Wow! Dekat Rawang Dah Ada Staycation Terbaru Di Villa Takun, Templer Park
Tak sangka dekat Rawang dah ada Hidden Gems persis Luar negara. Jarak dari Kuala Lumpur hanya 45 minit untuk ke Rawang ni. Lokasinya di Villa Takun, Templer Park Rawang. Kelebihan Villa Takun, tempat glamping baru untuk penduduk bandar merapatkan diri dengan alam,.
Photo from Villa Takun
Keunikkan Villa Takun
Villa ini menawarkan penginapan yang menarik berupa banglo bergaya A-frame yang indah dengan pemandangan gunung yang memukau, memberi peluang untuk pengalaman glamping yang tidak terlupakan. Villa Takun terletak di kawasan hutan simpan Templer Park Forest Reserve di Rawang yang hijau dan menarik.
Photo from Villa Takun
Pampas Villas yang tersedia di sini mempunyai reka bentuk minimalis dengan dinding putih yang tinggi dan katil yang bersih berbaris lurus, memberi kesan minimalis yang menarik.Selain itu, pintu kaca yang besar menambah sentuhan kontemporari kepada setiap villa, sambil membawa keindahan alam semula jadi ke dalam banglo tersebut.
Photo from Villa Takun
Mereka juga menyediakan glamping di dalam Karavan, nampak unik kan! Tempat ini menawarkan pengalaman glamping yang berbeza di mana anda boleh menginap di karavan klasik, chalet kaca atau bilik reka bentuk minimalis.
Konsep Minimalist
Setiap bilik dihiasi dengan langsir putih yang akan memberikan anda rasa tenang dan santai. Ia mengandungi bilik tidur yang luas dan bilik mandi peribadi, serta mempunyai pemandangan yang menakjubkan dari katil yang selesa supaya tetamu dapat bersantai sambil menikmati keindahan alam semulajadi.
Photo from Villa Takun
Kafe karavan untuk snek ringan
Mereka juga menyediakan Kafe yang berkonsepkan Karavan untuk anda menikmati suasana yang berbeza. Mereka menawarkan makanan yang ringan untuk anda mengunyah jika bosan. Kafe ini hanya untuk yang tinggal di sini saja.
Photo from Villa Takun
Photo from Kawasan kafe
Aktiviti Di Villa Takun
Aktiviti yang boleh dilakukan di sini adalah Bbq, berkelah, mendaki Air Terjun Kanching atau mendaki Rawang By Pass untuk merasai kenyamanan luar dari bandar.
Photo from Villa Takun
Photo from Villa Takun
Jika anda merancang untuk pergi glamping, pertimbangkan untuk mengunjungi Villa Takun di mana anda boleh menginap di pondok A-frame yang indah dan menikmati pemandangan yang menakjubkan dari gunung bersama orang yang tersayang.
? 6, Jalan 3/3A, Templer Park, 48200 Rawang, Selangor
?011-6226 5257
Anda Mungkin Suka: