download Jom Explore app
Manisan Kuih Baba Nyonya & Melukis Batik DIY

Manisan Kuih Baba Nyonya & Melukis Batik DIY

Jom! Makan
By Muhammad Aliff on 27 May 2024
Digital Editor
A man plans. The heaven decides the outcome.

Tersembunyi di dalam sebuah bangunan sudah mencecah usia 350 tahun. Kafe bernama Kapitan Roastery Cafe menunggu kedatangan korang bagi menikmati kuih muih Baba Nyonya sambil menikmati sejarah yang sudah hilang.

Nak cari kafe ini tidak begitu susah. Waze sahaja Muzium Kebudayaan Selat Melaka untuk melihat kemewahan bangunan bersejarah yang menjadi tingkap bagaimana agaknya rupa kota Melaka dahulu kala.

Ruang makan yang disediakan oleh kafe niPhoto from IG | yvonnesoo

Masuk ke dalam muzium ibarat patah balik masa kepada zaman Kesultanan Melaka dan Dinasti Ming penuh bersejarah. Bangunan dihiasi dengan jubin, kayu berusia beribu tahun masih kekal tidak pecah.

Selain itu, apa yang boleh nikmati di sini?

Apa Itu Masakan Baba Nyonya?

Pakaian tradisional baba nyonyaPhoto from UiTM Libary

Masyarakat Baba Nyonya cukup sinonim di Melaka. Mereka terkenal dengan tradisi masakan turun temurun dari mengikut generasi. Asasnya masakan mereka berasal dari masakan Cina tetapi telah diubah mengikut selera orang di sini.

Jenis masakan mereka terdiri daripada kari, sambal, sup ketam, itik, nasi lemak dan beberapa kuih tradisional. Mereka turut menghidangkan Nasi Kunyit dan satu jenis mee khas dipanggil mee sua tau.

Contoh masakan baba nyonyaPhoto from prihatin spanco

Mee ini bertujuan untuk penuhi hajat supaya dipanjangkan umur.

Menikmati Secawan Kopi Panas Seperti Seorang Sultan

Menghirup kopi sambil menikmati suasana ini, cukup selesaPhoto from FB | Melaka Straits Cultural Muzium

Berbalik kepada kafe Kapitan Roastery, korang akan perasan terdapat dua pintu masuk untuk bangunan ini. Pintu masuk di Jalan Tukang Besi dan laluan rahsia bersebelahan dengan kafe The Stolen Cup membawa ke halaman.

Masuk ke dalamnya dan nikmati sebuah halaman terbuka lengkap dengan meja serta kerusi. Ia memberikan suasana cukup tenang sambil mendengar bunyi burung, hiruk pikuk bandar Melaka.

Membuatkan minuman kopi korang cukup sempurna. Walaupun muzium ditutup buat sementara waktu, korang masih dapat menikmati secawan kopi dan menghabiskan masa dengan berangan seperti seorang Sultan.

Bangunan yang digunakan sudah berusia 350 tahun tauPhoto from IG | yvonnesoo

Kuih Baba Nyonya Dan Menu Inspirasi Taiwan

Antara kuih muih baba nyonya boleh nikmati di siniPhoto from Melaka Strait Cultural Muzium

Seperti min kata tadi. Tarikan utama kafe ini selain daripada suasana bersejarah ialah kuih tradisional baba nyonya korang boleh nikmati. Antaranya ketayap, kuih lapis, seri muka, ang ku, kuih koci dan bermacam-macam lagi.

Seterusnya mereka turut menawarkan menu berinspirasi daripada masakan Taiwan. Nasi ayam, bebola keledek goreng, dumpling kubis antara makanan unik boleh dicuba.

Tetapi kebanyakan pelanggan lebh gemar memesan minuman dan kuih tradisional sahaja. Kerana bukan senang untuk menikmati rasa kuih enak bersama minuman panas sambil berlatarbelakang bangunan bersejarah!

Nikmati kuih sambil hirup teh panas, nikmat!Photo from IG | yvonnesoo

Memang pengalaman cukup menarik. Jangan lupa untuk ambil gambar banyak-banyak.

Menghabiskan Masa Dengan Lukisan Batik DIY

Luangkan masa dengan melakukan aktiviti lukis batik bersama orang tersayangPhoto from Melaka Strait Cultural Muzium

Sudah selesai nikmati kuih muih menyelerakan? Jangan gerak dahulu. Kafe ini turut menawarkan aktivit cukup menarik bagi menghabiskan masa iaitu lukisan batik DIY!

Aktiviti sesuai untuk seisi keluarga atau pasangan yang ingin mencari aktiviti bersama. Korang dapat kembangkan bakat seni sudah lama terpendam dalam diri sambil bergelak ketawa melihat geligat orang tersayang.

Jika tekak terasa haus, pesan lagi satu minuman bersama kuih muih. Seterusnya, terdapat pasar mini menjual snek, kerepek serta aktiviti ketika kita kanak-kanak dahulu dapat kembali semula nostalgia lama.

Antara pengalaman kafe hopping paling seronokPhoto from Melaka Strait Cultural Muzium

Haa.. bagaimana? Menarik betul kafe yang hidang kuih muih Baba Nyonya. Antara pengalaman yang min rasa sangat seronok ketika korang sudah ketandusan idea atau ingin menikmati sebuah pengalaman baru di bandar Melaka.

📍 17, Jalan Tukang Besi, 75200 Melaka

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok