
Homestay Serba Putih Terdapat Di Rawang, Jom Menginap Di The White Cottage
Homestay Serba Putih Ala Inggeris di Rawang, Selangor adalah sebuah homestay yang menawarkan pengalaman yang unik dan menarik untuk pelancong yang ingin menikmati suasana yang nyaman dan tenang di tengah-tengah alam semulajadi yang menakjubkan. Homestay yang dimaksudkan adalah The White Cottage, Rawang Selangor.
Photo from The White Cottage
Suasana Yang Nyaman
Homestay ini terletak di Taman Eko Rimba Komanwel, Templer yang dikelilingi oleh hutan hijau, sungai yang mengalir, air terjun, dan bayu segar. Homestay ini menawarkan suasana yang tenang dan nyaman yang sesuai untuk menghilangkan stres dan kepenatan hidup sehari-hari.
Photo from The White Cottage
Konsep Homestay Ini
Kalau nak tahu, konsep di dalam homestay memang sangat minimalist dan semua serba putih supaya pengunjung dapat merasai seperti di luar negara.
Photo from The White Cottage
Photo from The White Cottage
Homestay ini mempunyai tema putih dan ala Inggeris yang memberikan kesan elegan dan mewah. Homestay ini mempunyai 2 bilik dan 6 katil yang cukup untuk menampung 8 orang tetamu. Setiap bilik dilengkapi dengan kemudahan yang lengkap seperti bilik mandi, air-cond, TV, kipas angin, dan lain-lain.
Photo from The White Cottage
Apa Yang Menarik?
Semestinya, mereka menyediakan kolam mandi yang privasi buat korang yang suka bermandi-manda dan menenangkan diri sinilah tempatnya. Selain itu, mereka juga menyediakan ruang untuk berkelah dan BBQ bersama keluarga atau rakan-rakan anda.
Photo from The White Cottage
Photo from The White Cottage
The White Cottage juga menyediakan balkoni di bahagian belakang untuk anda merasai suasana nyaman pada waktu pagi dan apabila waktu malam anda dapat melihat suasana bintang di langit.
Photo from The White Cottage
Aktiviti Yang Disediakan
Anda boleh merasai suasana sungai, berbasikal di dalam hutan, jungle trekkimg, Atv, atau anda boleh berkelah disini. Jika tidur disini, mesti anda semu taknak balik kerana suasana yang nyaman membuatkan anda merindui suasana itu. Dengan lokasinya yang strategik, homestay ini juga memudahkan tetamu untuk menjelajahi tarikan menarik di sekitar Rawang, Selangor.
Photo from The White Cottage
?The White Cottage by iO Home, Lagong Forest Reserve, KM 23, Jalan Rawang, 48000 Rawang, Selangor.
Anda Mungkin Suka: