Sanggup Beratur Selama 6 Jam Hanya Untuk Cromboloni
Cromboloni merupakan salah satu rekaan pastri yang menggabungkan dua pastri berbeza menjadi satu. Sama seperti croffle, pastri ini tengah menjadi kegilaan ramai sehingga orang sanggup beratur selama 6 jam semata-mata untuk menikmati pastri unik. Persoalan dia sedap ke rasanya?
Orang kita memang suka sesuatu yang baru ditambah pula ia menjadi viral. Selain daripada cromboloni lihat sahaja pelbagai makanan yang pernah hangat dahulu yang menyebabkan semua orang tergila-gilakannya.
Tambahan pula, pastri ini mempunyai rasa manis yang kena dengan selera orang tempatan. Maklumlah, kuih-muih tempatan yang kita biasa makan selalunya mempunyai rasa yang cukup manis.
Mungkin sebab itu senyuman kita dapat mencairkan hati sesiapa. Adakah korang masih ingat waktu croffle menjadi kegilaan ramai sehingga setiap satu kawasan pasti ada menjual versi mereka tersendiri untuk memuaskan permintaan yang terlalu tinggi.
Tak lupa juga golongan influencer seperti Khairul Aming yang mempunyai kuasa untuk men-viral-kan apa jua makanan yang dicubanya. Untuk yang tak pernah mencuba pastri baru ini macam min jangan risau.
Photo from Kompass
Ini apa yang korang perlu tahu tentang Cromboloni, gabungan pastri yang tengah hangat sekarang!
Gabungan Melahirkan Pastri Menyelerakan
Photo from Travel-tempo
Seperti apa-apa perkara yang pernah menjadi satu trend semuanya bermula daripada platform media sosial. Pastri ini terhasil daripada menggabungkan dua pastri yang berbeza iaitu croissant dan bomboloni.
Ia berbentuk bulat yang diperbuat daripada pastri croissant dan diisi dengan krim pastri. Kemudian, di bahagian atasnya pula akan ditambah apa-apa topping mengikut rasa berbeza-beza.
Rasa yang ada seperti coklat, pistachio dan caramel. Asalnya ia diberi gelaran The Supreme dan lahir dari negara Amerika Syarikat sebelum menjadi viral disebarkan kepada berberapa buah negara termasuk kita.
Photo from Times Indonesia
Pastri ini cukup terkenal dengan teksturnya yang ranggup di bahagian luar dan lembut di bahagian dalam. Mengambil kebaikan daripada dua pastri tersebut maka terhasil sebuah ciptaan yang menyelerakan.
Mungkin sebab itu iannya menjadi kegilaan dalam negara.
Scott Cioe, Dalang Di Sebalik Cromboloni
Photo from New York Post
Ciptaan menyelerakan baru sahaja dilahirkan pada tahun 2022. Sebuah kafe di New York, Lafayette Grand Cafe and Bakery telah menciptanya sebelum ia mula meletup dalam media sosial.
Kemudian ia disebarkan kepada beberapa buah bandar di Perancis yang cukup terkenal dengan budaya pastri mereka. Bandar seperti Nantes, Amiens, Strasbourg dan Paris turut menghasilkannya sendiri.
Chef Pastri Scott Cioe adalah pencipta Cromboloni di kafe miliknya. Menurutnya, dia ingin menghasilkan sesuatu yang melazatkan lalu mendapat idea untuk membuat croissant lebih menarik dan sedap.
Photo from Reuters
Respons Cioe dapat daripada pelanggan yang mencubanya buat kali pertama adalah positif. Kebanyakkannya amat menyukai ciptaan yang baru ini.
Nampak Cantik Kan? Nak Buatnya Kemain Susah!
Photo from nibble.id
Rasanya ramai orang tertarik dengan hasil rupa pastri ini. Ia mempunyai rupa yang cukup menarik dan unik untuk membezakan identitinya daripada beratus ciptaan pastri yang ada dalam sejarah manusia.
Menurut Cioe yang berkongsi tentang proses penciptaannya. Dia menceritakan idea untuk menghasilkan pastri ini memerlukan tenaga kerja dan kreatif yang tinggi kerana dia sahaja mengambil masa lebih daripada 3 hari.
Photo from NYT Cooking
3 hari yang dimaksudkan adalah proses daripada mula sampai habis. Setiap proses melibatkan langkah-langkah yang teliti daripada penyediaan doh, laminasi sehingga membakar pastri tersebut dalam ketuhar.
Photo from Today Show
Dengan menggabungkan teknik untuk menghasilkan croissants dan bomboloni. Maka, Cioe berjaya mencipta sesuatu yang cukup unik yang kita mempunyai peluang untuk menikmati rasanya.
Berbaloi Ke Rasanya Sampai Beratur 6 Jam?
Photo from TW Irsyad Adanan
Sekarang korang dah tahu tentang bagaimana Cromboloni boleh dicipta dan dihasilkan. Cuma, berbaloi ke rasanya sampai orang sanggup beratur selama 6 jam semata-mata untuk menikmati pastri ini?
Untuk meletakkan dalam satu perspektif betapa lamanya 6 jam tersebut. Korang boleh memandu daripada Kuala Lumpur sehingga Ipoh dan patah balik semula pun boleh dilakukan bawah 6 jam.
Haa.. itu betapa lamanya orang tempatan sanggup beratur. Mungkin kerana pastri ini mempunyai tekstur yang unik seakan sama dengan pastri tradisional tetapi mempunyai sentuhan moden.
Cromboloni yang bagus perlu mempunyai tekstur crispy, flaky and textured. Sentuhan moden itu pula datang daripada kepelbagaiaan krim yang boleh digunakan untuk mengisi bahagian dalamannya.
Photo from IG | _masculinfeminin
Gabungan rasa ranggup dan berkrim itu membuatkannya lebih menarik berbanding pastri yang sudah wujud dalam dunia ini. Kelahirannya bermakna masih ada individu yang ingin menghasilkan sesuatu yang baru dan unik dalam dunia.
Kita pula akan berlumba-lumba untuk menjadi orang pertama yang telah mencubanya bagi memastikan kita tidak ketinggalan dalam dunia pasca moden ini. Mungkin selepas permintaannya mulut menurun baru korang nak cuba?
Atau korang antara orang yang pertama yang sudah mencubanya. Kalau sudah, boleh ceritakan dekat min bagaimana rasanya.