download Jom Explore app
Tahukah Anda, Taiping Hampir Menjadi Ibu Negara Kita!

Tahukah Anda, Taiping Hampir Menjadi Ibu Negara Kita!

Jom! Cuti
By Muhammad Aliff on 12 Jul 2024
Digital Editor
A man plans. The heaven decides the outcome.

Selepas mengiystiharkan kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Pencarian untuk mencari ibu negara Malaysia bermula dan terdapat 3 bandar yang tercalon iaitu Kuala Lumpur, Singapura dan Taiping.

Bila difikirkan balik, Kuala Lumpur ialah pilihan yang paling bijak betul? Lihat sahaja kemajuan dari segi ekonomi, infrastruktur dan juga pembangunan. Segalanya ada di Kuala Lumpur termasuk mercu tanda yang dikenali seluruh dunia.

Taiping sangat terkenal sebagai bandar bersejarah harini, namun dulu ia merupakan bandar paling pesat di negara kitaPhoto from Harian Metro

Sektor pekerjaan juga pesat membangun jika dibandingkan dengan bandar lain dalam negara. Justeru ia merupakan pilihan bijak. Walau bagaimanapun tahukah anda, bandar Taiping merupakan pilihan pertama sebelum nama Kuala Lumpur disebut.

Mungkin ada dimensi dimana ibu negara Malaysia adalah Taiping.

Setelah kemerdekaan, pencarian ibu negara Malaysia bermula dan Taiping dilihat sebagai pilihan terbaikPhoto from Leaderonomics

Taiping, Bandar Keamanan Yang Abadi

Bandar ini berkembang sangat pesat dan pernah menjadi ibu negeri PerakPhoto from Taiping

Kalau anda nak tahu, Taiping berasal dari bahasa Cina (Tai-Peng) membawa maksud 'keamanan yang abadi'. Ia juga pernah menjadi ibu negeri Perak sebelum ditukarkan kepada Ipoh seperti hari ini.

Terletak di utara Perak berdekatan dengan Kedah. Dahulu ia merupakan bandar yang membangun sangat pesat sekitar tahun 1880. Ini kerana penjajah British dan Kerajaan Negeri sedar akan potensi yang ada.

Apakah potensi yang ada pada Taiping? Jawapannya ialah kaya dengan sumber mineral bijih timah. Apabila berlakunya Revolusi Perindustrian, permintaan bijih timah meningkat sekaligus membuatkan sungguh bernilai.

Taiping mempunyai bahan sumber mineral yang banyak menjadikan ia berpotensi untuk majuPhoto from Orang Perak

Mempunyai Infrastruktur Lengkap Berbanding Bandar Lain

Dulu segala infrastruktur bermula di Taiping tau!Photo from JomJalan

Disebabkan mempunyai sumber mineral, pihak Kerajaan Negeri dan British memberi fokus lebih kepada Taiping berbanding bandar lain pada Semenanjung Malaysia pada waktu itu.

Oleh kerana ingin mengaut sumber yang ada. British membina pelbagai infrastruktur yang maju dan menjadikan ia sebagai pusat pentadbiran negeri Perak. Tambahan pula, kebanyakan benda pertama dalam negara wujud di bandar ini tau.

Contohnya, landasan keretapi, hospital, penjara dan muzium. Semuanya bermula di sini, maka tidak terkejut bandar ini merupakan calon pertama untuk dijadikan ibu negara Malaysia.

Contohnya landasan keretapi untuk memindahkan bijih timahPhoto from Aman Iman

Muncul Ipoh Mengubah Segala-galanya Untuk Negeri Perak

Cadangan untuk jadikan Ipoh sebagai ibu negeri Perak ditentang oleh penduduk TaipingPhoto from Bangkok Architecture

Walaupun semuanya kelihatan bagus untuk pembangunan Taiping, ia tidak berkekalan lama. Sekitar tahun 1927, pihak British mula mengabaikan bandar ini setelah melihat Ipoh mempunyai potensi yang lebih besar.

Potensi tersebut boleh membuatkan Ipoh membangun lebih pesat serta menjana ekonomi tempatan. Oleh itu cadangan dilakukan untuk menukar ibu negeri Perak ke bandar baru tersebut.

Cadangan oleh Sir Hugh Clifford kerana melihat Ipoh berpotensi tinggiPhoto from Kesultanan Terengganu

Cadangan tersebut dilakukan oleh Pesuruhjaya British, Sir Hugh Clifford. Namun perkara ini tidak dipersetujui oleh golongan cendekiawan kerana merasakan ini akan menghancurkan perniagaan serta penempatan mereka.

Bantahan Tidak Berhasil, Fokus Perak Kepada Ipoh

Antara tempat utama pelancong di IpohPhoto from CK Travels

Ramai warga Taiping setuju apabila ibu negeri Perak ditukar ke Ipoh. Ia akan memberi kesan terhadap sosio ekonomi mereka. Walau bagaimanpun, segala bantahan dilakukan tidak mengubah keputusan.

Kerana pihak British mengumumkan Ipoh sebagai ibu negeri baru Perak Darul Ridzuan pada tahun 1937. Disebabkan keputusan itu, kemajuan yang pernah dicapai oleh Taiping satu ketika dahulu mula berubah kepada Ipoh.

Tambahan pula, kerana kemajuan dan kelengkapan infrastruktur menyebabkan ia menjadi antara pilihan terbaik sebagai ibu negara Malaysia.

Apa Agaknya Terjadi Jika Taiping Adalah Ibu Negara Malaysia?

Agaknya apa akan berlaku jika Taiping dipilih sebagai Ibu Negara Malaysia?Photo from IFLA Asia0Pacific

Sudah 67 tahun negara kita merdeka daripada cengkaman penjajah. Banyak perkara sudah berlalu pergi dan bandar Kuala Lumpur pula mekar sebagai ibu negara Malaysia yang dikenali satu dunia.

Ada juga faktor mengapa Taiping tidak terpilih. Contohnya faktor kedudukan yang terlalu utara, geografi dan lokasi tidak strategik. Tetapi tidak bermakna kita tidak boleh berimaginasi betul?

Taiping kini menjadi salah satu bandar warisan penuh dengan sejarah lamaPhoto from News Straits Times

Andai kata bandar tersebut terpilih jadi ibu negara Malaysia. Bagaimana rupanya sekarang eh?

Mungkin korang suka:

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok