download Jom Explore app
5 Homestay Di Kundasang, Sabah Menghadap View Gunung Kinabalu

5 Homestay Di Kundasang, Sabah Menghadap View Gunung Kinabalu

Jom! Cuti Staycation
By Ayunie Husna on 26 Sep 2023
Digital Editor

Terdapat Pelbagai homestay yang anda boleh tinggal bila di Kundasang, Sabah. Negeri ini dikenal luas sebagai destinasi pelancongan yang menawarkan pemandangan alam yang menakjubkan. Salah satu tarikan utama Sabah adalah keindahan Gunung Kinabalu, yang telah menjadi ikon negeri ini. Apabila bercuti di Sabah, banyak pelancong mencari homestay atau penginapan tempatan yang menawarkan pemandangan langsung ke Gunung Kinabalu.

 

Pemandangan Gunung KinabaluPhoto from Intan Nabilah

Menginap di homestay seperti ini membolehkan pelancong merasai keindahan alam semula jadi Sabah secara dekat dan peribadi. Anda dapat menikmati matahari terbit atau terbenam dengan latar belakang Gunung Kinabalu yang megah, serta mengalami budaya dan kehidupan tempatan yang unik. Inilah senarai 5 homestay super-awesome dengan pemandangan spektakular Gunung Kinabalu! Kalau anda mencari penginapan di Kundasang, Sabah, tidak perlu risau. Tempat-tempat hebat ini terletak di mana-mana, sama ada dekat dengan Taman Negara Kinabalu atau dalam Pekan Ranau. Lagi best, anda boleh booking secara online, mudah dan pantas!

1. Hounon Ridge Homestay

Hounon Ridge Homestay adalah salah satu homestay yang menarik di kawasan Kundasang, Sabah. Ia terletak lebih kurang 36 minit daripada pekan Kundasang, namun, perlu diingat bahawa perjalanan ke homestay ini mungkin tidak sesuai untuk mereka yang tidak selesa dengan jalan sempit, curam, dan berbatu-batu. Tambahan pula, lampu jalan di sekitar kawasan ini agak kurang, menjadikannya sukar dan berbahaya jika anda memandu pada waktu malam.

Hounon ridge homestay dari bahagian luar, sememang satu homestay yang indah di Kundasang Sabah.Photo from Akmal

Hounon Ridge Homestay menawarkan pelbagai jenis bilik untuk penginapan, sama ada anda melancong seorang diri, bersama pasangan, atau bersama keluarga. Mereka juga menyediakan dormitory untuk mereka yang mencari penginapan bajet. Walau bagaimanapun, keistimewaan utama homestay ini adalah kemudahannya untuk berkhemah. Mereka menyediakan kemudahan kem berkualiti tinggi untuk para pelancong yang ingin merasai pengalaman berkhemah di kawasan dengan pemandangan Gunung Kinabalu yang memukau.

Bilik Yang DisediakanPhoto from Hounon Ridge Homestay

Pengalaman ini pasti akan menjadi kenangan yang sukar dilupakan bagi sesiapa yang menginap di homestay ini, terutamanya mereka yang mencari kedamaian dan keindahan alam semula jadi Sabah. Homestay ini adalah pilihan yang sempurna untuk mereka yang ingin melarikan diri dari kehidupan bandar dan menjelajahi kecantikan semula jadi yang menakjubkan.

Kawasan untuk berkhemahPhoto from Hounon Ridge Homestay

 

📍Kg. Himbaan, Bundu Tuhan,, 89308 Ranau, Sabah

📞013-850 6463

 

2. Kiram's Village

Kiram Village Homestay adalah penginapan yang menarik yang didasarkan pada kabin-kabin kayu yang menawarkan pengalaman menginap yang unik di tengah-tengah keindahan alam semula jadi. Ia adalah tempat yang sempurna untuk keluarga yang ingin menghabiskan percutian mereka dalam persekitaran yang damai dan menyatu dengan alam.

Staycation yang disediakan di Kiram VillagePhoto from Kiram Village

Homestay ini mempunyai suasana yang menenangkan dan indah dengan tanaman bunga-bungaan yang mempesonakan yang mengelilingi kabin-kabin kayu. Setiap kabin mempunyai nama yang unik, seperti "Strawberi" dan "Asparagus," memberikan sentuhan personal dan unik kepada setiap unit penginapan. Ini memberi pelancong pengalaman yang lebih istimewa daripada penginapan biasa.

Memang menakjubkan pemandangan Belakang Gunung Kinabalu, menjadi homestay ini disukai ramai bila melawat ke Kundasang, Sabah.Photo from Kiram Village

Satu lagi ciri menarik penginapan ini adalah kewujudan kafe yang disediakan. Ini adalah kelebihan besar bagi keluarga yang tidak ingin menguruskan masakan mereka sendiri semasa bercuti. Anda boleh menikmati hidangan yang lazat di kafe tanpa perlu bersusah payah memasak. Ini menjadikan penginapan di Kiram Village Homestay lebih mudah dan santai, serta memberi peluang untuk menikmati makanan tempatan atau hidangan segera dengan keselesaan.

Bilik Yang agak kecik kerana rumah dibina kecilPhoto from Kiram Village

Secara keseluruhannya, Kiram Village Homestay adalah destinasi yang menarik untuk keluarga yang menginginkan percutian yang berbeza dalam persekitaran alam semula jadi yang cantik. Dengan kabin-kabin kayu yang unik, pemandangan indah, dan kafe yang disediakan, ia menawarkan pengalaman yang tak terlupakan untuk semua tetamu yang datang mencari ketenangan dan keindahan Sabah.

📍89308 Kundasang, Sabah

📞016-695 0057

 

3. Spring Garden

Sebuah penginapan mewah, Spring Garden menawarkan pengalaman bercuti seperti berada di Hollywood Hills. Di sini, suasananya sangat aman dan tenang, seperti sunyi. Jika anda mencari ketenangan, di sinilah tempat paling ideal.

Suasana Yang Nyaman Di Spring Garden, homestay berkonsep serba moden di Kundasang Sabah.Photo from Spring Garden

Setiap bilik atau chalet di bina berjauhan antara satu sama lain, jadi anda dan yang tersayang dapat menikmati privasi. Tambahan pula apabila chalet-chalet ini mempunyai feature seperti dinding kaca, untuk anda dan keluarga menikmati pemandangan luar alam semulajadi. Ia adalah homestay di Kundasang Sabah yang mengguna tema musim bunga yang istimewa.

Bilik Yang Cukup Luas & TenangPhoto from Spring Garden

Kawasan yang ditemani Gung KinabaluPhoto from Spring Garden

Terdapat beberapa jenis unit di sini. Antaranya ialah suite king dan bilik twin. Bilik twin boleh memuatkan sehingga 4 pax dab suite king yang lebih intimate sesuai untuk 2 pax atau keluarga kecil 3 pax. Setiap bilik dihias dengan sangat bergaya dengan konsep minimalist. Bilik mandi yang lengkap dengan bath tub dan tingkap untuk pemandangan luar juga sangat mewah.

📍Jalan Golf Course Mesilou, 89308 Kundasang, Sabah

📞012-809 1564

 

4. Soboroong Farmer’s Cottage

Soboroong Farmer's Cottage adalah penginapan yang penuh keriangan dengan dominasi warna kuning yang ceria. Homestay Di Kundasang Sabah ini dihiasi dengan bunga-bunga dan tumbuhan berwarna-warni, serta dikelilingi oleh hijaunya pepohonan, menciptakan nostalgia akan suasana rumah nenek atau opah anda. Walaupun memberikan perasaan nostalgic, penginapan ini tetap memancarkan keceriaan dan kehangatan.

Warna Kuning Warna Menghangatkan, homestay yang tenang di Kundasang SabahPhoto from Soboroong Farmer’s Cottage

Salah satu daya tarik utama Soboroong Farmer's Cottage adalah pemandangan indah Gunung Kinabalu yang boleh dinikmati dari tempat ini. Anda akan terpesona oleh keagungan gunung ini yang nampak gah, memberikan sentuhan eksklusif kepada penginapan ini, menjadi ia antara salah satu homestay Kundasang Sabah yang disukai ramai.

Biliknya sesuai untuk 4 orangPhoto from Soboroong Farmer’s Cottage

Penginapan ini menawarkan chalet-chalet yang selesa, setiap satu mempunyai dua bilik tidur. Setiap chalet ini juga dilengkapi dengan ruang tamu yang luas, ruang makan, dan dapur ringkas. Dapur ini dilengkapi dengan peralatan memasak, peti sejuk, dan cerek, memberikan fleksibiliti kepada tetamu untuk memasak sendiri jika mereka mahu. Chalet ini boleh menampung sehingga enam orang dengan selesa dalam satu masa, menjadikannya pilihan yang sangat sesuai untuk percutian bersama keluarga yang mencari keselesaan dan kemudahan.

📍Jalan Kundasang Kauluan, Pekan Kundasang, 89307 Kundasang, Sabah

📞017-813 3899

5. Sinurambi 2

Sinurambi 2 merupakan sebuah homestay yang agak berbeza dari homestay yang lain. Ini kerana konsep yang mereka bawakan adalah seperti American motel di mana semua bilik penginapan adalah dalam satu bangunan ala apartment yang Sama. Sinurambi 2 menyediakan pelbagai kemudahan yang boleh digunakan seperti tempat BBQ, teres berkongsi dan lain-lain. Ada juga sebuah greenhouse atau rumah tumbuhan di mana mereka menanam tumbuhan seperti succulents di sini.

Gaya staycation seperti rumah amerikaPhoto from Sinurambi 2

Ada 2 jenis penginapan di sini yang boleh anda cuba. Pertama ialah bilik King yang menyediakan penginapan untuk 2-3 pax. Sesuailah untuk pasangan atau keluarga kecil. Mereka turut menyediakan 2 unit rumah yang mempunyai 3 bilik tidur.

Bilik Yang DisediakanPhoto from Sinurambi 2

Untuk penginapan jenis rumah ini, anda akan menikmati kemudahan seperti ruang tamu, ruang makan dan dapur, seperti sebuah apartment. Kemudahan memasak turut disediakan. Jadi jika anda bercuti bersama kawan-kawan atau keluarga yang besar, ramai-ramai lah tidur di sini!

📍Kampung Cinta Mata, Jalan Kundasang Kauluan, 89308 Kundasang, Sabah

📞03-8873 3710

 

Anda Mungkin Suka :

 

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok