download Jom Explore app
Siapakah Wanita Sebalik Senyuman Manis Ini?

Siapakah Wanita Sebalik Senyuman Manis Ini?

Hot & Viral
By Muhammad Aliff on 20 Jun 2024
Digital Editor
A man plans. The heaven decides the outcome.

Memiliki wajah sungguh menawan yang boleh menarik perhatian sesiapa sahaja melihatnya. Fan Bingbing bukan sahaja seorang duta untuk Bandar Melaka, beliau seorang pelakon, model dan juga seorang penyanyi dari China.

Terlihat ramai orang berkumpul di Melaka baru-baru ini untuk merebut peluang mengambil gambar bersama Fan. Beliau memiliki senyuman manis yang boleh mencairkan hati setiap lelaki.

Pelantikan beliau sebagai Duta Pelancongan Melaka 2024 terbukti dapat beri impak besar pada sektor pelancongan negeri. Sebanyak 161 juta carian kata kunci 'Melaka' telah direkod pada platform Weibo.

Fan bersama peminat di bandar MelakaPhoto from The Star

Sekaligus menunjukkan betapa besar pengaruh individu ini. Namun sebalik wajah manis ibarat seorang puteri China, siapakah pemilik disebalik nama gergasi ini?

Ini Semua Yang Korang Perlu Tahu Tentang Fan Bingbing Bermula Dengan Seorang Pelakon Superstar Daripada China

Pelantikan sebagai Duta Pelancongan Bandar Melaka, Fan mempunyai pengaruh besar sebagai seorang pelakonPhoto from Malay Mail

Fan cukup terkenal dalam industri hiburan di negara China. Beliau meninggalkan kesan cukup besar dalam seni filem China dan juga antarabangsa. Majoriti peminat sudah biasa dengan filem serta drama bersiri lakonan beliau.

Kerana itu Fan berjaya memikat hati penonton di seluruh dunia. Fan dilahirkan pada 16 September 1981 di Qingdao. Menerusi usaha sebagai seorang pelakon, Dan berjaya menjadi seorang superstar antarabangsa menjadi gelombang dalam industri filem.

Karier Lakonan Bermula Sejak Usia Muda

Akademi Teater Shanghai terkenal melahirkan banyak pelakon hebat di negara ChinaPhoto from Yuming Xie

Sejak usia 18 tahun lagi, Fan merupakan pelajar di Akademi Teater Shanghai. Di sini dia mengasah bakat serta kemahiran lakonananya sebagai persiapan untuk melonjakkan kerjaya dalam industri hiburan.

Pada asalnya dia tidak ketahui perjalanan ini akan mengubah hidupnya. Membawa kepada pengiktirafan besar serta terkenal dalam satu dunia.

Mendapat Pengiktirafan Antarabangsa Dalam Cerita 'Cell Phone'

Lakonan Fan dalam filem ini telah melonjak nama dalam mata antarabangsaPhoto from IMDB

Pada tahun 2003, Fan mendapat pengiktirafan antarabangsa melalui lakonannya dalam filem berjudul 'Cell Phone'. Memegang watak Wu Yu, beliau mendapat pujian meluas dengan persembahan yang dikatakan luar biasa.

Filem ini berkisahkan tentang seorang lelaki (Yan Shouyi) mempunyai hubungan sulit bersama Wu Yu tanpa pengetahuan isterinya. Filem ini merupakan satu kejayaan besar dalam hidup Fan.

Lakonan Fan dalam filem ini menjadi batu loncatan dalam kariernyaPhoto from Flickr

Menjadi batu loncatan dalam kerjaya seterusnya.

Menempa Nama Di Hollywood Dengan Filem 'X-Men: Days of Future Past'

Memegang watak Blink dalam filem X-Men membuatkan Fan menempa nama di industri HollywoodPhoto from Youtube | All Power Explained

Setelah berjaya menjadi terkenal dan mula menempa nama dalam industri hiburan seluruh dunia. Fan sekali lagi menempa nama dalam industri Hollywood dengan lakonan dalam filem X-Men: Days of Future Past pada tahun 2014.

Dalam filem ini, Fan memegang watak bernama Blink. Lakonan beliau diterima baik oleh pengkritik dan juga penonton, sekaligus meningkatkan populariti globalnya.

Fan Bingbing Merupakan Antara Pelakon Dengan Bayaran Tertinggi Dunia

Fan juga merupakan antara pelakon memiliki bayaran tertinggi dalam duniaPhoto from IG | bingbing_fan

Kejayaan dalam industri hiburan membuatkan Fan antara pelakon yang hot dalam industri. Itu juga membuatkan beliau seorang pelakon dengan bayaran tertinggi dalam dunia.

Menurut gajimu.my, mereka anggarkan gaji tahunan Fan sudah mencecah RM31.6 juta. Manakala gaji bulanan adalah RM2.6 juta! Menariknya kejayaan kewangan yang dicapai adalah konsisten.

Kerana bakatnya membuatkan menjadi antara yang dibayar mahal!Photo from IG | bingbing_fan

Selain itu, dia juga berjaya kukuhkan status sebagai kuasa besar dalam industri hiburan.

Juga Seorang Pelakon Berjaya Menang Pelbagai Anugerah

Lakonan beliau turut berjaya membuatkan Fan menang beberapa anugerahPhoto from AP News

Lakonan yang dapat mencairkan hati sesiapa melihatnya bukan sahaja memberi impak daripada segi kewangan. Ia juga memberi impak terhadap pelbagai anugerah serta pujian diterima sepanjang kariernya.

Antaranya seperti:

  • Pelakon Wanita Terbaik (Hundred Flowers Awards, 2004)
  • Pelakon Pembantu Terbaik (Golden Horses Awards, 20070
  • Pelakon Wanita Terbaik (23rd Tokyo International Film Festival, 2010)

Setiap anugerah yang beliau menang telah mengukuhkan dirinya sebagai pelakon berkaliber dan juga berbakat. Tetapi, bakatnya tidak terhenti di situ sahaja..

Seorang Ikon Dalam Industri Fesyen

Selain itu, Fan juga merupakan seorang ikon fesyen seperti memakai gaun iniPhoto from Red Carpet Fashion Awards

Ketika menghadirkan diri ke bandar Melaka. Fan dilihat memakai baju kebaya nyonya berwarna merah jambu yang sangat cucuk dengan penampilannya. Kebaya tersebut menambah kepada keseluruhan kecantikan wanita ini.

Fan Bingbing juga bukan nama asing dalam industri fesyen, malah terkenal dengan beberapa pakaian sungguh ikonik sehingga menarik perhatian jenama antarabangsa. Contohnya pada 13 Mei 2010, beliau memakai jubah naga di Festival Filem Cannes ke-63.

Pakaian tersebut mengambil inspirasi daripada Maharaja China dahulu. Kemudian setahun selepas itu ketika majlis Festival Filem Cannes ke-65, Fan dilihat memakai gaun dengan reka bentuk sungguh menawan.

Selain itu, gaun ini membuatkan banyak jenama ambil perhatian tentang FanPhoto from CNN

Gaun yang direka oleh rakannya, Christopher Bu mampu menceritakan kisah Empat Kecantikan China purba pada gaun tersebut dengan mengambil ilham daripada pasu porselin.

Disebabkan itu, Fan berjaya menarik perhatian pelbagai jenama, majalah fesyen sekaligus mendukungnya sebagai ikon fesyen.

Pakaian berinspirasi dari Dinasti Ming yang dipakai ketika di MelakaPhoto from IG | fanbingbingbar

"Pelantikan Duta Adalah Sebuah Penghormatan" - Fan Bingbing

Pelantikan beliau dapat meningkatkan jumlah pelacong ke Bandar MelakaPhoto from The Straits Times

Tidak dapat dinafikan bahawa pengaruh Fan sangat besar dan pelantikan menjadi Duta Bandar Melaka adalah antara langkah terbaik untuk menarik lebih ramai pelancong untuk bercuti di bandar ini.

Menjadi sebuah ikon dalm industri hiburan. Ternyata, Fan Bingbing ialah sebuah nama gergasi yang memiliki senyuman sungguh manis!

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok