download Jom Explore app
5 Perkara Perlu Tahu Tentang Perodua emo-1

5 Perkara Perlu Tahu Tentang Perodua emo-1

Lifestyle
By Muhammad Aliff on 27 May 2024
Digital Editor
A man plans. The heaven decides the outcome.

Baru-baru ini Perodua melancarkan konsep kenderaan elektrik (EV) di Malaysia Autoshow 2024. Menawarkan orang ramai melihat rupa kereta elektrik baharu berasaskan kereta paling digemari seluruh rakyat, Myvi yang dipanggil emo-1.

Berdasarkan model Perodua Myvi 2021, konsep ini telah diubah untuk mempamerkan konsep Electric Motion Online (emo) Perodua. Ia pertama kali diperkenalkan pada tahun sebelumnya dan mengekalkan kebanyakan reka bentuk asal Myvi.

Boleh tahan cute juga King baru niPhoto from piston my

Ia hadir dengan kombinasi warna putih berseri, limau serta hitam berbeza daripada model 'King' biasa. Berikut ialah semua yang korang perlu tahu tentang emo-1.

Tiada Lagi Cermin Sisi Ialah Rekaan Masa Depan!

Tiada lagi cermin sisi, diganti dengan kameraPhoto from lowyat

Perkara yang paling mengejutkan untuk konsep ini ialah tidak mempunyai cermin sisi. Sebaliknya digantikan dengan kamera moden setaraf dan disambungkan ke kedua monitor kiri dan kanan terletak pada papan permuka dalam kereta.

Sudut melihat masih baik dan tidak banyak perbezaan daripada cermin sisi tradisional kereta lama. Walau bagaimanapun, kualiti imej terhasil dapat dilihat dengan baik tanpa kabur atau pecah.

Kamera tersebut disambung ke monitor yang boleh dilihat oleh pemandu dari dalamPhoto from lowyat.net

Ruang Dalaman Kereta Lebih Moden

Ruang dalaman dikemas kini dengan rekaan lebih moden serta sportyPhoto from lowyat.net

Jika korang sudah biasa dengan ruang dalaman Myvi maka tidak banyak berubah. Tetapi cukup untuk membezakan daripada versi petrol dan versi EV. Perubahan paling ketara yang dikemas kini seperti monitor cermin sisi.

Stereng ditukar menjadikan bahagian atas serta bawah rata menghasilkan rekaan lebih sporty. Emo-1 juga mempunyai panel dashboard digital sepenuhnya, skrin paparan LCD bersaiz besar dan konsol tengah dari papan pemuka sehingga tempat duduk belakang.

Bahagian sedikit janggal ialah dahulu kereta ini mampu muatkan 5 orang dalam satu masa. Versi EV hanya boleh membawa empat penumpang membuatkan ramai persoalkan keputusan ini.

Bahagian belakang yang kini boleh muat 2 orang sahajaPhoto from lowyat.net

Boleh Memandu Sehingga 350KM Dalam Satu Caj

Emo-1 boleh dipandu sejauh 350 km dalam satu caj sahajaPhoto from lowyat.net

Menurut Perodua, emo-1 dikuasakan oleh motor segerak magnet tiga fasa. Ia boleh memberikan 68PS dan 220 Nm tork yang mampu pergi dari 0-100 km dalam kira-kira 7-9 saat.

Tambahan pula, ia juga dikuasakan oleh bateri lithium-ion sebanyak 55.7 kWj. Dengan itu ia menawarkan jarak 350 km dalam satu caj penuh. Selain itu, pengeluar kereta ini turut menyebut bahawa pengecasan penuh mengambil masa lebih lima jam jika memakai pengecas AC 11kW.

Manakala, jika menggunakan pengeas DC 50kW masa itu dipendekkan kepada satu jam sahaja.

Harga Dianggarkan Antara RM50,000 - RM100,000

Menurut pakar, mereka jangka harga daripada RM50,000 - RM100,000Photo from lowyat.net

Semuanya kelihatan baru serta menarik melihat kemajuan pada jenama kereta ini. Pembangunan untuk projek emo-1 telah bermula sejak September 2022 dan pembinaan pula bermula sembilan bulan lalu.

Perodua turut berkata tiga bahagian utama kereta iaitu power bench, power converter dan overall styling dihasilkan dalam negara. Manakala teknologi power converter dihasilkan dengan bantuan daripada syarikat Australia.

Rupa komponen emo-1Photo from lowyat.net

Menjelang akhir tahun ini, syarikat ini akan membentangkan rupa terkini konsep emo-1. Memandangkan ia akan berlangsung bersama Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) yang dijadualkan berlangsung hujung tahun.

Pengeluaran sebenar untuk emo-1 dijangka bermula pada 2025 dengan pelancaran sebelum tahun berakhir. Selain itu, jenama ini terkenal dengan harga mampu milik dan pakar menganggarkan julat harga antara RM50,000-RM100,000.

Menariknya majoriti rekaan emo-1 dihasilkan dalam negaraPhoto from lowyat.net

Menjadi Kenderaan EV Buatan Tempatan Mampu Milik

Emo-1 menjadi tiik permulaan industri EV di negara kitaPhoto from Universiti Putra Malaysia

Tidak dinafikan konsep ini menjadi salah satu kebanggaan seluruh rakyat Malaysia. Menurut Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz, Perodua dipilih sebagai jenama kereta utama untuk mengeluarkan EV mampu milik.

Ini adalah di bawah Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030. Kerana kebanyakan kenderaan EV yang kita lihat hari ini ialah jenama asing yang mempunyai harga tinggi cukup ketara. Oleh itu kita perlu fokus untuk mencipta, pasang serta hasilkan kenderaan EV buatan tempatan bagi mengurangkan harganya kepada jumlah berpatutan.

Menjadi sebuah pencapaian besar untuk negara.

Mungkin korang suka:

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok