5 Aktiviti Untuk Menikmati Kecantikkan Terengganu
Terkenal dengan pantai menakjubkan, pelbagai pulau indah cantik yang kaya dengan alam semula jadi. Kuala Terengganu (KT) sentiasa menjadi tarikan pelancong baik warga tempatan mahupun pelancong. Mana tidaknya, ia negeri yang kaya dengan seni tradisi, budaya dan alam semulajadi.
Terletak di pantai timur Semenanjung Malaysia. Terengganu terletak di lokasi yang strategik di sepanjang muara Sungai Terengganu yang luas menjadi pelabuhan komersial utama di bahagian pantai timur pada satu masa dahulu.
Photo from Kayak
Malah pada zaman moden bandar ini masih mengehadkan urbanismenya. Korang tidak akan jumpa lebuh raya bertingkat luas seperti di Lembah Klang, yang mungkin ditemui ialah komuniti rapat menghargai tradisi dan nilai budayanya.
Bunyinya menarik? Sekarang mari kita lihat apa yang boleh anda lakukan di sini.
Photo from AirAsia
Menikmati Budaya Islam yang Kaya
Photo from Pandu Pelancong
Salah satu negeri pertama di negara ini menerima Islam juga mendapat gelaran yang dipanggil 'Darul Iman'. Tak hairanlah mereka menunjukkan ini dengan Taman Warisan Islam.
Apakah tujuannya korang bertanya? Ia adalah sebuah taman pendidikan dengan pengeluaran semula mercu tanda utama Muslim di seluruh dunia. Contoh yang ketara seperti Alhambra, Menara Masjid Besar Xi'an, Kubah Batu dan banyak lagi.
Photo from The Star
Korang dapat belajar banyak tentang agama serta budayanya dari pelbagai negara di dunia. Tetapi, watak utama taman ini adalah Masjid Kristal menjadikannya salah satu masjid yang paling menakjubkan di rantau ini.
Dengan bangunan futuristiknya yang terdiri daripada keluli, kaca dan kristal. Ia adalah pemandangan untuk dilihat apabila melihatnya dari jauh dan dekat.
Photo from Pinterest
Meneroka Pekan Cina Bersejarah
Photo from DanArif
Eh wujud Pekan Cina di Terengganu? Ya, ada 'Kampung Cina' yang wujud sejak lebih 300 tahun lalu menjadi tempat kegemaran peminat seni bina. Ia adalah tempat yang sangat baik untuk melihat seni bina sebelum perang seperti rumah kedai yang telah bertukar menjadi kafe dan rumah tamu yang bergaya.
Terdapat juga Pesta Mek dan Awang setiap tahun untuk menghormati masyarakat Cina Peranakan di negeri ini. Terdapat keturunan Pendatang Cina awal yang berkahwin campur dengan wanita tempatan.
Photo from Flickr
Berjalan-jalan santai dan temui lorong belakang yang penuh dengan seni jalanan. Terdapat juga Lorong Penyu sesuai untuk korang OOTD untuk Instagram dipenuhi dengan mozek tema penyu turut dijadikan sebagai info tentang usaha konservatif terhadap penyu.
Photo from DanArif
Ubat Hati Anda Di Pantainya yang Cantik
Photo from SirapLimau
Memandangkan ia mempunyai garis pantai yang panjang. Ini memberikan Kuala Terengganu destinasi utama untuk peminat pantai yang mencari hamparan pasir putih gebu yang ideal. Mengapa tidak berkelah bersama orang tersayang untuk menutup hari anda.
Beberapa cadangan seperti Pantai Air Tawar dengan lagun dalamannya atau Teluk Bidara. Kalau korang ingin lakukan aktiviti boleh pergi Pantai Bukit Keluang menawarkan snorkeling dan luncur angin untuk memuaskan hati.
Photo from Ammboi
Tetapi percayalah bila min kata, pergi sahaja ke mana-mana pantai korang nampak. Sebab kebanyakannya cantik, tenang dan santai! Selain itu, pergi ke restoran Ikan Celup Tepung (ICT) tempatan untuk menikmati makanan laut goreng dengan angin bertiup.
Jangan Lupa Cuba Makanan Tempatan!
Photo from Pinterest
Manakala bahagian Utara Malaysia sangat terkenal dengan makanan sedap. Terengganu adalah permata tersembunyi yang menanti korang untuk menemui makanan lazatnya yang memfokuskan kepada banyak makanan laut.
Salah satu kegemaran penduduk tempatan ialah Nasi Dagang. Nasi ber-lemak makan dengan kuah ikan tongkol pedas dan jeruk boleh dimakan untuk sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam. Nikmati bersama keropok lekor yang terkenal.
Photo from Carousell
Daging ikan kisar digoreng hingga garing dihidangkan bersama sos cili manis. Selain itu, simpan ruang untuk hidangan utama yang banyak pilihan makanan laut dari ikan, sotong, udang, kerang dan banyak lagi.
Korang boleh tanya penduduk tempatan kedai mana paling sedap untuk cuba aneka Ikan Bakar.
Photo from Masters of Malaysian Cuisine
Tamatkan Pengembaraan Anda Dengan Perjalanan Ke Pulau
Photo from Perhentian Island Resort
Tarikan terbesar Terengganu ialah pulau yang tersergam indah di negeri ini. Masing-masing dengan ciri unik, nama dan alam semula jadi menjadi satu kemestian sebelum menamatkan perjalanan anda. Antaranya seperti Pulau Redang,
Terkenal dengan pantai berpasir yang indah dan air yang jernih. Selain itu, jangan lupa Pulau Perhentian, Pulau Lang Tengah dan Pulau Kapas yang menyediakan banyak tempat menyelam untuk anda memanjakan diri.
Photo from JomJalan
Lebih daripada itu anda boleh melawat Pulau Tenggol yang terkenal dengan penampakan jerung paus bermusim.
Mutiara Pantai Timur
Photo from Redang Island
Justeru, mesti korang terpukau dengan keindahan Terengganu? Terdapat banyak perkara untuk dilihat dan dilakukan untuk menghabiskan masa indah. Jangan lupa untuk singgah banyak kafe yang diusahakan oleh penduduk tempatan.
Mungkin korang suka: