[Ramadhan 2024] Kenapa Bubur Lambuk Dimasak Pada Bulan Ramadhan?
Bubur lambuk menjadi satu kewajipan untuk kita menikmati sepanjang bulan Ramadhan. Ia akan dimasak secara bergotong-royong di masjid, surau untuk diagihkan kepada penduduk sebagai hidangan berbuka puasa.
Rasanya sangat enak sekali apabila di makan panas-panas. Rasa dan bau rempah dapat terasa di lidah kita setelah melalui proses memasak yang lama bagi memastikan setiap satu bahan dapat mengeluarkan potensinya.
Kalau makan semangkuk sahaja sudah cukup untuk buat kita kenyang serta membekalkan tenaga yang cukup. Menariknya ia menjadi satu tradisi apabila tibanya bulan mulia, ramai orang akan berkumpul menolong satu sama lain untuk masak beramai-ramai.
Photo from FB | Bubur Lambuk Pak Hassan
Ia bukan sahaja makanan malah mampu mengeratkan silatulrahim dan menghasilkan perpaduan di kalangan penduduk tempatan. Kalau begitu siapa yang berjaya hasilkan resipi bubur lambuk?
Bermula Dengan Penemuan Beras
Photo from Pinterest
Apabila manusia berjaya menemui quinoa sekitar 12,000 tahun dahulu mereka mula menghasilkan bubur. Apa beza quinoa dengan beras? Menurut Healthline, quinoa ialah biji terhasil dari keluarga pokok Amaranthaceae.
Manakala beras ialah bijirin. Menariknya manusia mendapati dengan kuantiti sikit sudah mampu mengenyangkan dan artifaknya dijumpai di gua sekitar Perancis terutama di kawasan Gua Chauvet.
Photo from Homes & Gardens
Kemudian di India dan China manusia mula tanam padi di lembangan Sungai Indus dan muara sungai Pearl. Mereka akan masak bubur setiap kali ada upacara menuai padi serta acara keagamaan. Sebelum memeluk agama Buddha kebanyakkan manusia amalkan agama animisme.
Photo from The Vibes
Mereka juga mengembara ke beberapa tempat lain seperti selatan Thai dan ke negera kita seperti Kedah, Kelantan dan Terengganu.
Upcara Masak Bubur Masih Diteruskan
Photo from Muzium Negeri Terengganu
Ketibaan agama Islam ke negara kita dapat dilihat dengan penemuan Batu Bersurat sekitar tahun 1303. Rajanya Seri Paduka Tuan menitahkan rakyat untuk memeluk agama islam tetapi budaya masak bubur sempena kesyukuran masih diteruskan.
Walaupun kebanyakkan penduduk sudah menganut agama islam. Kerajaan Terengganu duduk di bawah jajahan Melaka pada zaman Sultan Megat Iskandar Shah (1424), baginda mendapati resipi bubur sangat menarik.
Ketika menerima kunjungan dari Maharaja Hun Jen dari Kemboja. Maharaja mahukan makanan yang lembut dan mudah untuk dihadam. Maka hidangan bubur ialah pilihan paling tepat membuatkan makanan itu sangat popular di Melaka.
Photo from Nurfeed
Tak lupa juga pendakwah agama dari Terengganu yang baru membuka masjid atau surau akan masak bubur meneruskan budaya ini.
Daripada Bubur Menjadi Bubur Lambuk
Photo from The Star
Namun sumber sejarah min ceritakan tadi masih tidak dapat dipastikan sepenuhnya kerana garisan masa. Walaubagaimanapun Kampung Baru memainkan peranan penting dalam penghasilan resipi masakan popular ini.
Ada sumber mengatakan resipi bubur lambuk dibawa ke Kampung Baru, KL. Ia bermula di Kampung Baru Masjid Jamek dan resipinya ditulis oleh seorang individu Pakistan berama Said Benk sekitar 1950-an.
Rempah ratus dan bahan yang perlu digunakan telah dihasilkan ialah hasil tangan Said. Dia juga pernah membuat hidangan ini dalam kuantiti kecil tetapi masih cukup untuk diberi kepada orang ramai yang datang untuk sembahyang.
Photo from Utusan Malaysia
Said memberi resipi tersebut kepada imam masjid waktu itu, Mohd Tahir Jaafar. Dia juga memberi kepercayaan kepada imam untuk jadikan bubur lambuk sebagai makanan wajib ketika bulan puasa serta perlu dikongiskan kepada orang ramai.
Mampu Mengeratkan Perpaduan Antara Penduduk
Photo from Azian Hassan
Resipi bubur lambuk sangat mudah untuk dicari. Menariknya beberapa negeri dalam negara menghasilkan variasi yang kena dengan tekak orang mereka seperti di Terengganu menggunakan ulam ke dalam bubur mereka.
Mereka juga makan bersama keropok lekor dan budu bersama bubur lambuk. Selain itu, orang Johor akan masukkan pes briyani dan kurma untuk menambah rasa lebih mendalam ke dalam bubur mereka.
Walaubagaimanapun, ia menjadi simbol perpaduan bulan Ramadhan. Kalau ada peluang tahun ini korang pergi bergotong royong di masjid menikmati proses masak bubur supaya dapat menikmati tradisi dipenuhi dengan sejarah.
Atau boleh beli di kedai Kampung Baru yang cukup terkenal dengan menghasilkan bubur lambuk paling sedap di KL. Korang boleh baca artikel itu untuk mengenali sejarah mengenai kedai tersebut di link ini.
Mungkin korang suka: