Hidangan Misteri Bernama Nasi Lemuni
Masih ramai di antara kita tak pernah dengar hidangan bernama Nasi Lemuni. Kalau tanya orang utara Malaysia, mereka pasti mengenalinya kerana sudah biasa makan sejak kecil lagi. Apa keistimewaan hidangan ini pula?
Nak cari hidangan ini mudah sahaja kalau korang berada di kawasan Kuala Kangsar atau Lenggong, Perak. Perbezaan utama hidangan ini berbanding yang lain ialah ia dimasak dengan daun lemuni dan elok untuk orang tengah berpantang.
Photo from cookpad
Daun lemuni datang daripada pokok nama yang sama. Nama saintifiknya ialah Vitex Trifolia merupakan tanaman herba di bahagian utara Semenanjung Malaysia. Ketinggian pokok di antara satu hingga tiga meter, tetapi ada juga berjaya mencecah sehingga lima meter.
Haa.. dengar macam menarik kan? Baca sampai habis untuk ketahui sepenuhnya tentang hidangan misteri ini.
Khasiat Daun Lemuni Tak Ramai Tahu
Photo from Harian Metro
Daun pokoknya tumbuh secara berlawanan sepanjang batang tapi masih tersusun. Selalunya terdiri daripada satu kompaun bercabang tiga boleh mencecah sehingga 12 sentimeter (cm). Selain itu, tarikan utama pokok ini ialah warna daun tersebut.
Ia mempunyai warna ungu gelap dan bertukar hijau setelah capai usia matang. Mereka pun boleh menghasilkan bunga tapi bersaiz kecil sahaja. Orang kampung biasa gunakan bahagian daun sebagai ubat tradisional.
Photo from Shopee
Biasannya akan direndam dalam air mandian untuk pulihkan anggota badan yang lemah. Di samping itu, bahagian akar boleh direbus untuk kegunaan perempuan baru selesai proses bersalin.
Macam Nasi Lemak Tetapi Bukan
Photo from Malay Mail
Nasi Lemuni dihidang sama seperti Nasi Lemak bermaksud hiasan seperti sambal, timun, ikan bilis, kacang, telur dan timun. Perbezaannya bermula dengan bahan digunakan ketika proses memasak, santan digantikan dengan jus daun lemuni.
Selebihnya proses lebih kurang sama. Nasi sedang dimasak itu dapat menyerap segala nutrien dari daun ini untuk menghasilkan sebuah hidangan cukup sihat. Sakit seperti demam, batuk dan kahak boleh kurang jika dimakan.
Tambahan pula, nasi asalnya berwarna putih akan bertukar menghasilkan warna cukup menarik! Warna hitam seakan kelabu membezakan hidangan ini daripada beribu masakan yang ada di negara kita.
Namun, nak menikmati hidangan ini agak susah. Puncanya kerana daun lemuni biasa dijumpai di bahagian utara dan popularitinya tidak begitu meluas.
Takpa, Ini Resipi Untuk Hasilkannya Di Rumah
Photo from Butterkicap
Andai kata korang berjaya mendapatkan beberapa batang daun lemuni dan teringin untuk rasa hidangan ini. Min sediakan resipi mudah diikuti di bawah supaya korang dapat cuba hasilkannya di rumah dengan mudah.
Sedikit tambahan, rasa hidangan ini lemak berkrim sama seperti Nasi Lemak. Resipinya seperti berikut:
Bahan-bahan diperlukan:
- 2 cawan beras siap dibersihkan serta tos
- 3 cawan santan
- 1 sudu halba
- 1 inci halia sudah dihiris
- 1 genggam daun lemuni
- 2 ulas bawang merah dan putih sudah dihiris
- 1 helai daun pandan supaya hidangan jadi wangi
- Garam
Langkah-langkahnya:
- Pertama kita kena kisar daun dengan satu cawan santan. Kemudian tapiskan (kalau tak tapis, rasa lebih kuat)
- Sediakan bahan yang lain dan masukkan ke dalam periuk eletrik bersama beras dan bahan kisar. Kacau sebati dahulu untuk pastikan semuanya rata dan masak seperti biasa
- Tunggu masak dan siap!
Photo from MyResipi
Haa.. senang sahaja nak buat betul tak? Kalau korang sudah ada pengalaman buat nasi lemak. Memang cukup mudah untuk hasilkan Nasi Lemuni ini dan lauknya pula mudah disediakan tanpa memerlukan banyak tenaga.
Selain itu, korang juga boleh makan bersama ayam goreng, ikan masin dan sambal udang petai jugak tau. Cuma nak jumpa daun itu yang susah sedikit dan pastikan korang guna daun segar sahaja!
Akhir sekali, masih banyak hidangan yang kita tak tahu dalam negara kita. Melalui perkongsian resipi, kita dapat meneruskan sehingga ke generasi seterusnya untuk memastikan ia tidak hilang dalam peredaran masa.
Photo from Sinar Harian
Mungkin korang suka: