Anjung Pool Villa, Villa Yang Indah Di kelilingi Sawah Padi Dan Kolam Renang Privasi
Warga kota yang pasti ingin bercuti di destinasi desa yang tenang dengan pemandangan yang indah, terutama dengan keinginan untuk memberikan keseronokan kepada anak-anak dengan kolam renang. Kami telah menemui sebuah pilihan penginapan yang menarik bernama Anjung Pool Villa, terletak di Sekinchan, Selangor.
Photo from Anjung Pool Viila
4 unit Villa Yang Tersedia di Anjung Pool Villa
Sangat sesuai untuk membawa keluarga ke tempat ini. Terdapat empat unit pilihan yang tersedia, dengan unit terbaru yang berwarna merah dan terdiri dari dua tingkat, mampu menampung hingga enam orang. Unit ini adalah unit studio yang ideal untuk penginapan keluarga.
Photo from Anjung Pool Villa
Selain daripada itu, terdapat juga dua unit lain yang telah sedia ada, walaupun hanya terdiri daripada satu tingkat sahaja, tetapi masih dilengkapi dengan kolam renang.
Photo from Anjung Pool Villa
Bilik Yang Selesa
Setiap unit bilik dilengkapi dengan kemudahan yang lengkap seperti dapur, ruang tamu dan bilik tidur yang selesa. Peralatan elektronik seperti televisyen dan penyaman udara juga disediakan untuk keselesaan pengunjung.
Photo from Anjung Pool Villa
Setiap unit bilik mempunyai rekaan unik yang berbeza, menawarkan pengalaman penginapan yang unik dan menyeronokkan. Unit terbaru, misalnya, adalah sebuah unit studio dua tingkat yang mempunyai ruang tamu dan bilik tidur yang terpisah, yang sesuai untuk keluarga yang lebih besar atau kumpulan sahabat.
Photo from Anjung Pool Villa
Kemudahan yang lengkap
Peralatan elektronik seperti televisyen dan penyaman udara juga disediakan untuk keselesaan pengunjung. Bilik air yang mempunyai shower dan juga bath tub.
Photo from Anjung Pool Villa
Setiap unit bilik di sini dilengkapi dengan kolam renang pribadi, yang menawarkan keseronokan dan keselesaan untuk pengunjung. Anda boleh menikmati kolam renang dengan keluarga atau bersantai dan menikmati suasana sekeliling yang tenang.
Pemandangan yang menakjubkan di Anjung Pool Villa
Terletak di tepi sawah, ia menawarkan pemandangan yang menakjubkan, khususnya pada waktu senja. Anda dapat menikmati pemandangan yang indah sambil menikmati minuman atau makanan ringan yang disediakan.
Photo from Anjung Pool Viila
Berdekatan dengan tarikan pelancongan popular seperti paddy field dan pantai. Anda boleh memanfaatkan lokasi strategik ini untuk menjelajah Sekinchan dengan lebih mudah
Photo from Anjung Pool Villa
Kalau ada rezeki insyaAllah boleh menginap disini. Terbayang petang-petang duduk di balkoni sambil menikmati angin sepoi-sepoi bahasa meniup padi yang sedang menghijau. Fuhhh !
📍Ban 2, Lot 13402, Jalan Tali Air 11, Kampung Tengah Pasir Panjang, 45400 Sekinchan, Selangor
📞012-235 2024