Patut Ke Tidak Anda Naik Taraf Kepada iPhone 16?!
Peminat Apple sering menunggu kehadiran bulan 9 untuk menyaksikan barisan produk baru bakal dikeluarkan oleh jenama gergasi ini. Sudah tentu kehadiran iPhone 16 Pro menjadi watak utama bagi majoriti peminat, wajar ke anda naik taraf untuk tahun ini?
Umum mengetahui setiap tahun Apple akan umumkan model iPhone yang baru untuk menggantikan tahun sebelum ini. Ada pelbagai naik taraf yang diperkenalkan oleh Apple kepada telefon siri flagship mereka.
Photo from Apple
Tetapi sebelum anda pergi beratur ke kedai untuk menjadi yang pertama memilikinya. Baca sampai habis dulu supaya anda ketahui apa yang baru dan mengapa sesetengah peminat rasa kurang memuaskan untuk tahun ini.
Apa Yang Menarik Untuk iPhone 16?
Photo from Macworld
Dikuasakan dengan cip Apple A18 di mana merupakan cip paling terkini hasil buatan Apple silicon. Kelebihannya ialah kuasa lebih tinggi dengan kadar penggunaan tenaga lebih efisien.
Selain itu, Apple masih mengekalkan segi rekaan yang sama dengan model sebelum ini. Namun terdapat butang tindakan khas (action button) yang diperkenalkan oleh model tahun sebelum ini.
Tak lupa juga kehadiran butang kawalan kamera di tepi bagi memudahkan anda mengambil gambar.
Photo from Tech Crunch
Kehadiran Watak Utama, iPhone 16 Pro
Photo from Apple
Sudah tentu versi Pro bakal menjadi pilihan ramai kerana lebih banyak ciri diperkenalkan. Sayangnya model tahun ini sangat mengecewakan kerana tidak banyak perubahan dapat dilihat.
Namun iPhone 16 Pro hadir dengan skrin lebih besar sekitar 6.3-inci. Manakala, versi Pro Max memberikan anda skrin bersaiz 6.9-inci menjadikannya sebagai skrin paling besar setakat ini.
Seterusnya, cip Apple A18 Pro merupakan antara yang terpantas pernah dihasilkan sambil memberikan tenaga efisien.
Photo from Apple
Dah Boleh Rakam Resolusi 4K 120 FPS? Biar Betul Apple Ni
Photo from SoyaCincauBM
Majoriti pengguna produk Apple sering mengambil berat bab kamera apabila berbincang tentang iPhone. Untuk model tahun ini ia dilengkapi kamera 48-megapixel 'Fusion' menjanjikan 'Zero Shutter Lag' untuk rakaman gambar ProRAW.
Sehubungan dengan itu, Apple mendakwa kamera baru ini menawarkan keupayaan rakaman video 4K dengan 120FPS. Hasilnya dapat berikan efek video lebih sinematik serta dramatik dan boleh ditetapkan secara manual.
Tambahan pula, dengan ini anda dapat merakan video serendah 24FPS untuk slow motion. Versi Pro juga menyertakan butang kawalan kamera fizikal seumpama anda menggunakan kamera digital.
Bahagian Audio Tidak Dilupakan Untuk Tahun Ini
Photo from Macworld
Apple menyatakan model tahun ini terdapat empat mikrofon berkualiti studio. Katanya ini membolehkan rakaman audio lebih baik.
Di samping itu, Apple turut update aplikasi seperti Voice Memo untuk membolehkan rakaman audio berlapis. Ini membolehkan pengguna menghasilkan audio lebih baik berbanding model sebelum ini.
Photo from Apple
Dengan Harga Sehingga RM8 Ribu, Berbaloi Ke Untuk Anda Naik Taraf?
Photo from Apple
Justeru itu, apa yang ditawarkan untuk model iPhone tahun ini majoriti peminat teknologi dilihat tidak begitu gembira. Mereka merasakan jenama ini seperti ketandusan idea atau menyimpan teknologi untuk tahun akan datang.
Walaubagaimanapun, anda boleh mendapatkanya bermula 20 September 2024. Harga bermula seperti berikut:
iPhone 16: RM3,999
Varian Plus: RM4,499
iPhone 16 Pro: RM4,999
Varian Pro Max: RM5,999
Photo from Soya Cincau
Mungkin korang suka: