Makan Hotpot Sambil Tengok Movie, Buat Netizen Berang
Biasanya di panggung wayang kita hanya menjamah makanan ringan seperti popcorn, nugget dan sebagainya. Namun disebabkan ingin menambah pengalaman baru, syarikat ini ingin melakukan sesuatu yang baru.
Pengalaman menonton filem di panggung wayang tidak dapat direka semula di rumah. Dari segi audio dan visual membuatkan duit yang dibelanjakan sangat berbaloi.
Photo from Harian Metro
Sebab itu majoriti syarikat ini telah menghasilkan beberapa konsep unik untuk menambah kepada pengalaman tersebut. Contohnya menggunakan skrin IMAX, menonton secara 4-dimensional dan siap boleh baring dengan selimut tebal lagi!
Tetapi alangkah terkejutnya apabila Dadi Cinema memperkenalkan konsep baru yang mendapat pelbagai reaksi dari netizen. Konsep tersebut ialah makan hotpot sambil tonton wayang anda.
Photo from FB | Dadi Cinema
Cara Baru Nak Tonton Filem, Makan Hotpot Dalam Menu
Photo from Reddit
Menurut syarikat pawagam Dadi Cinema. Mereka mengumumkan bakal menjadi panggung wayan pertama di negara untuk menyajikan menu hotpot kepada pelanggan mereka di Pavillion KL.
Ini untuk memberikan pengalaman menonton wayang lebih menarik. Namun, cara ia disediakan dan hidang jauh berbeza daripada kedai kegemaran yang anda sanggup beratur sehingga 2 jam.
Sup panas disediakan dalam sebuah mangkuk. Kemudian, set makanan seperti sayur, daging hiris dan sebagainya dihidangkan dalam bekas empat segi.
Photo from FB | Dadi Cinema
Terkejut Dilihat Oleh Netizen Malaysia, Ramai Memberikan Komen
Photo from FB | Dadi Cinema
Setelah melakukan pengumuman tersebut, netizen Malaysia dengan pantas memberi pelbagai reaksi melalui ruangan komen. Majoriti bersetuju bahawa idea ini kurang bernas untuk dilakukan.
Ini kerana menonton wayang sambil menikmati hotpot boleh menggangu fokus kita dan orang sekeliling. "Nampak tak selesa. Kalau makan hotpot dalam panggung wayang, bagaimana nak fokus tengok filem sebab sibuk nak makan," kata seorang netizen.
"Kakak abang cleaner pasti akan mengamuk nanti," mendapat like banyak di ruangan komen. Ini kerana panggung wayang sepatutnya menjadi tempat untuk tonton filem dengan tenang dan senyap tidak diganggu.
Photo from Harian Metro
"Kalau Anda Tak Mahu, Boleh Beli Tiket Biasa," kata Netizen
Photo from SAYS
Sehubungan dengan itu netizen turut berpendapat menu ini akan menyusahkan pekerja untuk membersihkan sisa makanan.
Jika tidak dibersihkan dengan betul, mereka khuatir akan muncul haiwan perosak seperti tikus dan lipas. Namun begitu, ada netizen melihat perkara ini dari sudut optimistik.
"Panggung wayang ini dibuat bagi mereka yang ingin merasai pengalaman unik. Kalau anda tak mahu, boleh beli tiket biasa," komen seorang netizen. Oleh demikian, tidak dinafikan apa yang dilakukan oleh Dadi Cinema sangat menarik.
Photo from FB | Dadi Cinema
Cuba bayangkan anda dapat makan puas sambil tonton filem kegemaran? Seronok tau!
Selain Menu Hotpot, Harga Tiket Wayang Cecah RM150 Pun Ada Tau
Photo from mStar
Selain daripada konsep yang diperkenalkan oleh Dadi Cinema. Golden Screen Cinames (GSC) juga menghasilkan sebuah konsep menarik iaitu panggung wayang paling mewah di negara.
Hanya ada 2 sahaja di Malaysia. Apa yang anda dapat di sini? Ada butang servis pada setiap kerusi, tekan saja untuk mintak apa-apa sahaja.
Photo from Pemburu Tiket Murah
Makanan yang dipesan bukanlah makanan ringan. Ia adalah makanan gourmet yang dimasak oleh chef setelah mendapat pesanan. Tak lupa juga, anda diberikan bantal, selimut, pengecas telefon bimbit dan lampu.
Layanan persis seperti seorang raja kan? Harga tiket pula bermula dari RM120-RM150!
Photo from Pemburu Tiket Murah
Justeru itu, tidak terkejut mengapa ramai syarikat panggung wayang ingin mengeluarkan konsep unik seperti menu hotpot. Ia merupakan salah satu cara untuk menarik perhatian bagi mereka yang suka tonton filem.
Walaupun tiada tarikh bila menu tersebut bakal dibuka kepada orang awam. Min nak tahu juga, adakah anda akan mencubanya?
Photo from FB | Dadi Cinema
Mungkin korang suka: