Jom 'Healing' Sambil Dikelilingi Alam Semula Jadi Di Tapak Glamping La Hilir Luxe Camp!
Jika anda seorang yang sukakan alam semulajadi atau pun mencari ketenangan jauh daripada hiruk-pikuk kota, maka tapak glamping La Hilir Luxe Camp adalah tempat yang terbaik untuk anda.
Sesuai dengan namanya, anda boleh bercuti dengan tenang dan juga selesa serta mengikut trend masa kini di mana ramai semakin menggemari aktiviti glamping, bak kata orang... 'camping with style'
Terletak di pekan Kuala Pilah, perjalanan dari ibu kota hanya mengambil masa lebih kurang 1 jam setengah sahaja. Satu khemah boleh memuatkan sehingga 4 orang termasuk katil, siapa yang tak tahan panas anda tak perlu risau kerana disediakan penyaman udara dan juga kipas angin untuk keselesaan pengunjung.
Sama seperti tapak glamping yang lain, bilik air terletak di luar dan berdekatan dengan khemah. Fakta menarik mengenai bilik air itu di mana pemiliknya DIY sendiri tau. Yang penting, lawa dan instagrammable!
Menariknya di La Hilir Luxe Camp ini, makanan disediakan oleh pemiliknya, iaitu pasangan suami isteri. Menunya, makanan melayu. Selain itu, anda juga boleh memilih untuk ber- BBQ atau pun tidak. Cuma perlu bawa makanan sahaja, alatan dari segi tempat, arang batu dan lain-lain semuanya akan disediakan oleh pemilik La Hilir Luxe Camp sendiri!
Antara tarikan lain yang best di sini adalah anda boleh bersantai sambil menonton filem sambil ditemani bulan bintang menggunakan projektor dan juga tab mandi outdoor. Atau pun jika anda suka mandi sungai, terdapat juga anak sungai di kawasan tersebut. Pemiliknya juga sangat peramah dan anda juga boleh melawat tiny house mereka yang terletak di kawasan sama.
Jadi, siapa yang tengah healing atau pun teringin nak mencari privasi, maka La Hilir Luxe Camp ini adalah tempat yang terbaik untuk anda. Apa-apapun, pastikan anda membuat tempahan cepat kerana tempat adalah terhad dan sentiasa penuh.
? Bermula RM1588/ satu malam, termasuk makan tengah hari / malam/ sarapan pagi
? La Hilir Luxe Camp, Kampung Kuala Dioh, 72000 Kuala Pilah, Negeri Sembilan