download Jom Explore app
10 Bandar Paling Tua Dalam Asia Tenggara Berumur 1000 Tahun

10 Bandar Paling Tua Dalam Asia Tenggara Berumur 1000 Tahun

Jom! Cuti
By Muhammad Aliff on 06 Mar 2024
Digital Editor
A man plans. The heaven decides the outcome.

Setiap negara pasti mempunyai sebuah bandar lama penuh dengan pelbagai kisah. Siapa sangka masih banyak bandar purba yang telah berkembang menjadi bandar moden sambil mengekalkan daya tarikan sejarah dan identitinya di Asia Tenggara.

Kalau di negara kita, bandar Melaka ialah yang paling tua. Kalau di negara Asia Tenggara yang lain pula ada juga ke? Eh mestilah ada kerana kawasan ini cukup terkenal sejarahnya yang cukup kaya dan pelbagai.

Ia dibentuk oleh pelbagai budaya, tamadun dan telah menjadi laluan perdangangan selama beribu tahun. Sehingga sekarang kawasan Asia Tenggara ialah tempat panas untuk kapal perdangangan lalu.

Selain itu lokasi cukup strategik menjadikan banyak bandar purba tempat persingahan dan perdangangan. Berdekatan dengan laluan terkenal seperti Silk RoadSpice Road telah menghidupkan beberapa bandar purba ini pada waktu itu dapat dilihat sehingga sekarang.

Tak sangka kawasan ini mempunyai banyak bandar purbaPhoto from Pinterest

Pasti korang tak percaya bila min tulis umur beberapa bandar purba ini dimulakan dengan paling muda.

Yangon, Myanmar (975 Tahun, Sejak 1043 M)

Pagoda ini menjadi satu simbol untuk YangonPhoto from Pinterest

Ibu kota dan bandar terbesar untuk negara Myanmar ialah Yangon. Ia juga berfungsi sebagai pusat keagamaan dan kerohanian kerana terletaknya Pagoda Shwedagon yang dianggap sebagai kuli Buddha paling dihormati dalam negara.

Banyak negara telah jajah Yangon sepanjang usianya dan telah mengalami kemusnahan teruk akibatnya. Apabila Myanmar dibebaskan daripada penguasaan British pada 4 Januari 1948. Yangon menjadi ibu negara.

Contoh bangunan kolonial di YangonPhoto from Pinterest

Kini, bandar ini sebuah destinasi menarik terkenal dengan pagoda tradisional dan seni bina kolonial.

Butuan, Filipina (1,017 Tahun, Sejak 1001 M)

Comel betul motor ini di bandar ButuanPhoto from Pinterest

Petempatan penduduk tertua dalam negara ini beradap di Butuan. Dulu, bandar ini terkenal menghasilkan bot dan emas terbaik di seluruh kepuluan Filipina. Kemudian, Butuan terus berkhidmat sebagai sebuah hab.

Seperti komersial, perindustrian dan pentadbiran wilayah Caraga. Pelancong mungkin dapat melihat suasana pembangunan dan infrasturkur dalam bandar ini.

Bandar Seri Begawan, Brunei (1,041 Tahun, Sejak 977 M)

Kalau di Brunei memang terkenal dengan istana dan masjidPhoto from Pinterest

Satu-satunya bandar di negara Brunei juga berfungsi sebagai ibu negara. Mengalami kerosakan sangat ketara ketika Perang Dunia II tetapi dibina semula sepenuhnya dan bertukar menjadi hab pentadbiran dan kewangan negara.

Menjadi rumah kepada Istana paling besar di dalam dunia iaitu Istana Nurul Iman. Ia juga mempunyai masid yang sangat cantik dan kampung terapung untuk memberikan suasana tenang ketika melawatnya.

Magelang, Indonesia (1,111 Tahun, Sejak 907 M)

Wahh tenangnya lihat permandangan sehijau iniPhoto from Pinterest

Ia merupakan pusat provinsi (wilayah) Jawa Tengah ialah salah satu bandar tertua di Indonesia. Ia terkenal sebagai titik permulaan untuk melihat permandangan cantik dalam negara ini.

Selain itu ia asalnya menempatkan Kerajaan Mataram Lama dan telah diubah menjadi pos tentera. Ini ketika pentadbiran kolonial Belanda dan kini sesiapa ingin menikmati kecantikkan Jawa Tengah memang patut singgah Magelang.

Amat ideal untuk jadikan destinasi percutian.

Manila, Filipina (1,118 Tahun, Sejak 900 M)

Manila turut menjadi pilihan destinasi ramai untuk bercutiPhoto from Kayak

Ibu kota Filipina dan bandar kedua paling ramai populasi penduduk dalam negara itu. Ia telah melalui banyak perkara seperti pengembangan, kemusnahan menyebabkan musnahnya sebuah metropolois kolonial indah pernah berdiri.

Pada separuh kedua abad ke-20, Manila berkembang dengan sangat cepat. Ia menyumbang kepada pembagunannya sebagai hab eknonomi penting di rantau Pasifik. Apa boleh korang buat di sini?

Singgah ke muzium, melihat gaya hidup penduduk serta menikmati suasana bandar dari malam sehingga pagi.

Bagan, Myanmar (1,169 Tahun, Sejak 849 M)

Antara kuil beribu tahun usia di bandar BaganPhoto from The Alantic

Terletak di wilayah Mandalay dalam negara Myanmar cukup terkenal ciri-ciri seni bina tersendiri. Dari 1044 sehingga 1297, ia berfunsgi sebagai ibu kota Kerajaan Pagan yang merupakan kerajaan Burma pertama.

Bagan telah bangunkan banyak struktur arkeologi dan burdaya berbeza. Ketika pemerintahan empayar Pagan (lebih daripada 250) dengan lebih daripada 2,500 bangunan keagamaan seperti kuil.

Wilayah amat diormati sebagai tempat kelahiran budaya negara mereka.

Siem Reap, Kemboja (1,217 Tahun, Sejak 801 M)

Kemboja pun banyak tempat bercuti underatedPhoto from Pinterest

Terletak di barat laut Kemboja, wilayah Siem Reap merupakan bandar kedua terbesar. Dari abad kesembilan hingga kelima belas, bandar ini berfungsi sebagai ibu kota berturut-turut Empayar Khmer.

Kebelakangan ini, Siem Reap dianggap sebagai destinasi pelancongan utama Kemboja. Lokasi bersejarah tetapi masih kekalkan identiti moden telah memukau pengunjung dan menggalakkan mereka untuk tinggal lebih lama supaya dapat melihat keindahana bandar bersejarah ini.

Luang Prabang, Laos (1,320 Tahun, Sejak 698 M)

Kalau min bagitau ini Laos korang percaya?Photo from Pinterest

Di utara Laos ada bandar bernama Luang Prabang. Ia merupakan ilustrasi hebat seni bina gabungan tradisional bandar Laos dan permandangan bandar terpelihara dengan sangat baik.

Buddha pernah meramal bahawa bandar ini akan menjadi makmur dan kuat menjadi kisah bagi membentuk metropolis ini. Bangunan tradisional dan rumah kolonial Perancis turut dapat dilihat tau.

Palembang, Indonesia (1,335 Tahun, 683 M)

Indonesia pun ada pasar terapung macam ni?Photo from Indonesia Travel

Ini ialah bandar paling tua dalam negara Indonesia dan merupakan ibu kota untuk Empayar Srivijaya. Ia menjadi hab kebudayaan kerana mempunyai sejarah sangat hebat mernagkumi kebangkitan serta kejatuhan sultan.

Dahulunya perkasa, terkenal dengan kekayaan tanpa henti dan jumlah tentera besar. Bandar Palembang terletak sepanjang di Sungai Musi dan sekarang jadi hab untuk perdangangan getah pula.

Hanoi, Vietnam (1,564 Tahun, 454 M)

Hanoi menjadi bandar paling tua dalam kawasan Asia TenggaraPhoto from Pinterest

Sejak 454 Masihi, Hanoi telah berkhidmat sebagai ibu kota Vietnam lebih daripada 1,500 tahun. Ia mempunyai sejarah turun naik dan menjadi simbol kepada dunia lama. Han Noi sebelum ini telah ditakluki dan diserang oleh banyak negara.

Pada 2 September 1945, mereka berjaya mencapai kebebasan dan melihat peningkatan ketara dalam infrastruktur, estetika dan pertumbuhan ekonominya tahun demi tahun. Ia juga tengah berkembang sebagai salah satu bandar paling pesat di Asia Tenggara.

Kalau bercuti di sini jangan terkejut melihat peninggalan bersejarah Perancis yang banyak diasilimiasikan antara penduduk untuk menghasilkan budaya unik orang Vietnam.

Macam tak percaya kan 10 bandar ini usia mereka begitu panjang sekali. Haa.. lepas ni cuba lihat sebuah tempat dan selami sejarahnya mungkin korang dapat mengenali beberapa fakta unik yang seperti ini.

Mungkin korang suka:

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok