5 Cara Baru & Berbeza Untuk Nikmati Durian
Haa.. sekarang tengah musim durian yang menjadi kegemaran ramai warganegara. Buah durian sentiasa menjadi pilihan utama untuk nikmati walaupun memiliki bau yang sangat kuat betul tak?
Walaupun memiliki bau yang kuat, durian memiliki rasa sungguh unik. Manis, krim, sedikit masin dan setiap baka pula mempunyai profil rasa berbeza-beza membuatkan pengalaman makan tiada bandingan.
Photo from IMPIANA
Namun, kita sudah biasa makan buah ini sejak kecil lagi. Kadang kala bosan juga asyik makan macam tu sahaja, tiada ke cara makan isi buah ini yang lebih inovatif? Jangan risau, ada 5 lagi.
Nasi Goreng Durian
Photo from Mustsharenews
Semua orang gemar makan nasi goreng. Rasanya sedap, ada banyak variasi, mudah untuk masak dan mampu memberikan rasa menyelerakan. Kemudian isi durian pula kita tahu sudah sedap betul?
Nak jadikan cerita bermula di sebuah restoran di George Town, Pulau Pinang. Restoran tersebut namanya ialah Ah Chong Fried Rice jadi viral selepas menghasilkan video nasi goreng during bersama sambal pedas.
Photo from Sethlui
Malangnya kedai ini sudah tutup. Namun ia tidak menghalang untuk kita cuba hasilkan di rumah betul? Katanya nasi goreng dihasilkan tu mempunyai sos rahsia dikenali sebagai XO Sauce.
Tambahan pula terdapat banyak resipi untuk hasilkan makanan ini, jadi tiada masalah untuk cuba di rumah.
Photo from Food Ranger
Sup Ayam Durian
Photo from South China Morning Post
Sebentar! Jangan lari dahulu. Min tahu makanan ini dengar sangat pelik dan tidak masuk akal serta mungkin rasanya juga aneh. Namun ia popular di Thailand dan China kerana dipercayai banyak khasiat.
Biasanya untuk hasilkan makanan ini, mereka akan gunakan durian jenis Musang King dan Udang Merah. Antara khasiat yang dipercayai dapat dimanfaatkan ialah peredaran darah, memulihkan dan mengukuhkan kesihatan.
Photo from Tatler Asia
Cara untuk hasilkannya agak kompleks kerana isi buah perlu dimasak dengan betul untuk tingkatkan rasa sup ayam tersebut.
Piza Durian
Photo from Ethnojunkie
Piza bersama buah nanas telah menjadi satu isu dalam media sosial kerana ramai merasakan kombo ini tidak sepatutnya wujud. Walau bagaimanapun, tidak dinafikan rasa buah manis bersama piza memang menyelerakan.
Oleh itu, tidak hairan ada orang akan cuba hasilkan versi sama dengan menggunakan buah durian. Ada juga pernah cuba bersama beberapa pilihan buah tempatan seperti mangga, cempedak dan pisang.
Photo from New Straits Times
Berbalik kepada piza durian, ia dihasilkan dari sebuah kafe di Singapura, Mao Shan Wang. Ia dibakar seperti biasa tetapi gandingan keju bersama isi buah membuatkan kombinasi ini sungguh menyelerakan!
Kerepek Biji Durian
Photo from eBay
Kalau nak tahu sebenarnya biji buah durian boleh makan tau! Selalunya kita buang ke dalam tong sampah sahaja kan. Haa.. selepas ini korang bersihkan dahulu supaya tiada kesan isi melekat pada biji.
Kemudian, rebus sehingga lembut, hiris senipis-nipisnya dan goreng dengan minyak guna api perlahan! Bila dah selesai, korang akan dapat nikmati kerepak buatan sendiri dengan sentuhan aroma durian yang ranggup.
Photo from Tatler
Jika ingin versi manis, tambah garam dan gula melaka. Versi pedas pula boleh tambah paprika, lada dan sebagainya.
Keju Bakar Durian
Photo from Decorated Treats
Seperti pizza tadi, durian dan keju ialah gabungan yang sangat menarik! Ia sering ditemui di seluruh negara Asia sebagai pilihan pencuci mulut. Memandangkan warga tempatan gemar nikmati apa sahaja yang ada keju.
Maka apa kata kita cuba versi ini pula? Thailand dan Indonesia dikatakan gemar menghasilkan makanan ini kerana mempunyai rasa unik tidak sama seperti pencuci lain. Untuk hasilkan di rumah tidak begitu susah.
Photo from Phina
Ada banyak resipi yang korang boleh lihat di media sosial untuk cuba. Antara tips yang dikongsikan ialah memanggang seluruh kulit di atas api sebelum membukanya untuk memberikan rasa 'asap' lebih menyelerakan bila bergabung dengan keju.
Sehubungan dengan itu apa pendapat anda. Antara 5 pilihan ini mana satu yang korang teringin nak cuba?
Photo from Betty's Journey
Mungkin korang suka: