5 Baka Kucing Paling Mahal Dalam Dunia
Kucing ialah antara haiwan peliharaan paling popular dalam kalangan rakyat Malaysia. Cik bulus sesuai dijadikan peneman, kawan dan teman permainan dapat menghilangkan stress serta terasa tenang dengan kehadiran mereka.
Kajian yang dilakukan oleh Dalia Research mendapati Malaysia menduduki tempat keenam dalam dunia dimana 40% penduduk memiliki sekurang-kurangnya seekor kucing. Kedudukan ini turut dikongsi bersama Chile, Italit dan UAE.
Maka tak hairan mengapa kita sering lihat ramai orang menjadikan mereka sebagai haiwan peliharaan. Mana tidaknya, cik bulus bukan sahaja comel malah turut melakukan pelbagai aksi yang dapat mencuit hati kita.
Selain daripada melakukan kacau mereka turut memahami isi hati kita dan akan 'bersembang' jika kita terasa sedih. Berinteraksi bersama mereka dapat menghasilkan perasaan tenang yang hanya cat lovers sahaja memahami.
Oleh itu terdapat banyak komuniti kucing dalam negara kita. Ada juga yang fokus kepada baka-baka tertentu bernilai tinggi yang digilai ramai, untuk orang luar mungkin dengar seperti aneh.
Photo from Harian Metro
Sebenarnya tak aneh sekalipun ada baka yang mahal. Baca sampai habis untuk ketahui baka-baka tersebut.
Sphynx
Photo from Pinterest
Juga dikenali sebagai Canadian Sphynx baka ini amat menonjol kerana tidak memiliki bulu yang sangat ketara. Walaupaun tiada rambut daya tarikannya sangat tinggi kerana suka bermain dan aktif.
Baka ini dikatakan berasal dari Kanada pada tahun 1960-an melalui mutasi genetik spontan. Anak kucing tidak berbulu telah menarik perhatian penternak yang telah mengembangkannya melalui pembiakan terpilih.
Walaupun mereka tidak berbulu, ciri-ciri mereka yang lain membuatkannya sangat unik. Mereka mempunyai kulit halus seperti kain suede, mata ekspresif yang menawan serta memiliki badan panjang telinga besar.
Photo from Pinterest
Untuk memilikinya bersedia untuk membayar RM1,900 - RM18,704
Bengal
Photo from Pinterest
Memiliki bulu berbintik-bintik yang memukau serta personaliti sangat bertenaga. Bengal pasti dapat membuatkan sesiapa sahaja terpukau melihat kecantikkannya yang terhasil daripada menggabungkan Kucing Leopard Asia dengan kucing berbulu pendek domestik.
Pada tahun 1960-an, Jean Mill beruasaha untuk mencipta kucing domestik dengan tanda Kucing Leopard Asia yang menawan tetapi masih mengekalkan kecomelan baka domestik. Hasilnya ialah Bengal yang terkenal dengan sifat aktifnya.
Min tak sarankan kepada individu yang baru berjinak dalam dunia ini untuk memiliki baka ini kerana memerlukan pengalaman dalam pengendalian kucing. Ini kerana mereka sangat aktif dan akan sentiasa bersedia untuk bermain.
Photo from Pinterest
Keunikkan dan sifat comel ini akan mengeluarkan kos sebanyak RM6,200 - RM24,900
Caracal
Photo from Pinterest
Kucing ini berasal dari Afrika, Timur Tengah, Asia Tengah serta Pakistan. Ciri mereka memiliki kaki panjang, telinga berumbai panjang, ekor pendek dengan gigi taring panjang menjadikannya sangat unik dari baka lain.
Mereka sangat suka menyendiri dan bersikap nokturnal (aktif waktu malam) menjadikkannya pemburu sangat baik. Sayangnya Caracal disenaraikan sebagai habitat terancam kerana sering diburu.
Oleh keran beberapa komuniti kucing berusaha untuk menyelamatkan baka ini, kita masih berpeluang untuk melihat kemegahannya. Walaupun memiliki muka sangat comel min sangat tak sarankan untuk dibela kalau korang tak biasa mengendalikan kucing.
Photo from Pinterest
Harganya bermula RM47,900
Savannah
Photo from Pinterest
Baka kucing hibrid yang dibangunkan dengan menyilangkan kucing domestik dengan serval Afrika. Savannah yang pertama dilahirkan pada tahun 1986 amat terkenal dengan saiznya besar, kaki panjang, bulu bintik-bintik.
Mereka juga pintar dan aktif memerlukan banyak perhatian sangat sosial tau. Mereka gemar bermain, memanjat serta meneroka persekitaran termasuk akan sentiasa berkomunikasi dengan korang dengan mengiau.
Cuma mereka perlukan banyak perhatian dan ruang untuk berlari juga. Jadi tak beberapa sesuai kalau korang tiada ruang halaman yang luas untuk mereka berlari-lari atau bermain dengan persekitarannya.
Photo from Pinterest
Sebelum beli pastikan lakukan kajian sendiri supaya lebih memahami baka ini bernilai RM6,200 - RM120,000
Ashera
Photo from Catster
Dikenali sebagai baka kucing paling mahal dalam dunia terhasil pada tahun 2006 oleh Allerca Lifestyle Pets. Mereka merupakan syarikat bioteknologi yang mendakwa baka ini kacukan Serval Afrika, Kucing Leopard Asia dan domestik.
Mereka mempunyai saiz besar dengan boleh mencapai seberat 13kg. Selain itu mempunyai bulu bertompok tetapi terdapat kontroversi tentang status pembiakannya kerana tidak pernah didedahkan menimbulkan keraguan tentang asalnya.
Syarikat Allerca pun pernah menghadapi isu undang-undang dan telah menghentikan operasi pada tahun 2015. Ada juga mendakwa sebenarnya baka ini ialah kucing Savannah tetapi dinaikkan harganya.
Photo from Savannah Cat Association
Walaubagaimanapun harganya pernah cecah RM500,000 (korang boleh beli rumah dengan harga ni)
Cik Bulus Sentiasa Menjadi Kawan Baik Kita
Walaupun terdapat banyak baka mahal dalam dunia ni. Tiada satu sekalipun dapat menggantikan cik bulus yang kita telah jatuh cinta kerana setiap satu memiliki keunikkan masing-masing.
Tidak kisah mahal atua murah min sarankan korang adopt daripada membeli. Ini kerana terdapat beberapa komuniti yang memaksa cik bulus untuk membiak secara paksa dan itu adalah sesuatu yang tidak menepati etika.
Mungkin korang suka: