download Jom Explore app
Menara KL Bukan Lagi Sekadar Untuk Lihat Pemandangan Ibu Kota, Tapi Ada Banyak Tarikan!

Menara KL Bukan Lagi Sekadar Untuk Lihat Pemandangan Ibu Kota, Tapi Ada Banyak Tarikan!

Jom! Cuti
By Nurul Khaleeda on 10 Jan 2023
Digital Editor

Kalau dahulu bila sebut mengenai Menara Kuala Lumpur, automatik orang ramai akan teringat mengenai restoran berputar ataupun dek pemerhatian yang membolehkan pengunjung melihat seluruh pemandangan Kuala Lumpur. 


View this post on Instagram

A post shared by Aereon Wong (@aereonwong)

Seiring dengan peredaran masa, dah semakin banyak aktiviti yang anda boleh lakukan di Menara KL. Tidak lagi popular kerana pemandangan kota yang disajikan, Malah, ada juga event-event bermusim yang dijalankan di sini seperti terjunan bungee dan terbaru kolaborasi unik Menara KL dengan Netflix dalam mempromosikan siri popular mereka The Stranger Things

Bagaimanapun, ada banyak lagi aktiviti lain yang anda boleh lakukan di sini. Jom kita lihat apa dia:

?KL Tower Mini Zoo

Jangan terkejut sebab memang ada Zoo Mini di Menara KL!  Tapi, nama pun Zoo Mini maka haiwan pun yang comel-comel dan sesuai untuk kanak-kanak sahajalah. Jika anda tiada idea nak pergi mana pada hujung minggu, bolehlah habiskan masa di sini. 

?Blue Coral Aquarium

Bila dah ke Zoo Mini, anda kenalah berkunjung ke dunia bawah air pula iaitu Blue Coral Aquarium. Ada banyak hidupan laut yang anda boleh temui di sini seperti jerung, ikan badut, ikan buntal dan banyak lagi. 

Namun, ada yuran kemasukan tau iaitu RM 18 untuk dewasa dan RM15 untuk kanak-kanak. 

?Sky Deck + Sky Box

Tak lengkap lawatan anda ke Menara KL sekiranya tidak menjejakkan kaki ke Sky Deck atau Sky Box. Dengan ketinggian 300 meter dari tanah, anda boleh melihat keseluruhan Kuala Lumpur. Jika bernasib baik, anda juga boleh lihat dengan jelas Genting Highland tau. 

Jika anda seorang sukakan cabaran, kenalah ke Sky Box. Kita tengok anda boleh tak kekal tenang apabila jelas terpampang pemandangan satu KL. Psst, siapa yang takut tinggi jangan cuba aktiviti ini tau. 

?Tower Walk 

Tarikan terbaru Menara KL yang menarik ramai orang khususnya pencinta cabaran dan juga para remaja. Bayangkan anda boleh berjalan pusing menara KL dari bahagian luar. Memang sangat mencabar! 

Terdapat bayaran untuk melakukan aktiviti ini iaitu RM20 untuk dewasa. Anda dinasihatkan membuat tempahan terlebih dahulu bagi mengelakkan menunggu terlalu lama. 

?Rumah Terbalik

 

Fuh, KL pun ada rumah terbalik tau! Terletak di pintu masuk menara KL, pastikan anda bergambar puas-puas dulu sebelum buat aktiviti lain. Tapi ingat, Rumah Terbalik ini hanya dibuka pada jam 9 pagi hingga 7 malam sahaja tau. 

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok