Mengenal Ciri-Ciri Wanita Mengikut Negeri di Malaysia: Ciri-Ciri Unik yang Dipengaruhi Budaya Lokal
Ya, terdapat perbezaan dalam ciri-ciri wanita mengikut negeri di seluruh Malaysia. Faktor seperti budaya, tradisi, dan lingkungan sosial setempat dapat memberi pengaruh pada personaliti dan ciri-ciri wanita di setiap negeri.
Walaupun terdapat perbezaan individu yang besar dan tidak semua wanita dari satu negeri akan mempunyai ciri-ciri yang serupa, terdapat beberapa trend umum yang boleh dikenal pasti. Walau bagaimanapun, penting untuk diingat bahawa generalisasi ini tidak semestinya mencerminkan semua individu di negeri tersebut.
1) PERLIS
Yang dari Perlis memang romantik dalam hubungan, komitmen tinggi. Dorang rasa kurang sikit kalau takde hubungan yang memuaskan. Kadang-kadang dorang nampak macam pemalas, tapi sebenarnya tak betul sepenuhnya. Sebab dorang ni pandai tenang je walaupun banyak kerja nak kena siapkan. Jadi, jangan terkejut kalau dorang ada masa nak tidur, tengok movie walaupun banyak kerja yang kena buat. Dorang ni taknak hidup stress!
2) KEDAH
Kalau cakap pasal multitasking, mereka memang pakar habis. Mereka boleh buat banyak kerja sekali gus, suka sangat berdebat, dan rajin membaca. Mereka juga tak lupa nak kejar kecantikan diri. Bagi mereka, hasil keputusan tu penting, tapi prosedur taklah penting sangat. Mereka memang jadi bagus dalam macam-macam benda, tapi takde la pakar sangat dalam satu bidang. Takpe, benda asas semua mereka pandai. Senang nak jadi all-rounder!
Photo from Rozita Che Wan
3) PERAK
Mereka selalu sibuk berbanding gadis negeri lain. Tapi, yang menyebabkan mereka terlalu sibuk adalah disebabkan mereka terlalu baik membantu membuat kerja orang lain. Mereka juga biasanya tidak pandai merancang untuk kerja mereka dan selalu saja main redah je. Sebab mereka sangat suka menolong orang lain, mereka memang jadi kawan yang sangat baik, tapi juga memudahkan orang nak ambil kesempatan atas kebaikan mereka.
Photo from Mimi Lana
4) NEGERI SEMBILAN
Yang dari Negeri Sembilan ni memang betul-betul pentingkan keluarga. Biasanya dia-dia ni jadi ibu yang terbaik la sebab sayangkan keluarga. Sebab dorang ni cintakan keluarga, dorang memang jaga anak-anak dorang macam sangat. Contohnya, "Jangan keluar main kalau takde orang jaga!" Dorang ni punya memori tinggi, ingat semua perkara yang lepas. Dorang ni lembut dan sensitif, tapi kadang-kadang mulut dorang memang pedas. Tapi sebenarnya, dorang ni baik hati gila.
Photo from Sari Yanti
5) PULAU PINANG
Dengar cerita, kalau orang perempuan ni agak kasar sebab mereka kalau cakap ada teriknya, sebab itu orang anggap mereka kasar tapi sebenarnya dorang ni baik je, kena jumpa regu baru ngam! lagi satu perempuan Penang ni suka barang kemas. Maklumlah Mami Jarum kan, kalau lelaki nak kahwin dengan dorang mesti sediakan duit lebih ya!
Photo from Fasha Sandha
6) LEMBAH KLANG
Kalau sebut Lembah Klang semestinya dari Selangor dan Kuala Lumpur. Mereka ni lahir dari kelompok gadis yang pemikiran terbukahabis, lebih up-to-date dengan berita terkini. Mereka ni suka sangat dengan perkara-perkara baru, termasuklah gajet canggih macam smartphone atau tablet. Mereka nampak busy sebab mereka asyik mengamit barang baru dan mewah je. Biasanya mereka ni tak terlalu berpegang pada tradisi macam gadis dari negeri-negeri lain. Memang sempoi habis!
Photo from Lisa Surihani
7) MELAKA
Mereka ni majoriti simple je. Kadang-kadang mereka nampak bosan sebab diaorang chill je dalam dunia sendiri, tak terlalu nak kejar achievement beriya-iyalah. Mereka senang bergaul dan tak susah sangat nak respect orang lain. Mereka buat kerja mengikut mood mereka sendiri dan banyak relax-relax je. Mereka ni tak suka ambil risiko besar-besar. Nak senang, senang je.
Photo from Ayda Jebat
8) JOHOR
Mereka berdikari dan dahagakan kejayaan. Mereka biasanya mahu menjadi yang terbaik dalam sukan, pelajaran, dan hampir kesemua bidang atau benda yang mereka lakukan. Terdapat juga sesetengah wanita yang mendapat markah yang kurang baik, tetapi ini bukan disebabkan mereka bodoh, tetapi kerana mereka tidak ambil kisah. Mereka akan melakukan apa saja yang dapat untuk memajukan diri ke atas. Mereka juga akan menjadi pasangan yang sangat baik oleh kerana mereka mempunyai emosi yang sangat rumit. Mereka sangat sayangkan pasangan mereka, tetapi akibat terlalu sayang, kadangkala hubungan menjadi suram.
Photo from Njwalatiff
9) PAHANG
Yang dari Pahang ni memang ada bakat tersendiri, kreatif gila dalam apa jua perkara. Tapi dorang ni mudah terpengaruh dengan kawan-kawan, kadang-kadang kena tunjuk betul-betul apa yang patut. Dorang ni penyayang, tapi tak suka kena kritik. Kadang-kadang dorang sayang atau cinta pada orang yang tak patut, jadi hati dorang cepat terluka. Dorang ni punya hati tu sangat besar.
Photo from CTDK
10)TERENGGANU
Mereka memang wanita yang pemikiran tradisi. Dorang ni sesuai sangat jadi isteri yang baik. Dorang pandai buat kerja-kerja rumah macam masak, jaga anak, sayang-sayang suami. Kalau dapat jadi pasangan gadis dari Terengganu, memang bertuah la sebab dorang ni setia gila dan jaga institusi rumah tangga. Dorang tak kisah sangat dan suka fikir secara mudah. Gadis Terengganu juga majoriti pandai-pandai sebab suka makan ikan. Kalau dapat gadis Terengganu jaga baik-baik ya!
Photo from Emma Maembong
11) KELANTAN
Perempuan Kelantan juga tidak kurang hebatnya, majoriti perempuan Kelantan ni suka berniaga kebanyakkan mereka adalah orang-orang kaya. Mereka juga suka barang kemas. Barang kemas merupakan aset utama mereka tau! Gadis kelantan kelihatan lembut tetapi berbisa. Walaubagaimapun, mereka juga baik hati dan pemurah sebab suka memberi. Untung kahwin dengan gadis kelantan pandai meniaga sek kito!
Photo from Nelydia Senrose
10) SABAH DAN SARAWAK
Yang dari Sabah atau Sarawak ni jenis yang berdikari, tak bergantung pada orang lain sangat. Dorang peramah dan senang je nak mesra dengan orang. Dorang ni cepat je nak bagi kepercayaan kat orang lain, dan dorang pandai menilai dan faham situasi dengan baik. Tapi kadang-kadang dorang mudah kena tipu sebab dorang terlalu cepat percaya orang. Dorang sayangkan keluarga dorang sangat.
Photo from Adira Suhaimi