download Jom Explore app
Ini Sebab Kenapa KLIA Menjadi Lapangan Teruk Dalam Dunia

Ini Sebab Kenapa KLIA Menjadi Lapangan Teruk Dalam Dunia

Jom! Cuti
By Muhammad Aliff on 28 Feb 2024
Digital Editor
A man plans. The heaven decides the outcome.

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) mendapat tempat ke-8 lapangan terbang terburuk dalam kawasan Asia. Survey yang dilakukan mengambil data daripada pengalaman pengunjung menunjukkan banyak perkara perlu kita perbaiki tentang 'rumah' kita.

Business Financing menjalankan survey dan mengambil data berdasarkan penilaian purata daripada airlinequality.com. Metodologi ini memudahkan untuk menentukan kedudukan lapangan terbang secara global mengikut benua dan negara.

Selain itu KLIA turut berkongsi kedudukan bersama Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai Emiriah Arab Bersatu dengan mencapai skor purata sama (3.36). Perkara ini wajar untuk ambil berat kerana implikasi pendapat pelancong tentang negara kita.

Manusia amat pentingkan keselesaan, kebiasaan dan kesenangan hidup. Jika berada dalam satu tempat yang tidak selesa, kita pun akan mula rasa jengkel dan ingin keluar daripada situasi tersebut betul tak?

KLIA masih gagal menjadi lapangan terbaik terbaik dalam duniaPhoto from New Straits Times

Haa.. sama juga dengan keselesaan KLIA. Ia juga merupakan pintu pertama pelancong luar datang untuk melihat keadaan negara kita. Jika pandangan pertama sudah teruk bagaimana pula pandagan seterusnya.

Beratur Panjang, Fasiliti Tidak Memuaskan & Macam-macam

Servis lambat dan beratur panjang menyebabkan pelancong hampaPhoto from The Malaysian Reserve

Merujuk semula kepada komen yang diberikan oleh pelancong tentang KLIA rata-rata meluahkan perkara yang sama. Mereka akan mengeluh tentang sistem imigresen tak efisien menyebabkan perlu beratur panjang.

Fasiliti yang tidak memuaskan seperti tiada banyak variasi kedai makan, tandas tidak terjaga serta tiada tempat selesa untuk berehat. Tambahan pula, seni rekaan KLIA memerlukan pelancong perlu berjalan jauh semata-mata untuk sampai ke terminal sahaja.

Fasiliti tidak memuaskan menyebabkan suasana jadi suramPhoto from The Edge

Selain itu ada juga beberapa pelancong turut menegur tentang keseluruhan suasana KLIA. Lampu malap ditambah pula dengan sistem pengudaraan tidak sekata menyebabkan seluruh tempat nampak kusam dan tidak mengalu-alukan pelancong luar.

Bagaimana Pula Dengan Tempat Pertama?

Lapangan Terbang Noi Bai di Vietnam berjaya mendapat tempat pertamaPhoto from Vietnam Teaching Jobs

Menurut survey tersebut, Lapangan Terbang Antarabangsa Noi Bai Vietnam berjaya mendapat tempat pertama. Dengan purata skor sebanyak 6.80 mereka berjaya mendapat tempat pertama sebagai lapangan terbang terbaik dalam kawasan Asia.

Ini terjadi oleh kerana beberapa faktor menyumbang kepada keseluruhan keselesaan pelancong. Salah seorang pelancong mengatakan sangat berpuas hati setelah mendarat ke sini melihat perbezaan sangat ketara setelah menambah terminal 2.

Walaupun saiznya agak kecil jika dibandingkan dengan kita. Pelancong tidak mengalami sebarang masalah untuk navigasi dalamnya kerana mempunyai rekaan bentuk mudah memerlukan korang pergi ke kiri atau ke kanan sahaja.

Selain itu fasiliti yang memuaskan serta staff sangat membantu memudahkan proses pelancong melawat ke sini. Rata-rata pelancong amat berpuas hati kerana servis di Noi Bai amat pantas.

Buang Yang Keruh, Ambil Yang Jernih

Kita boleh ambil contoh bagaimana untuk hasilkan lapangan terbang yang berkualitiPhoto from Business Insider

Walaupun kita mendapat skor dan kedudukan rendah, kita tidak sepatutnya mengambil daripada perspektif negatif. Jika kita melakukan analisis dan ambil perbandingan dengan Noi Bai, banyak perkara kita boleh belajar daripadanya.

Perbaiki semula beberapa servis dan fasiliti untuk menghasilkan sebuah suasan lebih selesa untuk pelancong. Ini dapat menyelesaikan perkara utama di mana mereka merasakan KLIA tidak selesa.

Seterusnya, melihat bagaimana lapangan terbang terbaik dunia melakukan operasi mereka. Dari situ kita dapat ambil banyak perkara bermanfaat untuk diterapkan semula ke dalam KLIA.

Lalu menambah baik kepada keseleruhan servis kita memberi impak lebih bermakna kepada pelancong luar. Berkemungkinan perkara ini akan mengambil jangka masa panjang tetapi amat berbaloi untuk kita mula sekarang.

Suasana mengalu-alukan dapat menambah keceriaan seperti contoh iniPhoto from HOK

Menariknya 10 lapangan terbaik dalam dunia mengikut survey ini majoritinya dikuasai oleh negara Asia. Rata-rata pelancong mendapati negara Asia mempunyai lapangan terbang sangat selesa serta servis amat memuaskan.

10 lapangan ialah seperti berikut:

  1. Noi Bai International Airport / Vietnam (6.80)
  2. Changi Airport / Singapura (6.63)
  3. Hong Kong International Airport / China (6.48)
  4. Hamad International Airport / Qatar (6.44)
  5. Helsinki-Vantaa Airport / Finland (6.36)
  6. Narita International Airport / Jepun (6.23)
  7. Hanada Airport / Jepun (5.82)
  8. Kempegowda International Airport / India (5.56)
  9. Taoyuan International Airport / Taiwan (5.29)
  10. Chhatrapati Shivaji Maharaj International Airport / India (5.22)

Mungkin korang suka:

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok