download Jom Explore app
8 Benda Best Anda Boleh Cuba Di Muzium Budaya Borneo

8 Benda Best Anda Boleh Cuba Di Muzium Budaya Borneo

Jom! Cuti
By Muhammad Aliff on 29 Jul 2024
Digital Editor
A man plans. The heaven decides the outcome.

Menurut Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah, Muzium Budaya Borneo di Kuching, Sarawak telah menerima lebih satu juta pengunjung sejak pembukaan dua tahun lalu.

Pencapaian ini dianggap luar biasa menunjukkan bahawa muzium masih menjadi destinasi popular pengunjung sama ada dalam dan luar negara.

Apa yang ada sebalik muzium ini?Photo from IG | _seeming

Menariknya seramai 1.7 juta pengunjung dari 155 negara telah menikmati pelbagai tarikan menarik yang ada di sini. Haa.. mesti anda tertanya tarikan apa yang ada di sebalik pintu bangunan megah ini?

Baca sampai habis untuk ketahuinya!

Sejak dibuka lebih daripad 1.7 juta pengunjung telah menikmati pameran disediakanPhoto from IG | globetrotter_mom

Tapi Sebelum Itu, Tahukah Anda Muzium Budaya Borneo Ialah..

Megah berdiri dengan hasil seni bina berkait rapat dengan budaya etnik di SarawakPhoto from Borneo Cultural Museum 2

Muzium kedua terbesar di Asia Tenggara! Bukan itu sahaja bangunan canggih ini mudah dikenali melalui facade (bahagian luar) emas tersergam indah di Kompleks Muzium Sarawak di Padang Merdeka Kuching.

Segala struktur direka dengan sebab. Contohnya facade dimodelkan mengikut motif tenunan tradisional songket dan tikar rotan Negeri Sarawak. Manakala, panel dalaman terdiri daripada bahan kayu mesra alam yang telah diluluskan.

Menjadi fokus utama jika anda menyinggah bandar KuchingPhoto from IG | Stephen Abraham

Mempelajari Pelbagai Perkara Tentang Orang Asli Di Sarawak

Antara pameran yang boleh dilihat mengajar anda tentang budaya SarawakPhoto from Prestige Hong Kong

Seperti diketahui umum, Sarawak mempunyai pelbagai penduduk bumiputera. Menurut statistik, negeri ini ialah rumah kepada 26 kumpulan etnik berbeza yang anda boleh pelajari di sini.

Cerita dan sejarah setiap suku asli Sarawak dipersembahkan dalam pelbagai format. Termasuk objek penting, kepercayaan mereka dan gaya hidup etnik tersebut.

Tekstil yang sangat penting bagi etnik di SarawakPhoto from IG | Stephen Abraham

Selain itu anda wajib melihat pameran seperti:

  • Tekstil Songket Keringkam dan Pua Kumbu: Fabrik penting untuk Melayu Sarawak dan Iban kerana memberikan identiti kepada mereka. Anda boleh lihat dan belajar bagaimana ia dihasikan menggunakan mesin tenun lama.
  • Bagaimana Melanau mahir dalam Perikanan dan Pokok Sagu
  • Tujuan penggunaan Bakul Sarawak: Setiap satu bakul mempunyai gaya dan kepentingan tersendiri kepada pelbagai suku kaum
  • Interaksi dengan bahan semulajadi hasil negeri Sarawak

Segala pameran disusun dengan cantik untuk memberikan anda peluang belajarPhoto from IG | Stephen Abraham

Melihat Kecantikan Bandar Kuching

Anda juga dapat lihat keseluruhan bandar KuchingPhoto from Afif Rais

Di tingkat 5, anda dapat menikmati pemandangan panaroma Padang Merdeka bagi menghargai kecantikan bandar Kuching. Anda juga berpeluang utuk melihat beberapa ikon bandaraya Kuching.

Contohnya Dewan Undangan Negeri, Pokok Sutera-Kapas yang berusia beratus tahun di tepi Padang Merdeka.

Mempelajari Sejarah Sarawak

Anda juga boleh mempelajari sejarah yang membentuk negeri SarawakPhoto from IG | Stephen Abraham

Galeri di Tingkat 3 menceritakan bagaimana Sarawak telah berkembang daripada Kesultanan Brunei sehingga Dinasti Brooke. Ia turut menceritakan statusnya sekarang sebagai sebuah negeri Malaysia.

Di sini anda dapat pelajari tokoh penting yang menyumbang kepada kemakmuran Sarawak sepanjang sejarah. Sehubungan dengan itu, anda wajib dengar Brooke Centenary Celebrations melalui alat bantu pendengar berwayar yang antik.

Tokoh penting seperti Dinasti Brooke yang dipamerkan seperti iniPhoto from IG | Stephen Abraham

Rakaman ini akan membawa anda kembali ke masa lalu!

Berinteraksi Dengan Lagenda Puteri Santubong

Masih ingat kisah Puteri Santubong? Kalau tidak ni ada pameran interaktifPhoto from Free Malaysia Today

Anda pasti pernah mendengar kisah Puteri Santubong sewaktu sekolah rendah dahulu. Haa.. di Muzium ini anda dapat berinteraksi dengan kisah lagenda Puteri Santubong dan Sejinjang.

Dengan menggunakan panel teater interaktif. Ia menceritakan kisah lagenda melalui persembahan Wayang Kulit pasti menarik perhatian setiap pengunjung yang melihatnya.

Anda dapat belajar kisah lagenda dari perspektif berbezaPhoto from Framemotion studio

Eh Banyaknya Manik Yang Cantik!

Seronok betul dapat cuba pameran yang sifat interaktifPhoto from Framemotion studio

Kalau anda nak tahu Manik merupakan perhiasan penting di Sarawak. Ia menentukan status sebuah suku kaum dan di tingkat 4, anda boleh menghasilkan perhiasan manik sendiri menggunakan teknologi holografik.

Wah menarik betul tengok Manik ni semuaPhoto from IG | fizorahim

Bagaimana caranya? Anda perlu berjalan ke manik yang menarik mata anda dan biarkan ia berkembang menjadi perhiasan di atas lantai.

Menikmati Artifak, Pameran Dalam Muzium

Antara artifak yang anda boleh lihatPhoto from Pandu Suryo

Sebuah muzium tidak lengkap tanpa beberapa monumen dan artifak penting. Hanya di sini sahaja anda dapat melihat pelbagai artifak cukup menarik berbanding di tempat lain.

Contohnya seperti menara Kelirieng, Rumah Bidayuh Baruk dan Bot Perang Iban.

Apa yang anda lihat semuanya padat dengan isi pengetahuuanPhoto from IG | Stephen Abraham

Replika Lukisan Berusia Beribu Tahun Dalam Gua?

Menghabiskan masa di sini memang berbaloiPhoto from Charles Ling

Sarawak cukup terkenal dengan kepelbagaian gua yang memukau. Jika anda tidak mempunyai banyak masa untuk melawat gua seperti Mulu, Niah dan sebagainya tidak perlu risau.

Sebab Muzium ini telah menghasilkan replikanya siap dengan lukisan berusia beribu tahun tau. Gua replika ini penting dari segi arkeologi yang susah untuk pengunjung melihatnya di depan mata.

Tambahan pula, jika anda sentuh replika lukisan ini, ia akan bernyala!

Galeri Khas Untuk Kanak-Kanak Bermain

Haa.. muzium sini nak bawa kanak-kanak pun bestPhoto from Juliet Hon

Haa.. kadang kala kanak-kanak mungkin terasa bosan melihat pameran sahaja. Sebab itu jangan terlepas peluang untuk menyinggah Galeri Kanak-Kanak seperti Permainan Cintai Sungai Kita.

Di sini anda boleh rehat, bermain dan belajar tentang sungai yang ada melalui interaksi yang disediakan oleh pihak Muzium.

Macam bestlah min, berapa eh harga tiket?

Ini harga tiketnya!Photo from muzium sarawak gov

📍 Jalan Tun Abang Haji Openg, 93400 Kuching, Sarawak

⏰ Hari Berkerja (9 am - 4:45 pm) Hari Minggu (9:30 am - 4:30 pm)

Mungkin korang suka:

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok