5 Penginapan Tidur Di Dalam 'Kabin' Yang Terdapat Di Selangor
Hari ini, semakin ramai orang yang memilih untuk menginap di hotel atau resort yang menawarkan pengalaman yang berbeza daripada biasa. Disebabkan permintaan tersebut, pelbagai konsep dan reka bentuk penginapan yang kreatif dan unik muncul sejak akhir-akhir ini. Salah satu trend yang menarik adalah penginapan yang berkonsep kabin atau kontena. Di Selangor sendiri, sudah terdapat beberapa penginapan seperti ini. Mari cuba menginap semalam di sana!
Photo from Sarang By The Brook
Anda akan mendapatkan pengalaman menginap yang berbeza daripada biasa, di mana anda boleh menikmati suasana yang unik dan menarik. Penginapan-penginapan ini menawarkan kemudahan yang selesa dan fasiliti yang menarik. Jom kita teroka 5 Kabin yang terdapat di Selangor ni.
-
Sarang By The Brook, Kuala Kubu Bharu
Penginapan ini pula ialah bilik-bilik tidurnya yang diperbuat daripada kontena-kontena penghantaran sebagai blok asas pembinaannya. Memang sangat menarik dan unik. Apa yang menariknya lagi, tempat penginapan ini mempunyai sebuah swimming pool bukan dengan air klorin tetapi dengan air masin beroperasi selama 24 jam.
Photo from Sarang By The Brook
Bercakap mengenai biliknya pula, Sarang by The Brook mempunyai 11 bilik kesemuanya dengan keluasan 160 kaki persegi setiap satu. Setiap biliknya pula mempunyai sebuah katil bersaiz queen yang boleh memuatkan 2 orang dewasa.
Photo from Sarang By The Brook
📍Jalan Seruling 20,, 44000 Kuala Kubu Bharu, Selangor
📞019-332 2448
Baca Dengan Lebih Lanjut : Sarang By The Brook Kuala Kubu Bharu, Tidur Di dalam Kontena Kelilingi Hutan
-
Kuala Selangor Cabin Camp Homestay
Kuala Selangor Cabin Camp di Jeram, Selangor menawarkan pengalaman percutian yang luar biasa. Lokasi tarikan pelancongan itu dihiasi dengan pelbagai palet warna-warna menyebabkan kawasan tersebut seakan berada di sebuah dunia yang berbeza.
Photo from Kuala Selangor Cabin Homestay
Kuala Selangor Cabin Camp menawarkan beberapa pilihan penginapan unik seperti tubestay, type A stay, cabinstay, Bus Stay, Arabian stay, homestay, dan hobbit stay yang menonjol sebagai pilihan terbaik. Pelbagai pilihan bilik-bilik penginapan unik boleh dipilih sesuai dengan keperluan percutian anda. kemudahan penginapan dengan pelbagai konsep menarik pada kadar hanya RM70 semalam.
Photo from Kuala Selangor Cabin
📍Lot 4021, Jalan Rizab Zazuli, Kampung Bukit Hijau, 45800 Jeram, Selangor
📞019-481 4845
Baca Dengan Lebih Lanjut : Kuala Selangor Cabin Camp Homestay
-
Kasturi Kabin
Kasturi Kabin adalah satu penginapan yang cukup mewah, terletak di bukit hijau dan terdapat beberapa villa yang mampu menjadikan staycation anda sempurna! Terdapat tiga jenis bilik atau penginapan yang ditawarkan termasuk Kasturi Cabin. Satu cabin ini mampu menampung 6 orang dengan cukup selesa.
Photo from Kasturi Kabin
Terdapat tiga bilik berhawa dingin, dilengkapi dengan 2 katil bersaiz queen, ruang makan indoor dan outdoor dan keperluan asas yang menjanjikan satu pengalaman penginapan yang cukup selesa
Photo from Kasturi Kabin
Antara fasiliti yang disediakan adalah ruang BBQ yang dibantu oleh staff jika anda berminat untuk ber-barbeque bersama keluarga bersebelahan satu kolam infinity! Korang bayangkan makan bersama keluarga di tepi kolam dikelilingi pokok menghijau memang best sangat! Selain itu, kabin ini terletak dekat dengan restoran dan juga kedai serbaneka, jadi tak perlu risau kalau korang lapar!
📍Jalan Pansoon, Kampung Padang, 43100 Hulu Langat, Selangor
📞012-252 2235
-
Farm Ville Cafe & Homestay
Jika anda ingin ke Sekinchan, kami cadangkan anda dapatkan tempahan untuk menginap di Farm Ville Cafe & Homestay. Hotel berkonsep Kebun atau ladang ini dikelilingi dengan sawah padi dan dibina dari kontainer. Terdapat 6 jenis bilik penginapan yang boleh anda pilih mengikut kesesuaian dan keselesaan anda dan keluarga.
Photo from farm ville cafe & homestay
Kerana mereka sangat peka dengan kemahuan pengunjung yang inginkan ketenangan dan distraksi dari tekanan kehidupan seharian, pihak Farm Ville Cafe & Homestay telah pun memastikan mereka menyediakan pelbagai fasiliti dan aktiviti untuk sebuah percutian yang ceria dan seronok. Antara fasiliti ini ialah Kolam Renang kanak-kanak dengan gelongsor, Kawasan dan keperluan BBQ, Bilik private dan pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan.
Photo from Farm Ville Cafe
📍11304, Jalan Tepi Sawah, Sekinchan, 45400 Sekinchan, Selangor
📞017-206 8666
-
Sekinchan Padi Box
Jika anda berada di Sekinchan, anda mesti teringin nak bangun tidur berpemandangan sawah padi di pagi hari kan? Haa apa kata anda menginap di Sekinchan Padi Box yang merupakan tempat penginapan di tengah-tengah sawah padi. Pemandangannya memang sangat cantik kerana anda dapat melihat latar belakang padi yang menghijau serta menenangkan mata anda. Pasti sangat cantik apabila dapat melihat keindahan sawah padi terutama ketika matahari terbit dan terbenam. Akan tetapi, sawah padi ni ada masa-masa tersendiri untuk melihat kehijauanya. Bukan setiap masa menghijau.
Photo from Sekinchan Padi Box
Istimewanya Padi Box ini selain berada di tengah sawah padi, reka bentuk tempat penginapan ini sendiri. Manataknya, ianya menggunakan kontena yang diubah suai menjadi guest house. Warni-warni Padi Box ini juga menambah keseriannya yang membuatkan anda pasti teruja untuk meluangkan masa disini. Tangkap gambar memang cantik sangatlah, ada sawah padi yang hijau ditambah pula dengan warna-warni Padi Box ini.
📍Jalan Tali Air 4, Kampung Parit Empat, 45400 Sekinchan, Selangor
📞019-320 5688
Kesimpulannya, penginapan yang menawarkan konsep dan reka bentuk yang kreatif dan unik semakin diminati oleh banyak orang. Hal ini mendorong perkembangan berbagai penginapan dengan konsep kabin atau kontena di Selangor.
Anda Mungkin Suka :