5 Kereta Proton Yang Gagal Menguasai Pasaran Automotif!
Sudah 41 tahun jenama otomobil nasional pertama Malaysia, Proton mengeluarkan pelbagai kenderaan untuk kemudahan warga tempatan. Namun begitu, tidak bermakna semuanya berjaya memecahkan pasaran.
Dalam kawasan Asia Tenggara, hanya negara kita mampu mengeluarkan serta menghasilkan kenderaan di bawah jenama sendiri.
Photo from PaulTan
Walaupun beberapa tahun lalu, Proton dilihat seperti hilang arah dan kereta yang dikeluarkan tidak diminati oleh majoriti masyarakat tempatan.
Tetapi itu tidak menghalang mereka untuk kembali semula. Menghasilkan beberapa buah model kenderaan yang kini mendominasi pasaran tempatan seperti X50, X70 dan S70.
Bagaimana pula untuk model kereta yang langsung tidak terjual? Ada juga yang dianggap sebagai sebuah projek gagal pulak tu. Adakah anda sempat merasa memandu beberapa buah kenderaan dalam list ini?
Photo from Kereta.co
1. Satria
Photo from Motoqar
Agak pelik membaca artikel ini dan melihat model ini dianggap antara kenderaan yang gagal dalam jenama ini. Ini kerana dalam era pengguna beralih kepada rekaan kenderaan praktikal.
Proton ambil keputusan untuk kekalkan rekaan asas, iaitu berpintu dua. Ia dianggap sebagai kesilapan kerana peminat mahukan Satria versi 4 pintu dikeluarkan.
Photo from WapCar
Umum mengetahui Satria memang tidak selesa serta praktikal jika anda berada di tempat duduk belakang. Kemudian kebanyakan yang memiliki pula orang muda.
Tapi tidak bermakna kereta ini tidak sedap dari segi pemanduan. Terdapat beberapa versi dikeluarkan yang memberi fokus kepada perlumbaan seperti Satria GTI.
Photo from Classic Register
2. Iriz
Photo from WapCar
Pasaran kereta segmen B sangat kompetitif dalam negara kita. Mendahului segmen ini sudah tentu perodua Myvi yang menjadi pilihan majoriti warga tempatan.
Disebabkan itu ramai melihat Proton Iriz adalah salah satu usaha jenama ini untuk mengalahkan Myvi dalam pasarannya. Namun, ia tertanya gagal.
Photo from PaulTan
Majoriti merasakan Iriz seperti pilihan kurang bijak di kalangan pengguna. Realitinya, Iriz memberikan pengalaman memandu lebih selesa serta seronok.
Walaupun tidak dapat menjatuhkan Myvi, sesiapa yang ingin mencari kereta kecil selesa wajar lihat model ini.
Photo from When Hann Meets Cars
3. Savvy
Photo from Autocar
Sebelum kemunculan Iriz, Savvy muncul lebih awal untuk bersaing dengan Perodua Myvi.
Memiliiki reka bentuk pelik kerana mengambil rekaan gaya Perancis. Faktor kenapa ia tidak popular jatuh kepada 2 perkara sahaja.
- Harga alat ganti tulen mahal kerana menggunakan peralatan dari Eropah
- Sistem gear sering mengundang masalah
Photo from Autocar
Tambahan pula dengan rekaan dalamnya yang sempit tidak memadai walaupun memiliki pengalaman memandu agak baik.
Sehubungan dengan itu, model Saga yang dikeluarkan hari ini masih menggunakan sistem casis daripada Savvy tau! Benar kata pepatah, kecil-kecil cili padi.
4. Arena
Photo from Reddit
Min masih ingat waktu Arena dikeluarkan. Ramai melontar kritikan seperti, "untuk siapa? siapa nak beli? wira berbentuk pelik," dan bermacam lagi.
Kehadirannya mengejutkan pasaran tempatan kerana tiada siapa jangka jenama nasional akan mengeluarkan sebuah kereta pikap. Pada waktu itu, permintaan untuk segmen ini belum kuat seperti hari ini.
Arena gagal dalam pasaran tempatan tetapi berjaya di luar negara khususnya Australia. Dijenamakan semula sebagai 'Jumbuck'. Ia sering digunakan oleh peniaga kecilan yang ingin memiliki sebuah kereta berkerja murah serta mudah diselanggara.
Photo from WapCar
5. Juara
Photo from Sabah Gazette
Boleh dikatakan antara model yang paling buruk atau unik bergantung pada perspektif mata anda. Ia juga dilihat sebagai kambing hitam pernah menjadi bualan warga tempatan.
Pengeluarannya juga penuh kisah kontroversi. Didakwa sebagai model yang dipaksa keluar oleh jenama nasional kerana perjanjian mereka bersama Mitsubishi.
Photo from eCentral
Dianggap sebagai van pertama keluaran Proton dirasmikan tahun 2001. Segi luarannya sahaja memang tidak menarik. Keseluruhan rupa sangat pelik, aneh dan kelakar.
Namun hari ini menjadi sebuah trend untuk memilikinya. Trend ini tercetus setelah ramai berlumba untuk memiliki Honda N-Box yang hanya dijual di pasaran jepun sahaja.
Photo from Gempak
Oleh itu sebagai alternatif, lebih baik sokong jenama tempatan betul? Mungkin sebab itu harganya tengah naik.
Anda Pernah Pandu Model Mana Satu?
Photo from mStar
Tidak dinafikan sejarah Proton memang penuh dengan kisah turun serta bangkit. Sejak kehadiran syarikat GEELY, jenama ini seolah diberi nafas baru.
Kualiti kereta dikeluarkan pun sungguh berbeza berbanding beberapa tahun lalu. Oleh itu, anda pernah memandu kereta daripada jenama nasional ini?
Mungkin korang suka: