Pernah Tengok Durian Kulit Berwarna Merah?
Digelar 'Raja Buah', Durian merupakan buah paling popular di negara kita dan juga rantau Asia Tenggara. Tetapi dengan pelbagai jenisnya yang dijual di pasaran tempatan, pernahkah korang lihat durian merah yang dikatakan paling manis antara semuanya?
Lupakan tentang D24, Musang King, Red Prawn atau Black Thorn, Durian Merah yang 'rare' ialah variasi jarang ditemui. Satu-satunya-jenis datang dengan warna merah yang menakjubkan dan perisa seperti karamel.
Pelinya ia mempunyai nama! Dipanggil "Durian Lahung" (Durio dulcis) boleh dilihat dijual di tepi jalan dari pulau Kalimantan. Dengan kulit hitam kemerah-merahan dan durinya berukuran 15-200 milimeter panjang.
Ada yang mengatakan rasa itu berbaloi dengan cabaran seperti perjalanan dan bau untuk mendapatkannya.
Kisah Buah Durian Merah
Photo from Kosmo Digital
Menurut yearofthedurian, setiap perkara pasal Durian Lahung sangat menarik. Pokoknya ialah salah satu spesies durian jarang ditemui dikatakan wujud dalam hutan hujan Borneo. Ketika tengah musim buah, buahnya berwarna merah menghiasi lantai hutan seperti perhiasan Krimas.
Dengan warna merah terang nampak seperti janggal dari warna hijau hutan semulajadi. "Durian Lahung mempunyai bau paling menyengat dengan bau yang sangat kuat. Baunya boleh dihidu sehingga jarak satu km merentasi hutan."
Photo from Kosmo DIgital
Adakah Ia Berbeza Dengan Durian Biasa Kita?
Photo from rareforestplant
Mesti korang tertanya-tanya apa perbezaan dengan versi hijau? Menurut yearofthedurian, mereka berkata, "Ia amat sukar untuk dibuka kerana ia tidak mempunyai kerahan semulajadi mengalir dari batang ke hujung,
Kebanyakkan buah ada kerahan ini. Untuk memotong dan masuk ke dalam Durian Lahung memerlukan parang. Kemudian dibelah dua seperti buah oren untuk menikmati isi buah seperti biasa.
Mereka turut komen tentang betapa busuknya bau buah ini. "Terdapat pepatah lama, jika baunya busuk rasanya mesti sedap. Aroma baunya sangat kuat dan menusuk paling kuat berbanding bau durian biasa,
Photo from GenPi.co
Bayangkan gabungan bau kuat seperti gam industri, mentol dan gula. Itulah baunya."
Bagaimana Pula Dengan Rasanya
Photo from eBay
Seorang penggemar durian, Wertit Soegeng-Reksodihardjo berkata, "Untuk seorang penggemar pun satu buah masak boleh dihidu baunya sejauh berkilo-kilometer. Bila disimpan dalam bilik sangat memualkan,
Namun isinya paling sedap dan manis,"Tolak tepi baunya, setiap orang pernah merasainya percaya bahawa Durian Lahung mempunyai rasa tiada tandingannya. Isinya halus, hampir kuning, dipenuhi biji hitam bersaiz agak besar.
Tambahan pula, buah ini mempunyai rasa paling manis seperti gula tepung yang diadun menjadi yogurt dengan kemasan pudina. Sesiapa yang gemar coklat pudina pasti akan jauth cinta dengan warna merah ini.
Photo from Reddit
Selain itu isinya mempunyai tekstur yang tebal, lembut, licin dan berminyak. Walaupun ia cenderung sedikit berair tetapi percayalah, korang dapat menikmati rasa seperti karamel walaupun dengan bau yang kuat itu.
Bagaimana Nak Beli Dan Nikmati Durian Merah?
Photo from CILISOS
Mungkin min buat korang tertarik untuk mencuba buah ini yang jarang ditemui ini. Malangnya sangat sukar ditemui kerana kekurangannya. Memandangkan ia mempunyai kulit lebih tebal berbanding durian biasa menyebabkan tidak mempunyai banyak isi.
Selain itu, pokok Lahung diketahui mengambil masa yang lama untuk berbuah. Ia boleh mengambil masa beberapa dekad untuk menghasilkan buah dan walaupun begitu, ia hanya sekali atau dua kali setiap beberapa tahun. Menambah lebih banyak buah tidak diternak secara komersial.
Berbanding versi biasa, Untuk menghasilkannya lebih sukar kerana tempat pertumbuhannya biasanya di dalam hutan atau lokasi yang jauh sukar dicapai oleh penduduk umum. Tidak hairanlah durian merah jarang ditemui.
Photo from Berita Harian
Oleh kerana bekalan dan permintaan yang rendah berkemungkinan besar akan kekal begitu. Tetapi itu tidak bermakna Durian Lahung tidak mempunyai potensi untuk jadi popular kerana terdapat lonjakan permintaan di Kalimantan Selatan, Indonesia.
Di samping itu, yearofthedurian mendakwa bahawa mereka pernah terjumpa buah-buahan ini tumbuh di negeri Sabah. Walau apa pun, jika berpeluang untuk mencubanya, memang patut dicuba kerana ialah antara buah paling jarang ditemui dalam kawasan Asia Tenggara.
Photo from Herald Kalsel
Mungkin korang suka: