5 Negara Rare Untuk Korang Pergi Ke Sebuah Adventure!
Tarikh cuti untuk tahun 2024 dah pun keluar. Korang dah ada pelan belum untuk pergi bercuti ke mana? Kalau tengah mati akal tu min dah sediakan 5 negara yang mempunyai destinasi terbaik untuk korang mulakan sebuah pengembaraan baru nanti!
Hanya tinggal satu bulan sahaja sebelum kita menutup buku untuk tahun 2023. Adakah korang sudah capai setiap sasaran yang ingin dicapai untuk tahun ini? Atau korang tak sabar untuk memasuki tahun baru bagi menempuh fasa kehidupan baru.
Mungkin untuk tahun depan korang perlukan sebuah pengalaman baru melalui percutian. Tak membazir langsung untuk kita menghabiskan simpanan duit untuk pergi ke pelbagai destinasi tau.
Sambil merehatkan tubuh badan dapat korang menimba ilmu serta membuka kepada pandangan baru. Melalui percutian kita dapat belajar tentang kehidupan dan menerima perspektif baru tentang perjalanan hidup kita.
Photo from Pinterest
Alangkah seronoknya kalau kita tahu nak pergi bercuti ke mana kan? Ada yang masih mati akal tak tahu nak singgah ke mana. Kalau macam tu jangan risau sebab min akan kongsikan bersama destinasi untuk korang pertimbangkan!
Paling penting korang sediakan sebuah bajet, ajak kawan atau pasangan. Tolak tepi seketika tentang kehidupan dan mulakan sebuah pengembaraan yang dapat mengubah kehidupan korang untuk tahun 2024!
1. Mongolia
Photo from Pinterest
Sebuah negara yang terletak di Asia Timur mempunyai sejarah serta budaya sungguh mendalam walaupun telah disentuh dengan modenasi. Mongolia merupakan sebuah destinasi untuk korang yang ingin menikmati pengalaman yang baru.
Diberi gelaran "Tanah Langit Biru Abad", negara ini sungguh luas dan dapat menarik perhatian dengan permandangan yang mempesonakan. Mereka berkongsi sempadan dengan Rusia dan China, secara tradisi negara ini masih mengekalkan gerakan nomad.
Mongolia sangat sesuai kalau korang mahukan sebuah permandangan seluas mata dapat lihat. Selain itu, korang ingin melihat budaya unik yang tiada di negara kita dan mempunyai aktiviti yang jarang dilakukan oleh kaki bercuti.
Photo from Pinterest
Kenapa permandangan dekat sini cantik memukau? Ini kerana landskap Mongolia bukan satu dua jenis sahaja. Terlalu banyak permandangan untuk korang pilih seperti padang rumput luas, gunung, padang pasir dan tasik air biru.
Negara ini cukup terkenal dengan keindahan semula jadi. Korang boleh melihat bagaimana budaya keluarga nomad yang merantau di seluruh negara dan berpeluang untuk rasa makanan mereka.
Photo from Pinterest
Kemudian, mungkin belajar menunggang kuda untuk melihat sendiri bagaimana Genghis Khan mulakan empayar terbesar dalam sejarah di tanah asalnya. Jangan lupa juga untuk singgah ke Genghis Khan Statue Complex untuk mempelajari lebih mendalam tentang sejarah dan budaya tentang negara ini.
2. Mexico
Photo from Pinterest
Antara negara terletak di Amerika Selatan sangat terkenal dengan budaya, pantai menawan dan makanan yang sedap! Mexico bukan sahaja menawarkan percutian yang menyeronokkan malah dapat belajar banyak tentang budaya amerika latin.
Kita mulakan perjalanan kita di ibu kota dan bandar terbesar negara ini, Mexico City. Sebuah metropolis yang sibuk menggabungkan tempat bersejarah dengan seni bina moden ditambah pula dengan budaya yang cukup meriah.
Terdapat National Museum of Anthropology yang bertaraf dunia mempamerkan warisan Mexico yang kaya. Selain itu, jangan lupa singgah ke Frida Kahlo Museum yang didedikasikan untuk artis Mexico yang ikonik.
Photo from Pinterest
Kemudian, teruskan pengembaraan korang melawat tempat bersejarah yang sudah wujud sejak beribu-ribu tahun dahulu. Negara ini merupakan rumah kepada tamadun purba Maya, Aztec dan Olmec pernah berkembang maju di kawasan ini.
Photo from Pinterest
Kesannya adalah tapak arkeologi yang memukau seperti Chichen Itza, Teothihuacan dan Palenque. Korang juga mungkin dapat belajar sedikit bagaimana penjajahan Sepanyol boleh berlaku pada kurun ke-16 yang telah mengubah serta mempengaruhi budaya yang dapat lihat sekarang.
Tak lupa juga makanan tradisional negara ini seperti taco, guacamole, tamale dan macam-macam lagi pasti membuatkan korang jatuh cinta dengan destinasi ini!
3. Morocco
Photo from kevinandamanda
Korang teringin nak lihat betapa luasnya Gurun Sahara dengan mata sendiri? Atau nak menikmati sebuah tempat yang dipengaruhi oleh pelbagai campuran budaya supaya mungkin dapat mempelajari bahasa baru.
Apa kata korang tetapkan destinasi ke arah Morocco yang terletak di sudut barat laut Afrika. Negara ini terkenal dengan kekayaan budaya mereka dan tak lupa juga bandar terkenal menjadi destinasi ramai pelancong luar jugak tau.
Marrakech merupakan bandar yang popular di Morocco diberi gelaran "medina" (bandar lama) yang mempunyai beberapa destinasi menarik untuk korang singgah. Mulakan percutian melawat medina yang merupakan UNESCO World Heritage Site.
Ia merupakan medina terbesar dan paling terpelihara dalam dunia. Setiap jalan dan lorong dipenuhi dengan kedai, restoran dan gerai yang menjual segala-galanya daripada rempah sehingga cenderahati. Sentiasa tawar harga sebelum beli untuk elak kena tipu harga!
Photo from Pinterest
Kemudian, singgah ke dataran Jemaa el-Fnaa merupakan jantung kepada bandar lama ini. Nak lepak menikmati suasana pun dah cukup seronok dan kalau nak singgah solat (untuk muslim) boleh pergi ke Koutoubia Mosque yang merupakan masjid paling besar dan penting di negara ini.
Selain itu, korang boleh lihat Bahia Palace yang dibina oleh Grand Vizier pada abad ke-19. Istana ini terkenal dengan taman indah dan seni bina kompleks sesuai untuk ambil gambar.
Photo from Pinterest
Majorelle Garden menjadi pilihan popular kerana merupakan taman botani yang terkenal dengan tumbuhan eksotik serta bangunan berwarna biru. Katanya, pernah menjadi rumah untuk artis Jacques Majorelle dan telah diubah menjadi muzium menyimpan karyanya.
4. Croatia
Photo from Pinterest
Benua Eropah sentiasa menjadi destinasi utama untuk orang kita pergi bercuti. Nak pergi ke 3 buah negara dalam satu percutian pun boleh dan mempunyai banyak destinasi ikonik wajib kita singgah sekali seumur hidup.
Namun, selalunya orang kita akan pergi ke bahagian Eropah barat iaitu Perancis, Sepanyol, Belanda dan sebagainya. Bahagian Timur Eropah selalu dilupakan dan kurang mendapat perhatian ramai.
Rugi betul kalau korang tak ambil peluang untuk singgah ke belah timur! Negara seperti Croatia adalah sebuah negara yang sangat cantik terletak di kawasan tenggara Eropah di pantai timur Laut Adriatik.
Photo from Pinterest
Negara ini secara semula jadi mempunyai permandangan menakjubkan, budaya yang kuat dan sejarah menjangkau beribu tahun dahulu. Kepelbagaian landskap, bandar bersejarah dan pesisiran pantai pasti dapat membuatkan percutian korang jauh lebih bermakna.
Mulakan pengembaraan korang di Croatia bermula dengan bandar Dubrovnik terletak di Laut Adriatik. Bandar ini terkenal dengan seni bina yang masih mengekalkan zaman pertengahan Eropah (Medieval Europe) yang terpelihara dengan baik.
Kalau korang peminat rancangan TV, Game of Thrones, korang berpeluang untuk melihat sendiri set penggambaran. Selain itu, korang boleh singgah Biara Franciscan atau naik kereta kabel ke puncak Gunung Srd untuk melihat permandangan bandar yang memukau.
Photo from Pinterest
Jangan lupa untuk singgah ke bandar Split iaitu bandar kedua terbesar di negara ini. Bandar ini pula terkenal dengan Istana Diocletian iaitu sebuah UNESCO World Heritage Site yang dibina oleh maharaja Rom, Diocletian pada abad ke-4.
Kini istana menjadi rumah kepada pelbagai kafe, kedai untuk pelancong dan Katedral Saint Domnius pun boleh korang singgah yang dibina atas runtuhan makam Diocletian. Nak nikmati kecantikkan Laut Adriatik?
Photo from Pinterest
Singgah ke Pulau Hvar yang cukup terkenal dengan pantai dan air jernih. Kat sini korang boleh rilek, santai dan habiskan masa dengan berehat sambil menerokai kecantikkan pulau ini. Seterusnya, habiskan perjalanan dengan Taman Negara Krka.
5. Chile
Photo from Pinterest
Negara terakhir untuk korang mengembara adalah Chile! Sebuah negara yang terletak di barat Amerika Selatan di sepanjang Pergunungan Andes dan Lautan Pasifik. Chile menawarkan permandangan menawan dan syurga untuk peminat alam semula jadi yang mahukan pengembaraan!
Untuk kaki adventure, mulakan perjalanan dengan melawat Gurun Atacama yang merupakan padang pasir paling kering di dunia. Di sekitar kawasan ini boleh lawat El Tatio Geyser, Valle de la Luna (Lembah Bulan) dan Laguna Cejar (Tasik Garam)
Photo from Pinterest
Selain itu, Pulau Easter ialah pulau terpencil di Lautan Pasifik yang terkenal dengan patuang moai. Korang dapat belajar sejarah dan budaya orang Rapa Nui sambil melihat banyak patung bertaburan di pulau ini.
Photo from Pinterest
Patagonia pula terletak di selatan Chile yang terkenal dengan glasier, gunung dan tasik yang menkajubkan. Korang boleh berdaki atau pacak khemah untuk 'menghilangkan diri' dekat kawasan ini. Jangan lupa untuk lihat Taman Negara Torres del Paine juga!
Akhir sekali, mungkin korang singgah ibu negara Chile iaitu Bandar Santiago yang cukup meriah. Beberapa lokasi menarik seperti Cerro San Cristobal, Plaza de Armas dan Istana La Moneda.
Photo from Pinterest
5 negara ini merupakan pilihan terbaik untuk korang mencari sebuah pengalaman baru. Selain itu, dapat jugak korang menikmati sebuha pengembaraan baru untuk melihat keindahan dunia yang ada pada setiap negara.
Memang tak rugi langsung kalau korang ambil peluang untuk melawat beberapa buah negara yang min dah rekomen. Paling penting adalah sediakan bajet secukupnya dan bawa orang yang dapat menambah keseronokkan dalam pengembaraan korang kalini!