NakNak Datang Dengan Letupan Rasa!
Mengambil inspirasi daripada makanan segera gaya barat. Nak Nak ialah restoran makanan segera ala korea yang perlahan-lahan mendapat sambutan di Malaysia dengan menyediakan makanan yang lazat pada harga yang sangat berpatutan.
Pernah dengar tentang restoran rantaian korea yang popular KFry? Ini adik kecil mereka. Nak Nak mula membuka pintu di IOI City Mall Putrajaya yang menjanjikan kegembiraan ketika melangkah masuk restorannya.
Photo from Chang Kervin
Dengan pengalaman menghasilkan makanan korea bertahun-tahun. Mereka berjanji untuk membawa keriangan serta kegembiraan apabila korang memutuskan untuk menikmati menu makanan segera berinspirasikan Korea.
Jom tengok apa yang best!
Photo from Poi San Wee
Servis Pantas, Cekap & Ruang Makan Sangat Moden!
Photo from IG | nanalee.8
Perkara pertama yang akan menarik perhatian korang ialah betapa kemas dan moden keseluruhan restoran ini. Walaupun sebuah restoran fast food, ia menerapkan konsep interior moden untuk hasilkan ruang makan cukup selesa.
Selain itu moto and visi mereka iaitu "Korean Quick Service Restaurant" dapat dilihat dengan servis pantas serta cekap! Korang tidak akan menghadapi sebarang masalah untuk melakukan pesanan.
Makanan dipamerkan dengan baik memberikan kita gambaran rupa makanan tersebut. Kemudian warna hijau digunakan memberikan suasana relaxing dan calming pulak tu.
Hmm.. Menu Apa Yang Menarik Di Sini?
Photo from Abdul Hadi
Ciri utama restoran ini sudah tentu menu inspirasi korea yang lazat! Korang boleh menikmati hidangan klasik seperti ayam goreng, burger, kentang goreng, biskut dan bingsoo khas untuk penggemar makanan Korea.
Bagaimana pula dengan kualiti makanan dihasilkan? Ia jauh lebih baik daripada typical fast-food restoran. Selain itu, portion makanan yang besar pasti sangat memuaskan serta berbaloi dengan harga kita bayar.
Makanan Untuk Dicuba Untuk Pengunjung Kali Pertama!
Photo from Darling
Berikut adalah beberapa cadangan dari netizen untuk dicuba. Bermula dengan pilihan menu utama perlu dicuba:
Nak Nak Cheeseburger (100% daging lembu asli)
- Burger istimewa mereka dibuat dengan 100% daging lembu asli. Portion besar boleh makan dua orang (yang makan sikit) rasa high quality!
Burger Nak Dak Pedas
- Versi ayam berempah menjadi kegemaran ramai netizen! Filet ayam goreng dihiasi dengan salad, tomato, hirisan kaju, jeruk dan sos pedas rasanya sama dengan sos pedas Samyang
Photo from Mellisa Yuen
Ayam Nak Dak-Gochujang (Peha Tanpa Tulang)
- Terkenal dengan ayam goreng mereka. Rasa agak serupa dengan abang mereka (KFry) tetapi Sos gochujang menyempurnakan keseluruhan hidangan ini dengan lebih baik. Luaran yang rangup dan ringan dengan rasa pedas pasti menggoda selera. Jangan lupa daging ayam juicy di dalamnya.
Seterusnya, makanan sampingan wajib dicuba ialah:
Photo from Melissa Tan
Nak Wings & Drumettes (Bawang Putih Soya, Gochujang Pedas, Gochujang)
- Versi sayap dan drumette ayam goreng sebelum ini. Sempurna sebagai sampingan untuk ditemani dengan hidangan utama terdapat dalam 3 perisa berbeza. Min rekomen gochujang pedas jika korang seorang pencinta pedas
Nak Nak Loaded Bulgogi Chicken Fries
- Kentang goreng rangup dipotong tebal disiram dengan sos kuah memberikan getaran yang serupa dengan Poutine. Memberikan aroma berkrim dengan sentuhan rasa umami ditambah hirisan ayam ialah pilihan tepat untuk dimulakan sebelum menikmati hidangan utama
Photo from F'bellevixxi
Selesai dengan makanan. Ada apa untuk pencuci mulut?
Nak Nak Fat Cookies
- 4 pilihan fat cookies yang boleh pilih iaitu Chocolate Chip, White Choco-Dip Biscoff, Birthday Confetti dan Marshmallow Choco Chip
Aiskrim Sundae Segar
- Sedap untuk disejukkan pada hari yang panas terik, pilihan daripada mangga, pic, passionfruit dan coklat
Milkshake Sebenar
- Inginkan sesuatu yang berkrim lagi sejuk? Cuba mangga, kuih kegembiraan, strawberi, s'more shake
Photo from IG | syedmohammedid
Sangat Berbaloi Tetapi Perlu Beratur Panjang
Photo from ZEB
Review takkan lengkap tanpa suara daripada netizen betul tak? Majoritinya berkata restoran ini berbaloi dengan harga berpatutan. Keseluruhan menu bagus dengan unsur elemen makanan korea bercampur dengan klasik barat.
Suasana restoran dan hiasan dalaman menarik, moden dan sangat selesa! Tetapi kelemahannya ialah korang perlu menunggu terutamanya pada hujung minggu kerana orang ramai akan beratur menunggu giliran untuk makan.
Photo from Farah Fadlina
Memandangkan susunan tempat duduk agak terhad. Bersedia untuk menunggu ketika hujung minggu!
📍 Berada dalam IOI City Mall
⏰ Setiap hari (10 am - 10 pm)