6 Kedai Makan Wajib Korang Cuba Di Cameron Highlands
Cameron Highlands kekal menjadi destinasi utama untuk pergi menikmati sebuah percutian yang cukup memuaskan. Suhu yang nyaman serta permandangan dikelilingi bukit hijau dapat menyejukkan diri kita. Cuma, betul ke ada kedai makan sedap dan berbaloi setelah sampai ke tempat ini?
Memandangkan musim cuti sekolah telah tiba. Ramai orang mula menghabiskan waktu ini dengan pergi bercuti bersama anak-anak dan juga rakan-rakan. Sebab itu tak terkejut kita melihat ramai kawan kita muat naik gambar di destinasi percutian yang popular.
Oleh itu tak terkejut untuk melihat Cameron Highland mula sesak menerima kunjungan ramai pelancong yang ingin menikmati suasana nyaman. Suhu dingin mencapai serendah 14 darjah selsius merupakan faktor utama.
Menurut bekas Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni dan Kebudayaan Pahang Datuk Idros Yahya, "rakyat kita suka mengunjungi negara yang beriklim sejuk. Sebab itu mereka mencari kawasan perlancongan tanah tinggi terutama di Cameron Highlands,"
Selain daripada menikmati rasa nyaman dan sejuk, kita juga teringin nak menikmati makanan sedap apabila bercuti kan? Tetapi ada ke kedai makan yang berbaloi dan sedap untuk kita kenang semula setelah menghabiskan percutian kita.
Photo from Agoda
Menurut seorang pengguna Facebook (FB) Nor Azlinda, beliau telah menyenaraikan 6 kedai wajib untuk korang singgah apabila bercuti di kawasan tanah tinggi ini. Baca sampai habis untuk ketahui semuanya tau.
1. KHM Strawberries & Jam
Photo from Nor'Izzati Binti Abdul Wahab
Kedai ini boleh dikatakan adalah destinasi wajib untuk setiap orang yang mengunjungi di Cameron Highlands. Boleh dikatakan rugi kalau tak menikmati makanan sedap yang disediakan oleh kedai ini.
Terletak di Taman Sedia Tanah Rata antara ladang strawberi yang dimiliki oleh orang kita. Selain daripada dapat melihat pelbagai tanaman strawberi yang cantik kita dapat menjamu selera.
Kepakaran mereka adalah menghasilkan makanan menggunakan strawberi. Jadi ia membuatkan lebih unik berbanding tempat lain kita biasa makan. Korang wajib mencuba kek keju, scones, pavlova dan waffle bersama jem strawberi.
Photo from Kelvin Chan
Kemudian, ada juga makanan berat seperti nasi lemak ayam goreng bersama hirisan buah strawberi. Jangan lupa untuk beli sirap dan jem strawberi untuk makan bersama roti dan nasi sebagai cenderahati.
📍 No 9, Kampung Taman Sedia, 39000, Pahang
⏰ Isnin - Khamis (8 am - 5 pm) Jumaat - Ahad (8 am - 6 pm)
2. Opah Strawberries & Jams
Photo from badely bakhtiar
Antara makanan istimewa di Cameron Highland adalah nasi lemak strawberi yang mungkin pelik kalau kali pertama korang dengar. Sambal nasi lemak diperbuat daripada strawberi memberikan rasa sedap yang unik di kawasan ini.
Di Opah Strawberries & Jams, mereka merupakan pakar dalam menghasilkan nasi lemak strawberi dan scones yang sedap. Ia menjadi kedai popular untuk pelancong berhenti menikmati makanan menyelerakan.
Scones pula bukan satu jenis sahaja, malah ada pelbagai perisa untuk pilih! Antaranya adalah lemon, butterscotch, red velvet, rainbow cheese, cheese, coffee, matcha dan strawberi untuk dinikmati.
Photo from MAS YT H.A
Selain itu, rasa sambal strawberi mereka tidak terlalu pedas jadi sesuai untuk semua orang!
📍 No 30 Kampung Taman Sedia, Tanah Rata, 39000 Tanah Rata, Pahang
⏰ Setiap hari (8 am - 4:30 pm)
3. Opah Steamboat & Grill (Opah Strawberries & Jams)
Photo from IG | Opah Strawberry and jams
Cuaca nyaman sejuk ni memang membuatkan kita terasa macam berada di luar negara. Kemudian, mesti kita akan mencari masakan panas untuk memanaskan semula tubuh badan kita untuk bertahan pada cuaca ini.
Sebab itu makan steamboat dan gril memang puas hati kalau di kawasan ini. Baru sahaja dibuka ia memberikan pelanggan pengalaman makan steamboat yang menyeronokkan untuk harga yang berpatutan.
Rata-rata pelanggan yang pernah mencubanya kata ia memberikan pengalaman steamboat yang menyelerakan. Terdapat pelbagai pilihan steamboat dan hirisan daging untuk mengenyangkan korang.
Photo from IG | Opah Strawberry and jams
Tak lupa juga sos cicah korang boleh cipta resipi sendiri tau.
📍 No 30 Kampung Taman Sedia, Tanah Rata, 39000 Tanah Rata, Pahang
⏰ Setiap hari (8 am - 4:30 pm)
4. BOH Sungai Palas Tea Garden
Photo from Mohammad Sadegh
Percutian di Cameron Highland takkan lengkap kalau tak menyingah ke ladang teh terkenal ini. Jenama BOH memang sinonim dengan orang kita yang gemar menikmati uncang tehnya pada setiap hari.
Selain itu, kawasan itu dipenuhi dengan ladang teh berwarna hijau memberikan suasana yang cukup tenang. Sukar untuk gambarkan betapa tenangnya permandangan itu tanpa berada di lokasinya.
Haa.. bukan sahaja permandangan yang tenang. Makanan kat sini pun cukup popular! Kafe yang disediakan itu cukup popular dalam kalangan pelancong yang sering mengatakan makanan disediakan sangat sedap.
Photo from R.A Shariza M
Antara yang korang boleh cuba adalah greentea tiramisu yang menjadi kegemaran ramai. Ada juga beberapa pilihan pastri popular untuk makan bersama secawan teh panas. Selesai makan jangan lupa beli uncang teh di sini sebagai cenderamata.
📍 Brinchang, 39100 Brinchang, Pahang
⏰ Setiap hari kecuali Isnin (8:30 am - 4:30 pm)
5. Aidilbadri Strawberries
Photo from Khidr N.
Turut menjadi destinasi popular untuk menikmati dan membeli buah strawberi. Kedai ini turut menyediakan beberapa pilihan makanan menyelerakan untuk berkongsi bersama keluarga dan rakan-rakan.
Nasi lemak mereka mempunyai sedikit kelainan daripada kedai lain kerana menggunakan nasi berwarna hijau pandan. Rasanya pula menurut pelanggan sedap tetapi watak utamanya adalah mee kari!
Photo from Nur Nur
Portion yang diberikan sangat besar boleh dikongsikan bersama 2 orang pulak tu! Selain itu, aiskrim strawberri jangan lupa untuk rasa juga kerana menggunakan resipi sendiri menjadi kegemaran ramai.
📍 No 36, Kampung Taman Sedia, Tanah Rata, 39000 Tanah Rata, Pahang
⏰ Setiap hari kecuali Rabu (8:30 am - 7 pm)
6. Cool Point Cafe, Cameron Highlands
Photo from FB | Cool Points Cafe
Terletak di Cool Point Hotel, kafe ini menyediakan pelbagai makanan yang sedap walaupun tidak menetap di hotelnya. Kafenya mempunyai ruang makan yang cukup selesa dan berish untuk dinikmati.
Makanan yang disediakan juga banyak bukan sahaja pastri tau. Korang boleh nikmati Nasi Lemak, Kuey Teow Goreng, Nasi Gulai Ayam dan Nasi Asam Pedas Ikan dan padankan bersama minuman kopi.
Photo from FB | Cool Points Cafe
Haa.. sesiapa yang dah bosan nak makan benda sama di kawasan ini memang boleh singgah di kafe ini untuk menikmati menu yang berbeza. Kalau nasib korang baik, mereka akan ada menu istimewa bergantung pada hari tertentu.
Photo from FB | Cool Points Cafe
Sampai sahaja di lokasi korang dapat lihat papan menu istimewa yang mereka sediakan.
📍 891, Persiaran Dayang Endah, Tanah Rata, 39000 Tanah Rata, Pahang
⏰ Setiap hari kecuali Rabu (8:00 am - 3:00 pm)
Mungkin korang suka: