali apa yang membuatkan negara seperti Indonesia terkenal dengan masakan mereka. Latar belakang masakannya sangat berbeza daripada kita dan itulah keunikkan yang membuatkan hidangan lebih menarik.
Adakah korang lebih berminat untuk mencuba lepas ni?