Hidden Gems Di Nilai, Makanan Asli Melayu Tradisional
Mungkin ini kali pertama anda mendengar tentang Aunty Aini's Garden Cafe. Kafe yang cukup sinonim dengan masakan kampung masih dianggap sebagai hidden gem di Negeri Sembilan.
Dari luar kelihatan seperti sebuah rumah kampung. Menariknya selangkah masuk ke dalam, anda menemui Aunty Aini's Garden Cafe bersama tamannya dipenuhi dengan pelbagai herba dan sayuran.
Photo from IG | auntyainisnilai
Tamannya juga berfungsi sebagai restoran dan rumah terletak di Kampung Chelet, Nilai, Negeri Sembilan. Kafe ini telah wujud hampir dua dekad dan telah berkembang maju sejak beberapa tahun lalu.
Di sini, anda dapat menikmati air tangan seorang wanita setia dalam menghasilkan makanan tradisional yang paling sedap!
Photo from IG | auntyainisnilai
Sejak Kecil Sudah Berjinak Dalam Dunia Masakan Sebelum Membuka Kafe
Photo from The Star
Norzaini Abdul Hamid, atau Aunty Aini telah berjaya mengadaptasi masakan Negeri Sembilan ke pasaran komersial. Perkara ini bukan senang untuk masakan Melayu Tradisional.
Berpegang teguh terhadap budaya masakannya, segala bahan digunakan ditanam di tamannya. Tambahan pula, hampir semua ditanam boleh dimakan daripada kelopak bunga raya, petai, daun cili dan bermacam lagi.
Antara lauk popular seperti Gulai Masak Lomak Cili Api, menggunakan bahan-bahan dipetik di taman menambah rasa lebih autentik.
Suasana Kafe Dipenuhi Dengan Estetika Kampung Melayu
Photo from IG | auntyainisnilai
Selain daripada makanan menyelerakan, suasana kafe ini menjadi elemen utama mengapa ia sangat popular.
Berada dalam kawasan perkampungan dan merupakan rumahnya. Aunty Aini's berjaya menghasilkan estetika Kampung Melayu secara semulajadi untuk pelanggan nikmati ketika makan.
Photo from Aunty Aini's Garden Cafe
Ruang makan utama merupakan sebuah rumah kayu yang menarik. Tumbuhan yang ditanam menambah kepada suasana nyaman seperti dalam dunia sendiri terasing daripada hiruk pikuk bandar.
Resipi Masakan Tradisional Yang Diturunkan Turun-Temurun
Photo from IG | ayanbaharudin
Antara masakan wajib anda cuba menurut beberapa pelanggan setia seperti asam pedas, sambal tumis petai, goreng kunyit dan bermacam lagi. Semuanya dihasilkan menggunakan resipi sendiri.
Menurut Aunty Aini's, dia masih ingat ketika membesar di kampung yang dikelilingi hutan. Dia memetik herba segar untuk jadikan ulam, masak salai daging untuk berkongsi bersama keluarganya.
Photo from IG | auntyainisnilai
Warisan resipi turun-temurun merupakan legasi nenek moyangnya, Biduanda. Salah satu daripada 12 etnik Minangkabau yang mahir dalam bab pertanian. Maka, setiap lauk dimasak dipenuhi dengan herba segar yang tiada bandingan.
Siap Mengajar Chef Gordon Ramsay Untuk Masak Rendang!
Untuk pengetahuan umum, Aunty Aini's telah viral beberapa tahun yang lalu. Ini kerana Chef selebriti tersohor, Gordon Ramsay berjumpa dengannya untuk belajar cara membuat rendang.
Perkara yang mengejutkan chef berbintang Michelin itu ialah teknik digunakan oleh Aunty Aini. Teknik yang dipanggil 'agak-agak' cukup sinonim dalam masakan Melayu tradisional.
Photo from IG | auntyainisnilai
Menurut anaknya Maryam, "Mama mahir membuat gulai dengan baik dan saya mahir dalam rendang. Rahsianya ialah memori untuk menyempurnakan hidangan warisan seperti rendang," ujarnya.
Dikeliling suasana nyaman, tenang dan santai menambah kepada pengalaman menikmati makanan Melayu tradisional. Sudah tentu memang berbaloi untuk anda menghala ke Nilai bagi menikmati Aunty Aini's Garden Cafe.
Photo from Serra Laia