download Jom Explore app
Mendaki Sosodikon Hill Untuk Melihat Keindahan Gunung Kinabalu Yang Menakjubkan!

Mendaki Sosodikon Hill Untuk Melihat Keindahan Gunung Kinabalu Yang Menakjubkan!

Jom! Cuti
By Ayunie Husna on 18 Dec 2022
Digital Editor

Pengalaman menarik apabila anda mendaki Sosodikon Hill yang disajikan pemandangan Gunung Kinabalu di depan mata. Ini adalah salah satu cara untuk anda untuk melihat Gunung Kinabalu dengan lebih dekat tanpa mendakinya.

Sosodikon Hill adalah salah satu tarikan utama di bandar kecil luar bandar Kundasang. Ia mempunyai lokasi yang ideal dan ketinggian 1465 meter untuk pemandangan indah iaitu panorama , Gunung Kinabalu.

Anda tidak perlukan kasut hiking untuk mendaki ke sini, kerana trek yang sangat landai yang adan perlukan adalah sebotol air dan kasut yang tidak licin mendaki. Eh, Jangan lupa pakai Sunscreen untuk melindungi kulit muka anda tetapi cuacanya sangat dingin dan berangin di puncak Sosodikon Hill.


View this post on Instagram

A post shared by zarul zain (@zarulwza)

Ketinggian Sosodikon Hill adalah 600 meter, walaupun ia nampak macam tinggi tapi treknya sangat landai dan santai sangat sesuai untuk para pemula yang ingin mendaki. Hanya 20 Minit untuk sampai ke puncaknya.

Apabila anda sampai ke puncak ini nanti, anda boleh menikmati pemandangan yang indah dan mustahil diungkapkan.

Di sebelah utara puncak ini, terdapat pemandangan yang menarik dari kawasan Kinabalu, manakala di sebelah Selatan pula anda boleh melihat pemandangan kawasan bukit-bukau yang berbentuk seperti piramid.

Jangan lupa untuk mencari lokasi hotspot untuk mengambil gambar.

?Kg Kauluan Peti Surat 873, 89308 Kundasang, Sabah

?017-8956192

⏰6am - 6pm

?Sumber Foto: Instagram 

Anda mungkin suka:

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok