download Jom Explore app
Kenapa Beras Ini Dijual Dengan Harga RM450/1KG?!

Kenapa Beras Ini Dijual Dengan Harga RM450/1KG?!

Jom! Makan
By Muhammad Aliff on 30 Sep 2024
Digital Editor
A man plans. The heaven decides the outcome.

Memegang gelaran Guiness World Records, 'beras' termahal di dunia. Kinmemai Premium daripada Jepun mempunyai harga sekitar 109$ (RM449.52) sekilogram, ternyata mempunyai harga 'keras'.

Umum mengetahui majoriti orang Asia tidak boleh hidup tanpa beras. Ia menjadi makanan ruji serta merupakan sumber utama nutrien karbohidrat.

Cuba anda hidup tanpa makan nasi sebulan? Susah bukanPhoto from Artis Malaysia

Sepinggan nasi sudah cukup untuk membekalkan tubuh badan tenaga yang diperlukan untuk berfungsi seharian. Lazimnya kita mengetahui bahawa harga beras berubah mengikut jenama serta kualiti.

Bagi segelintir pihak, beras mahal atau murah tiada perbezaan daripada segi rasa ataupun tekstur. Tetapi ia tidak menghalang syarikat Jepun ini mengeluarkan apa yang dikatakan yang terbaik di dalam dunia.

Apa yang ada disebalik bungkusan nasi ini?Photo from Cuisine & Wine Asia

Menggunakan Teknologi Khas Untuk Menghasilkan Bijiran Istimewa

Japan Toyo Rice Corporation menjadi pemegang rekod dunia menghasilkan beras paling mahal di duniaPhoto from Business Wire

Kinmemai Premium merupakan air tangan Japan's Toyo Rice Corporation. Beras ini menampilkan bijirin daripada lima jenis nasi Jepun menggunakan teknologi khas dikenali sebagai proprietary rice-buffing yang dihasilkan 17 tahun lalu.

Kesannya? Kinmemai Premium mendakawa mempunyai nilai khasiat unggul berbanding nasi biasa kita makan. Selain itu, mempunyai rasa lemak yang enak.

Setiap butir pula kelihatan seperti berlian kecil kerana menjalani proses penggilap dipatenkan. Tujuannya untuk menghilangkan lapisan lilin yang tidak boleh dimakan.

Ini rupa beras paling mahal di dunia, cantik kan rupanya?Photo from Robb Report Malaysia

Khasiat Apa Terkandung Dalam Beras Paling Mahal Di Dunia?

Syarikat tersebut mendakwa beras dihasilkan mempunyai khasiat lebih banyak berbanding beras biasa kita makanPhoto from Coconut

Menurut Toyo Rice Corporation, Kinmemai Premium mempunyai nilai berkhasiat yang tiada tandingannya. Katanya, ia mempunyai enam kali lebih banyak lipopolysaccharides (LPS).

Ini merupakan penggalak sistem imun semula jadi untuk bantuk kekalkan kesihatan baik. Selain itu, ia membantu melawan penyakit berbanding nasi putih konvensional.

Selain itu ia mempunyai rasa berlemak secara semulajadiPhoto from Just One Coookbook

Bukan itu sahaja, ia juga mengandungi 1.8 kali lebih serat dan tujuh kali lebih Vitamin B1. Sehubungan dengan itu, ia tidak perlu dibasuh sebelum dimasak dan mempunyai aroma unik serta rasa manis.

Untuk menghasilkan Kinmemai Premium memerlukan varieti beras berharga seperti Koshihikari dan Pikamaru. Ini dipilih sendiri daripada pakar Toyo Rice Corporation dan petani yang menghasilkannya dibayar lapan kali ganda daripada harga biasa untuk menghasilkan bijiran terbaik.

Petani yang menghasilkan beras ini dibayar lumayan tau!Photo from Musubi Kiln

Menyebabkan harga Kinmemai Premium paling mahal di dunia.

Dijual Dalam Paket 140 gram Dengan Harga RM495/1 kg

Bungkusan beras sahaja sudah kelihatan mewah!Photo from The Peak Malaysia

Sebelum ini pada tahun 2016, Kinmemai Premium juga merangkul rekod dunia untuk 'beras paling mahal'. Akibat daripada faktor inflasi telah meningkatkan harganya lebih tinggi berbanding tahun sebelum ini.

Jika anda teringin untuk membelinya di negara kita, sayang sekali tiada kedai menjualnya. Ini kerana Kinmemai Premium asalnya hanya dijual di pasaran Jepun, kemudian dijual di Singapura.

Tambahan pula, cara masakan beras ini lebih sesuai untuk hidangan budaya Jepun.

Namun beras mahal ini lebih sesuai dimasak cara orang Jepun!Photo from Kinmemai

Rasa Beras Paling Mahal Di Dunia Dianggap Biasa Sahaja?

Penulis ini mendakwa beras mahal ini biasa sahaja rasanya?Photo from Elemental by Medium

Menurut seorang penulis bernama Aaron De Silva mengenai rasa Kinmemai Premium. Beliau berkata, "rasanya lebih berkrim berbanding nasi biasa dengan sedikit aroma kacang jika dibandingkan dengan nasi sushi biasa.

Nasi ini dihidangkan dalam pelbagai cara dalam menu empat hidangan. Contohnya makan bersama trout salmon, pipi daging lembu wagyu dan gaya ochazuke. Bagi saya beras ini sesuai dianggap sebagai hadiah berkualiti untuk menjaga 'muka'.

Atau anda sedang mencuba menarik perhatian pelabur Jepun. Rasanya mengajar saya untuk menhargai setiap butir nasi yang pernah saya anggap remeh. Saya jugak sarankan tidak perlu untuk tergesa-geas untuk mendapatkannya," ujarnya.

Ternyata ia lebih sesuai untuk dijadikan hadiah?Photo from The Peak Malaysia

Justeru itu, adakah anda rasa wajarkah nasi memiliki harga sebegitu rupa? Apa kata anda.

Mungkin korang suka:

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok