download Jom Explore app
Korang Masih Ingat Tak Kereta Proton Tiara?

Korang Masih Ingat Tak Kereta Proton Tiara?

Lifestyle
By Muhammad Aliff on 14 Sep 2023
Digital Editor
A man plans. The heaven decides the outcome.

Proton Tiara adalah projek yang dikeluarkan oleh Proton untuk membawa mereka ke era yang baru. Namun, projek ini gagal untuk mencuit hati rakyat Malaysia dan menjadi nama asing untuk generasi muda. Korang masih ingat tentang kereta comel dari Perancis ini ataupun langsung tak pernah dengar namanya?

Pada tahun 90-an, industri automotif menjadi kompetitif dengan pelbagai jenama kereta mengeluarkan pelbagai model kereta untuk mendominasi pasaran dunia. Proton tidak terkecuali daripada perlumbaan ini kerana ingin menguasai pasaran negara menjadi jenama kereta yang sulung.

Dilancarkan pada 5 April 1996 di Pusat Dagangan Putra Dunia, Proton Tiara adalah era baru dalam koleksi jenama Proton. Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad melancarkan dengan majlis yang gemilang.

Mempunyai reka bentuk yang cantik dan berbeza daripada kereta sebelum ini kerana menggunakan platfrom daripada negara Perancis. Proton bersiap sedia untuk memastikan Tiara adalah model yang dapat melonjakkan mereka dalam pasaran automotif negara dan dunia.

Tetapi, model ini gagal mendapat tempat dalam hati rakyat Malaysia sekaligus diberhentikan pada tahun 2000 serta merta. Kini, masih ada peminat yang setia giat mencari saki baki yang masih ada dalam negara.

Proton Tiara dilancarkan oleh Perdana Menteri ketika itu pada 5 April 1996Photo from Jabatan Penerangan Malaysia

Kalau tanya generasi muda, mungkin mereka langsung tidak pernah dengar namanya. Haa.. jom tengok sejarah model cilik ini dan apa punca sebenar ia menjadi satu kegagalan.

Apa Itu Proton Tiara

Sebuah kereta cilik kompak yang dikeluarkan untuk bawa Proton ke era baruPhoto from Wikipedia

Proton Tiara adalah model kereta kompak yang dikeluarkan oleh Proton pada tahun 1996 sehingga 2000. Model baru ketika itu adalah hasil kerjasama Proton dan PSA Group dari negara Perancis. Digelar sebagai kereta 'mat saleh' kereta ini menjadi simbol kegagalan Proton pada satu masa dahulu.

Kereta ini menggunakan platform jenama Citroen berdasarkan model Citreon AX. Proton mengeluarkannya untuk bersaing dengan Perodua yang mendominasi pasaran kereta kompak waktu itu dengan kereta mereka.

Model Tiara yang korang boleh beli waktu itu mempunyai enjin 1.1 liter dan mempunyai lima tempak duduk dan lima pintu tau. Selain itu, terdapat dua versi iaitu model diesel 1.5 liter dan model injuction engine 1.4 liter dikeluarkan pada tahun 1997.

Mengambil platform Citreon AX, Tiara diberi gelaran Mat Saleh tauPhoto from autoevolution

Sewaktu majlis pelancaran, sebanyak 1,800 sehingga 2,000 unit akan siap untuk dijual kepada pasaran. Pengeluaran model 1.1 liter dan 1.5 liter akan dikeluarkan sebanyak 2,500 unit sebulan.

Kelebihan Proton Tiara Yang Cilik Ini

Memiliki power window untuk tingkap depan belakang dan pemanduan yang selesa tauPhoto from Jabatan Penerangan Malaysia

Walaupun kereta ini kecil dan cilik, ia memiliki beberapa kelebihan yang menakjubkan pada masa itu. Enjin 1.1 liter mempunyai kelajuan maksima 161 km/j dan masih mengekalkan ciri jimat minyak tau.

Hanya menggunakan sebanyak 5.1 liter/100km pada kelajuan 90 km/j secara konsisten sahaja! Menurut seorang bekas pengguna kereta ini, dia hanya membelanjakan sebanyak RM30 untuk minyak untuk perjalanan daripada Kuala Lumpur ke Kelantan.

Kalau disesuaikan dengan harga inflasi pada tahun ini, korang hanya isi sebanyak RM 54 sahaja untuk perjalanan sejauh itu tau! Haa.. betapa jimatnya minyak kereta ini bukan kelebihan utamanya sahaja tau.

Antara kelebihan kereta ini adalah mempunyai pengalaman pemanduan yang sangat menyeronokkan untuk saiznya. Platform Citreon memberikan pemanduan yang stabil dan selesa sepanjang perjalanan.

Ruang dalamanya pula adalah kemas dan moden pada masa itu. Selain itu, tingkap depan belakang bukan manual sebaliknya memiliki teknologi power window menjadi satu kebiasaan untuk kereta masa kini.

Memiliki ruang dalam yang selesa untuk sebuah kereta kompakPhoto from FB | Zam Lee Zakaria

Kalau dibandingkan dengan platform Mitsubishi, Tiara jauh lebih maju, efisien serta moden memiliki beberapa kelebihan yang membuatkan Proton percaya projek ini akan berjaya membawa keuntungan yang besar.

Punca Kegagalan Proton Tiara

Walaupun comel, enjin selalu menghadapi isu overheating!Photo from citreoent

Sayang seribu kali sayang, model kereta ini gagal mencapai sasaran yang diinginkan oleh Proton. Terdapat beberapa faktor menyumbang kepada masalah ini menyebabkan model diberhentikan penjualan sekaligus.

Antaranya adalah enjin kereta yang diambil dari jenama Citreon. Jenama ini datang daripada Perancis merupakan sebuah negara beriklim 4 musim. Mereka tidak menerima iklim panas berlembap sepanjang tahun seperti negara kita.

Ini menyebabkan suhu enjin mudah panas sehingga menyebabkan kerosakan. Tambah pula dengan tiada meter suhu enjin untuk diperiksa oleh pemandu membuatkan setiap pemanduan adalah satu penjudian untuk melihat enjin korang dapat bertahan atau tidak.

Selain itu, kereta ini sangat sukar untuk mencari alat ganti dan jika ada sekalipun harganya jauh lebih mahal tau. Berbanding keluaran kereta proton yang menggunakan platform kereta Jepun, alat ganti lebih mudah dan murah untuk dicari dan ganti jika sebahagian kereta korang rosak.

Nak cari alat ganti pun susah tau untuk kereta niPhoto from citreoent

Faktor seperti ini menyebabkan ramai orang mengelak untuk membeli kereta ini dan memilih kereta daripada jenama lain. Kerugian yang dialami oleh Proton tidak dapat diketahui tetapi memang sukar untuk jumpa model ini di jalan raya masa kini.

Hanya Tinggal Kenangan Sahaja

Kini hanya tinggal kenangan sahaja kereta iniPhoto from citreoent

Kegagalan Proton Tiara masih segar dalam ingatan bagi jenama nasional ini. Kini, mereka lebih selesa mendominasi pasaran dengan mengeluarkan kereta model SUV yang mendapat permintaan yang tinggi oleh rakyat Malaysia.

Namun, masih ada beberapa peminat yang setia mencari model-model kereta lama yang pernah dikeluarkan untuk tujuan nostalgia dan kenangan lama. Untuk generasi seterusnya berkemungkinan nama Tiara itu akan pupus bertukar menjadi nama sahaja.

Adakah korang berpeluang untuk memilikinya satu masa dahulu? Atau pernah menaikinya ketika kecil.

Mungkin korang suka baca:

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok