Chicken Chop Ialah Ciptaan Orang Malaysia Bukan Orang Barat!
Singgah sahaja ke mana-mana kedai dalam negara. Kebanyakkannya pasti mempunyai 'makanan Barat' menampilkan banyak pilihan klasik seperti chicken chop, lamb chop, fish & chips dan steak.
Dihidangkan bersama jejari kentang dan salad coleslaw. Ia menjadi simbol sangat sinonim dalam hati rakyat Malaysia bagaimana rupa dan rasa makanan orang Barat terutama orang British yang pernah menjajah negara ini.
Photo from Kimball Malaysia
Antara yang paling popular ialah chicken chop. Bahagian isi ayam tanpa tulang digoreng rangup bahagian luarnya disaluti dengan 2 sos pilihan iaitu mushroom atau black pepper digemari oleh setiap lapisan umur.
Rasanya yang mengasyikkan amat nostalgic untuk kita. Namun, ramai tidak tahu bahawa sebenarnya ia adalah ciptaan di tanah air kita dan bukannya ciptaan makanan orang Barat - ia adalah ciptaan Malaysia.
Bermulanya Kisah Dengan Ketibaan Orang Hainan
Photo from Facts and Details
Imbas kembali - sebelum wujudnya Malaysia, tanah kita dijajah oleh Empayar British. Untuk menjalankan banyak industri dalam negara kita, mereka membawa masuk orang China dan India daripada negara mereka ke kawasan Asia Tenggara sekitar abad ke-19.
Waktu itu, orang Hokkien, Kantonis, Teochew dan Hakka dari China yang pertama menetap. Mereka bekerja dalam industri pertanian dan perlombongan bijih timah memenuhi sektor tersebut.
Disebabkan ini orang Hainan yang agak lewat menetap tidak mempunyai banyak peluang perkerjaan berbanding kumpulan etnik Cina lain. Lalu mereka berkerja sebagai pembantu rumah orang British dan Peranakan Cina.
Photo from History Insights Malaysia
Selain itu ada yang bertugas sebagai tukang masak, orang dapur di pangkalan tentera British, restoran dan hotel. Kesannya mereka menjadi orang Cina pertama mahir dalam masakan Barat mempelajari teknik panggang, sup, roti dan pastri.
Resipi dan bahan mula diterima dan diadaptasi dalam masakan mereka seperti sos Worcestershire, HP dan tomato. Setelah beberapa tahun berkerja, orang Hainan terus membuka kopitiam menghidangkan gaya masakan Hainan.
Photo from TripAdvisor
Menggunakan segala teknik mereka pelajari dari dapur orang Barat. Kopitiam hainan mula menghasilkan gabungan masakan timur dan barat yang kita dapat nikmati harini seperti roti kaya, chicken pot pie dan chicken chop.
Ayam Ranggup Dengan Sos Likat Berperisa!
Photo from Ayam Bismi
Beberapa dekad kemudian, Chicken Chop meletup di seluruh Malaysia. Mengambil inspirasi dari menu kopitiam, banyak kedai mula menghasilkannya sendiri kerana semakin ramai menggemari rasa 'makanan Barat'.
Mana tidaknya ayam ranggup yang diperap menggunakan beberapa bawhan seperti sos Lea & Perrins, soya, biji sawi dan lada suluh dibiarkan semalaman untuk kelurkan rasanya. Disaluti dengan tepung dan digoreng sehingga rangup kulitnya!
Kemudian watak utamanya ialah sos yang wajib dinikmati bersama! Resepi aslinya dibuat dengan merebus banyak bawang bersama stok ayam sebelum memasukkan tomato, sos HP, serbuk ayam dan serbuk cendawan ke dalam.
Photo from Spice N'Paris
Ini untuk menghasilkan alternatif kepada demi-glace, sos kegemaran orang Barat. Ia diperbuat daripada brown stock, mirepoix, gula perang, pes tomato menghasilkan tekstur likat dan pekat.
Rasa sos Hainan lebih manis berbanding sos barat. Menariknya di kawasan lain dalam negara contohnya di Pulau Pinang akan hasilkan sos lebih pedas. Manakala di Kuala Lumpur tekstur sos lebih berkrim dan likat.
Photo from Nonoepanda
Menghasilkan rasa cukup nostalgik.
Menjadi Simbol Makanan Barat Dalam Negara
Photo from Farah J. Eats
Chicken chop menjadi sebuah simbol dalam negara apabila disebutnya makanan barat. Kini bukan sahaja orang Hainan melakukannya kerana semakin ramai mula mengadaptasi dan menghasilkan versi sendiri.
Mencampurkan bahan tradisional dengan bahan moden untuk menghasilkan sesuatu unik dan baru. Ada yang tidak lagi menggunakan bahan original seperti sos worcestershire ketika proses perapan.
Walau bagaimanapun chicken chop ialah budaya negara kita. Kisahnya wajar diangkat menjadi simbol makanan negara seperti nasi lemak, char kuey teow kerana amat dekat dengan sejarah pembangunan negara.
Photo from Ali, Muthu & Ah Hock
Tidak kisah korang berada di kopitiam lama, moden atau restoran mewah di tengah bandar KL sekalipun. Rasa chicken chop tidak akan mengecewakan setiap kali kita memesannya. Ia akan menyentuh hati dengan rasa nostalgik,
Lepas ni tiap kali korang order chicken chop. Renung sejenak dan fikirkan tentang kisahnya dan orang yang menciptanya yang patut kita syukuri dapat menikmati kelazatannya.
Mungkin korang suka: