Ramai Orang Tak Tahu Khasiat Minum Air Kelapa
Betul ke mengamalkan minum air kelapa muda setiap hari sangat bermanfaat untuk kesihatan kita? Airnya dikatakan mempunyai banyak khasiat yang tak diketahui ramai yang dapat mengubah tahap kesihatan badan kita pulak tu.
Walaupun mempunyai rasa manis, masam sedikit yang semulajadi. Ia merupakan minuman rendah gula serta kalori dan turut mengandungin elektrolit seperti kalium, natrium dan magnesium.
Kesemuanya bersedia untuk gantikkan semula nutrien yang hilang dalam tubuh kita. Jika dibandingkan dengan minuman bertenaga memang jauh beza dari tahap kesihatan kerana kandungan gula sahaja.
Sama juga dengan air berkarbonat, jus buah-buahan yang lain. Kandungan gula yang rendah membuatkan ideal untuk kita cuba minum setiap hari. Tak lupa juga, ia dapat segarkan tubuh badan kita pada hari panas.
Photo from Pinterest
Nasib baik buah kelapa dapat membesar subur di negara kita. Dapat juga kita menikmati manfaatnya betul tak?
Nutrisi Yang Korang Boleh Jumpa Dalam Air Kelapa
Photo from Pinterest
Setiap air mempunyai kandungan nutiren supaya kita dapat tahu tahap kesihatannya. Kandungan utama air kelapa mempunyai elektrolit, mineral serta vitamin. Macam min kata kandungan gula di dalamnya sangat sedikit.
Kandungan karbohidrat pun sama juga termasuk protein dan lemak melengkap nutrisi dalam minuman ini. Selain itu komposisi minuman ini ialah seperti berikut untuk 100 gram (g):
- Tenaga (17 Kalori)
- Protein: 0.2g
- Lemak: 0.1g
- Karbohidrat: 3.8g
- Kalsium: 15 miligram (mg)
- Fosfor: 8mg
- Besi: 0.2mg
- Natrium: 1mg
- Kalium: 149mg
Daripada pecahan komposisi ini. Kita dapat lihat air kelapa mengandungi jumlah kalium yang tinggi dan jika kita banding dengan air bertenaga yang diformulasi. Kandungan kalium pada buah kelapa lebih tinggi.
Bahkan sebagai perspektif, kalau korang makan empat buah pisang sekalipun tidak dapat untuk memecahkan kandungan kalium. Selain itu, kandungan mineral lain seperti kalsium, zat besi, magnesium sangat bagus untuk tubuh badan.
Photo from Pinterest
Sebelum min lupa, minuman ini turut mempunyai antioksidan dengan manfaat keapada kesihatan kita.
Dapat Melambatkan Penuaan
Photo from Universitas Airlangga
Khasiat pertama yang korang perlu tahu dengan mengamalkan minuman ini ialah dapat jadikan kulit lebih licin dan muda. Kerana kandungan sitonkinin, hormon pertumbuhan berfungsi untuk kawal pertumbuhan serta perkembangan sel penuaan.
Selain itu, ia juga membantu dari segi anti-karsinogenik serta anti-trombotik (anti pembekuan darah). Tak hairan kenapa ia dilabel minuman boleh melambatkan penuaan termasuk mengimbangi tahap pH dalam badan.
Serta menguatkan dan menghidratkan tisu penghubung. Baru kurang risiko untuk menghidap banyak penyakit.
Mengatur tekanan darah dan kolesterol
Photo from Pinterest
Korang menghidap masalah jantung? Cuba amal minum air ini kerana dapat membantu tingkatkan sirkulasi darah. Ia juga dapat turunkan tekanan darah tinggi sekaligus kurangkan risiko serangan jantung dan macam-macam penyakit kronik.
Disebabkan kalium tinggi, natrium rendah dapat kurangkan kadar gula darah terutama mereka menghidap tekanan darah tinggi. Kemudian ia juga berpotensi untuk mencengah terbentuknya penggumpalan darah.
Di samping itu, minuman ini sangat membantu tingkatkan HDL (kolestrol baik).
Baik untuk kesehatan pencernaan
Photo from Pinterest
Masalah pencernaan sentiasa menjadi satu isu dihadapi hampir setiap orang. Ia digunakan untuk merawat cirit-birit, senak, sembelit, jangkitan pundi kencing serta termasuk gangguan buah pinggang.
Kalau tengah menghadap masalah cirit-birit cuba minum sedikit. Ia kerana dapat menggantikan cecair yang hilang dari saluran gastrousus malah ia turut disyorkan oleh World Health Organization (WHO) untuk merawat cirit-birit.
Asid amino, enzim, mineral dan asid lemak ialah kawan baik untuk membantu masalah pencernaan. Tak lupa juga mengelak korang dengan dehidrasi.
Mencegah penyakit batu ginjal
Photo from Klik Dokter
Untuk mendapat kesihatan buah pinggang yang baik memerlukan minum banyak air. Air kosong cukup untuk sokong fungsi buah pinggang tetapi minuman buah kelapa ternyata lebih berkhasiat.
Kalau korang nak tahu batu karang boleh terbentuk bila kalsium, asid oksalik berubah menjadi kristal. Ia akan dibawa ke dalam saluran air kencing kita. Penyeledikan bertajuk Prophylactic Effect of Coconute Water dijalankan ke atas tikus.
Photo from Primaya Hospital
Bagi menunjukkan minuman kelapa dapat menghalang kristal daripada melekat pada buah pinggang korang. Ini terjadi kerana ia dapat menurunkan kadar radikal bebas terbentuk akibat tahap oksalah tinggi dalam air kencing.
Menyokong Fungsi Organ Tubuh Badan
Photo from theAsianparent Malaysia
Minuman kelapa juga bagus untuk menyokong fungsi orang dalam badan kita. Telah terbukti banyak kali bahawa minuman ini sumber utama untuk nutrisi berkhasiat boleh membantu atasi masalah stress badan ketika bersukan.
Asid amino dapat membentuk protein untuk digunakan oleh organ badan untuk menjana semula sel. Manakala, kandungan enzim pula sangat membantu sistem penghadaman serta metabolisme badan.
Bolehkah Kita Amalkan Minuman
Photo from Alodokter
Persoalan utama ialah tiada masalah akan timbul jika kita amalkan minum setiap hari. Apa yang korang perlu tahu tiada masalah sekalipun boleh dinikmati pada bila-bila masa yang sesuai dengan diri kita.
Ada orang rekomen untuk minum separuh di pagi hari dan bakinya diminum sebelah waktu petang. Untuk waktu malam pula, kalau perut korang terasa kembung elakkan minum tau!
Kemudian jumlahnya pula mengikut citarasa korang. Boleh minum banyak ataupun kurang terletak pada kemampuan diri masing-masing.
Mungkin korang suka: