download Jom Explore app
Tak Sampai 10 Minit Parkir, Kereta Lesap Dicuri!

Tak Sampai 10 Minit Parkir, Kereta Lesap Dicuri!

Lifestyle
By Muhammad Aliff on 09 Jul 2024
Digital Editor
A man plans. The heaven decides the outcome.

Tak sampai 10 mint diperlukan untuk mencuri kereta kesayangan kita. Itulah yang berlaku semalam di pusat membeli-belah Suria KLCC yang mendapat perhatian di media sosial.

Menurut laporan sumber, sebuah kereta utiliti sukan (SUV) dipercayai dilarikan oleh suspek warga tempatan. Kenderaan tersebut ditinggalkan 10 minit di bahu jalan oleh penjaga valet.

Tak sampai 10 minit ditinggalkan, kereta lesap dicuri!Photo from funtasticko

Parkir valet sentiasa menjadi pilihan bagi mereka yang ingin jimat masa. Selain itu, ia turut menawarkan keselamatan tambahan dengan bayaran lebih tinggi berbanding parkir biasa.

Namun, ini tidak bermakna kereta anda selamat 100% tau.

Walaupun kita tinggalkan di parkir valet tak semestinya selamatPhoto from Valet Parking

Parkir Sekejap Di Bahu Jalan, Terus Hilang Dicuri?!

Pencuri handal tak perlukan masa lama untuk curi kereta, gambar sekadar hiasanPhoto from WapCar

Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi, berkata kejadian yang ditimpa oleh pemilik kereta bermula apabila beliau menyerahkan kunci kenderaan kepada penjaga valet sekitar tengah hari.

"Penjaga valet pula meletakkan kereta di kawasan valet sebelum mengalihkan SUV tersebut di tepi laluan keluar di jalan utama. Lebih kurang 10 minit kemudian, ketika ingin mengalihkan semula SUV tersebut.

Valet mendapati ia sudah pun dicuri walaupun berada dalam kawasan yang selamat," katanya. Kalau begitu, apa langkah terbaik untuk anda lakukan untuk elak kenderaan dicuri selepas ini?

Jangan Parkir Kereta Sembarangan, Pastikan Ia Selamat!

Jangan parkir kereta sembarangan, lihat kawasan tersebutPhoto from Malay Mail

Perkara paling utama untuk melindung kenderaan anda ialah lokasi parkir yang dipilih. Tidak kisah sama ada korang berada dalam kawasan perumahan, kedai makan, pusat membeli-belah.

Pastikan kawasan tersebut selamat dan tidak panas. Selalunya penjenayah gemar mencuri kenderaan yang terletak di kawasan sunyi dan jauh daripada perhatian orang ramai.

Tambahan pula jenis yang cekap pula, dapat mencuri walaupun berada di depan khalayak ramai. Maka sangat penting untuk letak kenderaan di tempat tidak tersorok dan mudah dilihat oleh sesiapa sahaja.

Walaupun Sudah Berbunyi, Tak Bermakna Sudah Berkunci

Tak semestinya berbunyi ia berkunci! Lihat dahuluPhoto from Trak Terpakai China

Zaman sekarang kenderaan sudah semakin canggih. Dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dan barang teknologi untuk memudahkan kehidupan harian kita. Sebab itu kita kadang kala leka bab kunci pintu ini.

Sebelum beredar dari kenderaan, pastikan ia dikunci dengan sebaiknya. Pastikan korang 'double check' beberapa kali untuk betul memastikan ia selamat dikunci dan tidak boleh dibuka dengan mudah.

Tidak kisah korang tinggal sekejap atau lama, ramai antara pemilik kereta sebenarnya cuai bab ini.

Lihat Kawasan Sekeliling, Selamat Atau Tidak?

Adakah kawasan anda ingin parkir selamat? Atau berbahayaPhoto from Buletin Mutiara

Walaupun korang berada di tempat selamat seperti di pusat membeli-belah. Ia tidak bermakna kenderaan anda tidak boleh dicuri kerana pencuri memang pandai cari jalan untuk membuka pintu kenderaan dengan mudah.

Sebelum parkir, lihat dahulu kawasan sekeliling, pastikan ia selamat. Jika hati anda mengatakan ia berisiko, jangan tinggal di situ dan segera pandu ke tempat lain supaya tidak mendedahkan diri pada bahaya.

Parkir di tempat selamat dapat kurangkan risiko kereta kena curiPhoto from Sunshine Kelly

Barang Berharga Jangan Tinggal

Jangan cuba nak tinggal barang berharga dalam kereta, memang mudah jadi sasaran!Photo from Carsome

Walaupun kita sudah tahu perkara ini, tapi min tetap akan nasihat anda. Masih ramai gemar tinggalkan barang berharga dalam kereta walaupun ia merupakan perkara paling berisiko anda boleh lakukan.

Andai kata kenderaan anda dicuri dan terdapat dokumen atau barang berharga seperti komputer riba. Kena ingat, pencuri sentiasa melihat setiap langkah kenderaan mereka tengah sasarkan.

Tidak semestinya anda simpan barang di bawah tempat duduk dan bonet selamat. Risiko masih ada jadi sentiasa bawa keluar barang berharga walaupun ia akan menyusahkan kita.

Selain itu, beg tangan perlu diletakan bawah kerusi ketika memanduPhoto from BJAK

Ingat, biar susah sekarang. Apabila hilang dicuri, lagi susah hidup kita.

Tidak Kisah Valet Atau Biasa, Guna Tips Ini Untuk Halang Kereta Dicuri

Proton Wira yang 'panas' kerana kerap dicuriPhoto from Paul Tan's Automovite News

Justeru itu kes kecurian kenderaan di negara kita kerap berlaku. Lebih menakutkan beberapa model kenderaan menjadi tumpuan utama kerana boleh dijual dengan harga mahal contohnya Proton Wira.

Selain itu, tidak kisah anda parkir di kawasan premium, valet atau biasa. Jika tidak berwaspada, mungkin kenderaan anda jadi sasaran utama penjenayah!

Mungkin korang suka:

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok