Masak Lemak Cili Api Paling Sedap Ada di Grobok Salai?
Siapa sini suka makan masakan lemak cili api dari Negeri Sembilan? Haa.. korang wajib singgah ke Grobok Salai yang terletak di Kampung Hulu, Pedas yang menjadi destinasi popular untuk menikmati masak salai paling sedap!
Kalau dekat Malaysia ni memang setiap negeri mempunyai keunikkan masing-masing. Hampir kesemuanya mampu menunjukkan kemewahan budaya makanan yang kita dapat bezakan antara satu sama lain.
Cuma kita dapat lihat beberapa negeri akan mendapat fokus utama untuk mencari masakan sedap. Kalau tanya min, Negeri Sembilan pun patut mendapat fokus dengan masakan istimewa mereka juga tau.
Orang Negeri Sembilan memang terkenal dengan kepedasan dalam masakannya. Kalau yang tak biasa makan pedas tu memang akan berpeluh minta 3 gelas air sejuk semata-mata untuk menyejukkan mulut.
Tetapi di sebalik kepedasan tersebut ada rasa yang sungguh menyelerakan. Ia bukan rasa pedas mendominasi seluruh masakan semata-mata, malah ia mampu mengeluarkan pelbagai rasa kompleks memberi kemeriahan pada deria rasa kita.
Photo from FB | Grobok Salai
Menarik kan? Haa.. kalau menyinggah ke Grobok Salai ni itu yang korang akan dapat! Masakan asli dari Negeri Sembilan.
Apa Itu Masak Lemak Cili Api?
Photo from FB | Grobok Salai
Oleh kerana terlalu banyak masakan sedap yang ada dalam negara. Min faham kalau masih ada segelintir individu yang tidak pernah mencuba masak lemak cili api kerana tidak memahami dan berpeluang untuk menikmati keistimewaanya.
Masakan ini terhasil daripada orang Minangkabau yang menetap di Negeri Sembilan. Orang Minangkabau telah memberikan banyak sumbangan kepada negeri ini melalui keunikkan budaya mereka.
Salah satu elemen yang kita dapat lihat mempengaruhi adalah masakannya. Masak Lemak Cili Api cukup terkenal dengan warna kuningnya serta rasa pedas menyengat untuk mengimbangi rasa protein.
Penggunaan santan kelapa dikaitkan seperti masak gulai yang selalunya mempunyai kuah cair. Tetapi ada juga yang berkuah pekat, bergantung kepada penggunaan santan dan air dalam masakan tersebut.
Photo from FB | Grobok Salai
Kaedah masak lemak memang cukup terkenal dalam budaya orang Minang yang kita dapat lihat di Negeri Sembilan! Tak lupa juga bahan protein seperti ayam, daging, itik dan ikan disalai memberikan rasa asap melengkapkan masakan ini.
Menikmati Rasa Sebenar Di Grobok Salai
Photo from Abdul Quddos
Terletak di Kampung Kundur Hulu, Pedas dikenali sebelum ini sebagai Resipi Sabak Salai. Restoran Grobok Salai memang patut disinggah sebelum pulang ke Lembah Klang untuk menikmati masak lemak cili api.
Korang jangan risau kalau terlepas jalan atau tersesat kerana terdapat papan tanda cukup besar berwarna kuning yang dapat menarik perhatian korang! Ia juga terletak berdekatan dengan plaza tol Pedas Linggi.
Seterusnya kalau datang pada waktu tengah hari jangan terkejut kalau nampak ramai orang beratur! Ia memang tempat popular tau tetapi jangan khuatir kerana restoran sudah menyediakan sistem mudah untuk memilih makanan.
Prosesnya bermula dengan korang mengambil nasi puith. Kemudian, giliran korang untuk mengambil lauk lemak cili api. Haa.. dekat Grobok Salai bukan satu jenis malah ada banyak jenis masak lemak cili api tau.
Hampir semua jenis protein dimasak salai. Pilihan popular seperti daging salai, ayam salai dan ikan salai. Tetapi, min syorkan korang cuba itik salai tau yang membuatkan kedai ini terkenal.
Photo from FB | Grobok Salai
Rasa daging itik yang disalai menggiurkan sungguh. Isinya dapat terasa rempah digunakan serta rasa asap melalui teknik menyalai tersebut. Bukan itu sahaja, tekstur isi lembut, berlemak membuatkan sesiapa sahaja boleh jatuh cinta.
Tak Rugi Kalau Datang Dari Jauh Untuk Menikmatinya
Photo from Dah Jumpa
Kalau dari Kuala Lumpur hanya mengambil masa sejam sahaja untuk menyinggah. Apa salahnya hujung minggu ni mencubanya kan? Tak rugi langsung untuk menikmati rasa sebenar masakan orang Negeri Sembilan.
Nak tahu betapa popularnya restoran ini? Lebih daripada 4 ribu orang telah meninggalkan ulasan mereka tentang masakan yang dinikmati tau. Menurut salah seorang pelanggan, "Kalau mencari tempat makan tengah hari cuba tempat ini,
Masakan tradisional lemak cili api dengan pilihan seperti daging, itik boleh didapti. Rasa pedas penuh berperisa menjadikan perjalan amat berbaloi," Selain itu, kalau korang risau nak bawa kanak-kanak yang tak suka makan pedas.
Ada juga pilihan lauk lain seperti bakar-bakar dan goreng untuk mereka! Kalau dah tak tahan sangat pedas, kedai ini turut menjual beberapa pilihan pencuci mulut untuk menyejukkan mulut tengah pedas tu.
Photo from Dah Jumpa
Haa.. takkan taknak cuba kan? Singgah ke Grobok Salai untuk menikmati rasa salai dan lemak cili api yang original.
📍 N9, Kampung Dato Abdul Samad, 71400 Pedas, Negeri Sembilan
⏰ Setiap hari kecuali Isnin (10 am - 6 pm)
Mungkin korang suka: