download Jom Explore app
Sarang By The Brook Kuala Kubu Bharu, Tidur Di dalam Kontena Kelilingi Hutan

Sarang By The Brook Kuala Kubu Bharu, Tidur Di dalam Kontena Kelilingi Hutan

Jom! Cuti Staycation
By Ayunie Husna on 09 Feb 2023
Digital Editor

Tempat penginapan yang terletak hanya 1 jam perjalanan dari Kuala Lumpur ini memang sesuai untuk mereka yang sukakan tempat yang sejuk, nyaman dan dikelilingi dengan hutan tropika. Sarang By The Brook lah jawapannya di Kuala Kubu Bharu.

Pemandangan Dari LuarPhoto from Sarang By The Brook

Tarikan utama tempat

Penginapan ini pula ialah bilik-bilik tidurnya yang diperbuat daripada kontena-kontena penghantaran sebagai blok asas pembinaannya. Memang sangat menarik dan unik. Apa yang menariknya lagi, tempat penginapan ini mempunyai sebuah swimming pool bukan dengan air klorin tetapi dengan air masin beroperasi selama 24 jam.

Keluasan BilikPhoto from mak_dot

Bercakap mengenai biliknya pula, Sarang by The Brook mempunyai 11 bilik kesemuanya dengan keluasan 160 kaki persegi setiap satu. Setiap biliknya pula mempunyai sebuah katil bersaiz queen yang boleh memuatkan 2 orang dewasa.

Room | Desk, iron/ironing board, bed sheetsPhoto from Sarang By The Brook

Antara kemudahan yang disediakan

Terdapat aircond, bilik air dengan pemanas air, plug socket, pengering rambut, kemudahan membuat minuman, tuala, barang mandian, sebuah patio untuk yang menginap di tingkat bawah dan sebuah balkoni bagi yang menginap di tingkat atas. Terdapat juga sebuah kipas di patio dan balkoninya, jadi memang selesa untuk bersantai dan melepak bersama keluarga dan pasangan. Mempunyai dapur juga disini.

kemudahan Dapur Yang DisediakanPhoto from Sarang By The Brook

Harga bilik yang ditawarkan pula hanya RM 180 untuk satu malam, memang sangat berbaloi untuk pelbagai kemudahan yang disediakan ini.

Tempat makan-makan Photo from Sarang By The Brook

Aktiviti Yang Disediakan

Anda juga boleh melakukan pelbagai aktiviti adventures disini seperti The Night Jungle Experience, Magical River Trek dan The White Water Rafting Experience. Setiap aktiviti yang dilakukan mempunyai yuran untuk bermain, tidak termasuk harga bilik sekali.

Aktiviti Water RaftingPhoto from Whitewaterrafting

Berikutlah pelbagai aktiviti yang boleh anda lakukan jika anda menginap di Sarang by The Brook. Sangat sesuai untuk mereka yang ingin mencuba sesuatu yang baru dan sukakan aktiviti yang adventure. Harga yang ditawarkan juga sangat berbaloi dan berpatutan. Jadi, apa tunggu lagi? Tempah bilik anda sekarang.

?Jalan Seruling 20,, 44000 Kuala Kubu Bharu, Selangor

?019-332 2448

Anda Mungkin Suka:

 

 

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok