Rwanda: Mini Singapura Yang Wajib Dijadikan Tempat Bercuti
Diberi gelaran negara 'tanah seribu bukit', Rwanda merupakan sebuah negara kecil terletak di Afrika Timur berdekatan dengan Great Rift Valley. Menjadikan negara ini dikelilingi oleh pergunungan hijau subur dengan tasik berkilauan menguasai landskap permandangan.
Walaupun masa lalunya yang tragis dimana terdapat berlakunya pergolakan mengorbankan banyak nyawa pada tahun 1994. Rwanda muncul sebagai sebuah mercu tanda harapan dan daya tahan untuk kembali membangun semula.
Disebabkan itu, ramai orang memberi nama timangan "Singapore of Africa" kerana kegiatana negara untuk memajukan infrastruktur, ekonomi dan taraf kehidupan. Haa.. kalau korang tak pernah dengar nama negara ini jangan risau.
Sebab min akan ceritakan dekat korang kenapa negara ini wajar untuk dijadikan destinasi percutian tau! Maklumlah orang akan berpusu-pusu untuk melancong ke negara Asia, Eropah dan lain-lain.
Biasalah tu kita sebagai pelancong mesti kena pergi negara yang popular kerana untuk mendapat pulangan berbaloi daripada perbelanjaan. Pulangan tersebut bermaksud pengalaman yang sukar dilupakan.
Jadi tak hairan kenapa ramai orang akan elak untuk pergi bercuti ke negara kecil atau kurang terkenal. Tetapi sabar dulu apa kata korang baca artikel ini sampai habis untuk ketahui 5 sebab kenapa korang wajib pergi melancong ke Rwanda.
Photo from The New Times
Silap-silap dah habis baca nanti korang akan beli tiket penerbangan!
1. Permandangan Hijau Menyubur Seluas Mata Memandang
Photo from Akagera National Park
Selalunya ramai orang akan pergi melancong ke sebuah negara yang mempunyai permandangan yang menakjubkan. Kalau begitu jangan terkejut kalau korang akan jatuh hati melihat kecantikkan alam semulajadi di Rwanda.
Negara ini cukup terkenal dengan keindahan flora & fauna yang ada di sini. Sepanjang pengalaman percutian korang disini akan dipenuhi dengan warna hijau menyubur memberi rasa tenang.
Kebaikkan suasana itu dapat juga korang hilangkan segala stress yang terkumpul dalam diri. Selain itu, negara ini mempunyai habitat gorilla yang dipelihara dengan sangat baik melalui usaha Dian Fossey.
Korang boleh mengunjungi dan megikut lawatan di Volcanoes Park untuk melihat dengan dekat habitat mereka. Usaha mereka untuk mengelakkan kepupusan melalui pembinaan infrastruktur yang cukup hebat.
Photo from Explore Rwanda Tours
Bila dah puas menikmati lawatan, apa kata pergi singgah ke rumah Dian Fossey untuk melengkapkan satu hari. Menyinggah ke rumahnya untuk mempelajari pelbagai usaha dan kajian dilakukan untuk memastikan habitat haiwan tidak dimusnahkan oleh manusia.
2. Trekking & Hiking Untuk Menyegarkan Badan
Photo from Nyungwe Forest National Park
Ada orang kalau pergi bercuti memang suka melakukan aktiviti fizikal supaya dapat melihat keindahan sebuah negara daripada perspektif berbeza. Sebab itu siapa yang suka hiking atau trekking memang sesuai sangat!
Bila lagi korang dapat peluang untuk trekking dalam hutan Afrika? Hanya di Nyungwe Forest dan Volcanoes Park akan memberikan korang perjalanan trek yang dipenuhi dengan permandangan menakjubkan.
Tak kisah sekalipun tahap kecerdasan korang kerana terdapat African Mecca Safari yang akan membantu korang ketika melalui trek ini. Tetapi ada juga bahagian yang agak mencabar kerana terdapat peningkatan ketinggian sehingga 4507 metters untuk melihat puncak tertinggi.
Selain itu, untuk melihat keindahan hutan alam semulajadi di negara ini boleh mengambil perjalanan Canopy Trail. Laluan ini mempunyai beberapa tempat pemerhatian di atas puncak pokok.
Photo from Lake Nakuru National Park
Selepas itu korang berpeluang untuk melalui Karamba Trail untuk menyinggah ke bekas lombong emas dan pasar tempatan. Dekat sini jangan lepaskan peluang untuk ambil gambar melihat kecantikkan fauna yang ada.
3. Menikmati Bandar Kigali Yang Sungguh Moden
Photo from Time
Kigali merupakan jantung kepada negara ini serta menjadi antara ibu negeri paling mesra di Afrika. Metropolitan ini mempunyai suasana yang sungguh menarik kerana masih mengekalkan keindahan alam semulajadi Rwanda.
Lebih menarik adalah populasi bandar ini dikuasai oleh generasi muda membuatkan banyak aktiviti baru dapat dihasilkan. Setiap pembangunan pula akan digabungkan dengan sejarah dan budaya orang tempatan.
Kigali juga melambangkan masa hadapan negara ini untuk menjadikannya sebuah tempat yang pesat dengan pembangunan serta ekonomi sambil mengekalkan identitinya. Apa yang menarik di bandar ini?
Bermula dengan pembangunan bandar yang dibahagikan mengikut daerah dan setiap daerah mempunyai fokus mereka. Contohnya ada daerah yang diberi fokus untuk tujuan komersial seperti pasar, kedai dan pusat perlancongan.
Photo from The New Times
Selain itu, korang boleh menerokai muzeum yang ada seperti Natural History Museum. Seterusnya, menyinggah ke galeri seni untuk melihat perkembangan artist tempatan di Inema Art Center, Ivuka Arts Center dan Niyo Art Gallery.
4. Mempelajari Budaya Afrika Tempatan
Photo from Ibiene Magazine
Untuk min apa yang membuatkan benua Afrika menarik adalah kepelbagaian budaya tempatan dipenuhi dengan tradisi, cara dan bahasa sendiri. Dahulunya terdapat pergaduhan antara 3 budaya di Rwanda akibat perbezaan taraf ekonomi.
3 budaya ini dikenali sebagai Tutsi, Hutu dan Twa yang mewakili orang tempatan bergabung untuk menghasilkan sebuah negara bersatu. Melalui kerjasama dan penyatuan, orang tempatan dapat mengelakkan tragedi yang sama berulang kembali.
Melalui lawatan budaya bersama African Mecca Safari korang dapat melihat keindahan setiap budaya ini. Usaha mereka untuk menjaga serta melindung budaya mereka akan membuatkan korang terpesona.
Sepanjang lawatan dapat jugak korang berinteraksi, mempelajari dan mengenali apa yang membuatkan setiap budaya ini unik dan mempunyai identiti tersendiri. Selain itu, kalau menyinggah di Ibyiwacu Village, korang dapat melihat tradisi mereka!
Photo from Uganda Rwanda Safiries
Tambahan pula jangan lupa nak menyinggah replika rumah raja, melihat sekolah serta menikmati suasana yang diberikan. Nanti boleh buat perbandingan bagaimana kehidupan kampung mereka dan kampung kita.
5. Jangan Sesekali Lupa Untuk Minum Kopi
Photo from Land of Thousan Hills
Rwanda merupakan salah satu pengeluar kopi untuk dunia ini tetapi tak ramai tahu tau. Selain daripada negara ini, Columbia, Indonesia juga terkenal dengan industri penghasilkan kopi yang sedap.
Haa.. menurut pelancong yang pernah melawat, memang rugi betul kalau tak cuba menikmati secawan kopi di sini. Ini kerana biji kopi dihasilkan di sini mempunyai rasa sungguh unik yang berbeza daripada biji kopi lain.
Rasanya boleh dikatakan sama seperti permandangan negara ini. Subur, berbuah, berwarna dan menakjubkan adalah rasa yang dapat digambarkan tentang negara yang sungguh menarik ini.
Bagaimana apakah perasaan korang setelah mempelajari dan mengenali tentang negara ini? Adakah korang akan mengambil peluang untuk pergi melihat dan melancong ke sebuah tempat yang menarik seperti ini.
Photo from CGTN
Atau akan mula menyimpan hasrat untuk menyinggah pada satu hari nanti.