6 Lokasi Menarik Untuk Pergi Di Negeri Sembilan
Negeri Sembilan Darul Khusus terletak di pantai barat daya Semenanjung Malaysia yang cukup terkenal dengan pantai, taman semula jadi dan istana. Tak lupa juga adat serta budaya Minangkabau mewujudkan satu keunikkan pada masyarakat yang tinggal di sini.
Keunikkan di negeri ini terhasil daripada sejarahnya yang cukup kaya. Pembentukan Negeri Sembilan bermula pada 1889 apabila kepimpinan Seri Menanti di bawah Tuanku Muhammad ibni Tuanku Antah bergabung dengan kepimpinan dari Tampin dan Rembu.
Ini telah membentuk Konfederasi Seri Menanti sebagai sebuah entiti tunggal. Pemimpin dari Sungai Ujong dan Jelebu turut menyertai persekutuan ini pada 1895 untuk membentuk sempadan baru seperti sekarang.
Disebabkan itu kita berpeluang untuk menikmati kepelbagaian sejarah, budaya dan adat tradisional yang ada dalam negeri ini. Tak lupa juga ada banyak sangat lokasi yang menawarkan pengalaman yang menyeronokkan.
Photo from BASKL
Kalau begitu lihat 6 lokasi menarik untuk singgah setelah korang sampai di negeri ini.
Istana Lama Seri Menanti
Photo from IG syamhuzairie
Sekitar tahun 1900an, Istani ini asalhnya merupakan kediaman rasmi bagi Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan. Hampir semua orang akan mengatakan tempat lokasi ini antara yang wajib untuk kita singgah ketika bercuti di sini.
Untuk yang tak tahu apa yang membuatkan istana ini cukup unik adalah elemen seni bina serta kaedah pembinaannya. Bayangkan ia diperbuat daripada kayu tanpa menggunakan sebarang paku besi tau.
Kemudian bangunan ini mengambil banyak konsep seni bina Minangkabau yang korang boleh lihat daripada gaya bumbungnya. Sebelum itu ia juga pernah beroperasi sebagai Sekolah Menengah Agama Tinggi sebelum dibiarkan tanpa penghuni sehingga tahun 1992.
Seterusnyya istana ini telah dijadikan sebagai 'Muzium Diraja'. Korang boleh lihat pelbagai koleksi keluarga Diraja untuk korang mempelajari sedikit sebanyak tentang raja-raja Melayu.
Photo from IG kalbi_light
Sedikit selingan buat masa ini ia ditutup untuk lakukan renovasi.
Kompleks Taman Seni Budaya
Photo from Persona Seremban
Bila dah selesai melawat Istana Seri Menanti korang boleh meneruskan perjalanan untuk mengenali budaya ke muzium ini pula. Ia pun pada asalnya adalah sebuah istana dibina oleh Yang di-pertuan Besar Negeri Sembilan yang ke 5.
Ia digunakan pada tahun 1861-1869 sebelum diubah semula menjadi Muzium Negeri Sembilan. Perkara pertama yang menarik mata korang adalah pintu gelangsar yang amat sukar untuk dijumpa pada masa kini.
Photo from IG | firdauszulfaa
Tambahan pula ada catata mengatakan ia pernah dirombak dan dibawa ke London untuk sebuah pameran sekitar tahun 1924.
PD Ostrich & Pets Show Farm
Photo from Tong Hock
Haa.. kepada yang berkeluarga dan mempunyai anak kecil amat sesuai untuk bawa mereka kesini. Kalau tiada anak kecil sekalipun tidak mengapa kerana banyak aktiviti seperti berinteraksi bersama burung unta pasti membuahkan pengalaman menyeronokkan.
Ia berdekatan dengan Pantai Purnama merupakan habitat burung unta yang banyak. Seperti kita tahu burung unta cukup terkenal dengan kepantasan serta kepintarannya membuatkan korang boleh lihat kerenah mereka.
Photo from Yun Sun
Selain itu kalau dah tak tahu nak buat apa ajak mereka lumba lari tengok siapa menang. Seterusnya jangan lupa untuk pusing satu ladang untuk lakukan aktiviti lain seperti beri makan kepada haiwan ternakan, naik ATV, memanah dan lain-lain.
Tokong Sak Dato
Photo from Jeffrey Tan
Ingin melihat keindahan sebuah taman dikelilingi hutan memberi permandangan hijau subur? Singgah ke sini yang amat sesuai bagi geng pencinta seni serta alam sekitar kerana lokasinya terletka di atas bukit.
Setiap sudut taman sini dipenuhi dengan pelbagai hiasan yang banyak kita boleh pelajari tentang budaya Cina. Antara tarikan yang ada seperti arca Zodiak 12, arca naga menjadi simbol kekayaan, Sun Wukong serta Gerbang Naga.
Photo from Escar Ong
Ada satu masa dahulu Tokong Sak Dato berjaya menerima Anugerah Malaysia Book of Records sebagai Tallest Sun Wukong Statut dalam kategori Building & Structure. Jangan lupa sebelum pulang untuk lalu jambatang gantung untuk mendalami permandangan keseluruhan taman ini.
Muzium Adat Jelebu
Photo from NS Tourism
Min dah kata negeri ini cukup terkenal dengan budaya tempatan yang kita dapat belajar. Muzium ini mula beroperasi pada tahun 2008 merupakan muzium pertama menunjukkan adat daripada pelbagai etnik yang dalam negara kita.
Selain itu kita tahu bahawa orang Negeri Sembilan masih mengekalkan budaya Adat Pepatih dan Temenggung. Ada segilintir yang kurang mengetahui perkara ini dan sering keliru tentang keseluruhan adat ini.
Photo from Lim BS
Haa.. dekat ini korang boleh belajar dan memahami sepenuhnya apa serta kenapa ia masih diamalakan oleh masyarakat di sini. Tambahan pula ada beberapa pameran menceritakan kitaran hidup manusian, adat turun perahu, perubatan tradisional dan alat muzik tradisional juga tau.
Pusat Borong Nilai 3
Photo from Sinar Harian
Sebelum kita pulang ke rumah masing-masing jangan sesekali lupa nak menyinggah ke sini untuk membeli-belah. Ini adalah syurga bagi mak-mak kerana mempunyai pelbagai barang kelengkapan rumah ditawarkan dengan harga berpatutan.
Ada banyak sangat barang untuk korang beli seperti produk tekstil, permaidani dan lain-lain. Tambahan pula dengan kawasan seluas sekitar 165 hektar menjadikan tempat ini pusat borong terbesar dalam negara kita tau.
Cuma kalau pergi pada waktu cuti dan hujung minggu kena tahan sedikit dengan kesesakan ramai orang. Jadi pelan dahulu sebelum singgah kalau korang jenis tak suka bersesak dengan ramai orang.
Mungkin korang suka: