10 Tabiat Pelik Orang Malaysia Je Faham!
Menjadi warga Malaysia datang dengan perasaan bangga dalam diri. Namun terdapat beberapa tabiat pelik yang kita semua boleh relate. Maklumlah kita semua pernah lakukannya ketika membesar di negara ini.
Orang kita terdiri daripada sekumpulan individu sungguh unik. Latar belakang pelbagai kaum, agama, budaya, tradisi berkongsi dalam satu kawasan telah mewujudkan semangat keharmonian secara semula jadi.
Photo from ohbulan!
Disebabkan itu tabiat yang dianggap sebagai typical Malaysian mendefinisikan siapa kita sebagai sebuah negara. Ia mungkin kelihatan asing di mata orang luar, tapi untuk kita sangat relatable!
Antaranya seperti..
1. "Kat Mana Dah?" "Wey Nak Sampai Dah, Aku On The Way Ni"
Photo from Reddit
Tiada ayat yang menggambarkan tabiat orang Malaysia dengan sempurna seperti "on the way". Tidak kisah kita dekat atau jauh dari destinasi, ungkapan ini sering dikeluarkan oleh sesiapa sahaja.
Kita seolah berada dalam zon masa sendiri. Ia seolah cara untuk memberi tahu kita akan sampai tapi mungkin lambat sedikit kerana tersekat dalam jam, terdapat masalah atau bermacam-macam lagi.
Photo from Malaysia Now
Tidak kisah alasan apa sekalipun. Ayat ini sentiasa dekat di hati dan mulut kita.
2. 24/7 Kerja Nak Makan Sahaja
Photo from Wira Nurmansyah
Ada sebab mengapa negara kita dianggap destinasi syurga untuk kaki makan. Kita memang suka makan, tak kisah pagi, petang, malam atau tengah malam sekalipun. Makanan ialah topik utama dalam kehidupan kita.
Nak salahkan diri sendiri pun tak boleh juga. Hampir seluruh tempat dalam negara pasti ada kedai makan yang sedap menghidangkan pelbagai juadah menyelerakan. Kemudian pilihan makanan pulak seperti tidak terhenti.
Photo from Malik Shahmeer
Makanan melayu, cina, india, sabah dan sarawak memberi kita pelbagai juadah unik. Itu belum campur makanan ikut negeri pula.
3. Naik Motosikal Wajib Pakai Jaket Terbalik
Photo from Kosmo Digital
Trend pemakaian baju jaket terbalik hanya berlaku di negara kita. Menjadi seragam lengkap bagi penunggang motosikal dalam negara, pelbagai pendapat telah dikeluarkan menjelaskan mengapa dia pakai cara begini.
Antara sebab sering kita dengar ialah memudahkan dan cepat. Tak perlu buang masa nak zip, sarung sahaja dan boleh terus bergerak serta memastikan kita terlindung daripada cuaca tidak menentu.
Photo from Ebidmotor
Sekejap panas terik, sekejap bahang. Pemakaian ini dapat memastikan penunggang motosikal sentiasa bersedia menempuh setiap perubahan cuaca akan berlaku. Tambahan pula macam pelik kalau pakai macam biasa.
4. Semua Orang Dapat Pangkat 'Bos'
Photo from The Star
Dalam kehidupan setiap individu pasti teringin nak dapat gelaran bos kan? Haa.. jangan risau dekat Malaysia semua orang kita panggil bos tak kisah siapa individu tersebut, semua dapat pangkat ini.
Tukang ambil lauk di kedai mamak kegemaran, mekanik kereta dan peniaga pasar malam. Semuanya akan disapa dengan ayat seperti "Bos, kira semua berapa?", mungkin ini cara kita bermesra dengan orang.
Panggilan tersebut dianggap sebagai tanda kita hormat mereka dan siapa tak suka dipanggil bos oleh orang?
5. "Free Gift Takkan Takda, Kena Nego Harga Dulu"
Photo from IDN Times
Selain daripada memanggil semua orang bos, tabiat pelik yang sering kita lakukan (tanpa sedar) suka tawar-menawar. Atau minta free gift (hadiah percuma) setelah melakukan pembelian yang mahal.
Perkara ini sukar untuk gambarkan kepada orang luar. Kerana terdapat perasaan puas dan gembira apabila kita berjaya tawar harga menjadi lebih rendah atau dapat barang secara percuma.
Sehubungan dengan itu, setiap kali sebuah kedai berjenama lakukan SALE. Berpusu orang kita akan beratur dari pagi untuk jadi yang pertama mendapat harga tawaran istimewa. Terutama waktu nak dekat Raya.
6. Orang Kita Memang Gila Durian
Photo from Foodie
Walaupun dianggap buah paling busuk dalam dunia. Itu tidak menghalang orang kita menikmati durian ketika musim dan menghasilkan produk berasaskan isinya seperti kerepek, pancake dan macam-macam lagi.
Oleh kerana kita dibesarkan dengan baunya sejak kecil. Kita sudah biasa dengan bau yang kuat berbanding orang dari negara lain. Lihat sahaja berapa banyak jenis durian ada di negara kita.
Photo from Buletin Mutiara
Setiap satu mempunyai rasa dan tekstur tersendiri. Membuatkan pengalaman makan lebih unik berbanding buah yang lain.
7. "Dah Makan Belum?"
Photo from Diatabs
Macam min kata, typical tabiat orang kita gemar menikmati makanan sedap. Sebab itu antara soalan sering kita tanya ketika bertemu kawan, kenalan atau rakan kerja ialah "dah makan belum?,"
Ia menunjukkan betapa pentingnya makanan dalam budaya negara kita. Bukan itu sahaja, soalan ini menunjukkan keprihatinan dan hubungan sosial yang erat.
8. Sanggup Memandu Jauh Demi Makanan Sedap!
Photo from Utusan
Tabiat ini sangat sinonim dalam kehidupan seharian kita. Lihat sahaja betapa ramai orang sanggup pergi ke P.Pinang untuk menikmati nasi kandar paling sedap, char kuey teow dan kari kepala ikan.
Kita memang sanggup berjalan jauh untuk menikmati makanan sedap. Tapi sukar untuk berjalan lebih sedikit untuk melengkapkan urusan harian dan lebih gemar buang masa cari parking yang berdekatan dengan lokasi ingin pergi.
9. Double Park, Triple Park Itu Asam Garam Kita
Photo from Malay Mail
Rasanya perkara paling mengejutkan bagi orang luar ialah ketika mereka lihat bagaimana kenderaan boleh diparkir dalam negara kita. Double park itu perkara biasa, kalau bernasib baik boleh terjumpa Triple Park.
Tabiat ini sangat biasa dilakukan di mana-mana sahaja. Ia boleh menyebabkan kemarahan pemandu lain serta menyumbang kepada kesesakan lalu lintas, jika terpaksa double park pastikan korang tinggal maklumat lengkap.
Photo from Carsome
Seperti nama dan nombor telefon bagi memudahkan orang cari kita. Tambahan pula, perkara ini menunjukkan betapa kreatif orang kita dalam mencari penyelesaian.
10. Tangan Kita Mempunyai Kuasa Untuk Tahan Segala-Galanya
Photo from imgur
Masih ramai orang dalam dunia tidak mengetahui bahawa keseluruhan orang Malaysia mampunyai kuasa ajaib. Kuasa ini sangat mudah untuk guna, ketika dalam proses melintas jalan.
Angkat tangan dan letakan di hadapan korang untuk perlahan atau berhenti trafik. Tidak kisah kenderaan itu tengah laju atau sebesar lori, bila pemandu nampak tangan tersebut mereka pasti akan berhenti.
Semuanya akan tunduk dengan kuasa tangan kita.
Justeru itu, ini ialah 10 tabiat pelik sering dilakukan oleh orang kita pasti semua orang pernah lakukannya juga betul tak?