download Jom Explore app
'Healing' Di Nipon Beach Cottage, Kemaman Terengganu

'Healing' Di Nipon Beach Cottage, Kemaman Terengganu

Jom! Cuti
By Muhammad Aliff on 12 May 2023
Digital Editor

Permandangan Yang Memukau Memang Memberikan Pengalaman Sukar DilupakanPhoto from FB: Nipoh Beach Cottage

Resort Yang Dibina Dengan Seni Bina Tradisional Melayu Untuk Mewujudkan Suasana Santai Macam Berada Di Kampung Halaman

Seni Bina Tradisional Melayu Seperti Rumah Kampung Menjadi Fokus Resort IniPhoto from FB: Nipoh Beach Cottage

Siapa je tak suka berada di kampung halaman sambil menikmati angin sempoi-sempoi bahasa bertiupan kan? Macam dunia ni takda masalah lah kan betul tak! Haa.. sebab itulah suasana santai ini menjadi fokus utama resort Nipoh Beach Cottage tau!

Kalau korang nak tahu, setiap kabin dibina dengan menggunakan seni bina tradisional Melayu tau memberikan pengalaman seperti korang berada di kampung halaman sendiri sambil menikmati suasana tenang.

Selain itu, setiap kabin dihias dengan cantik serta dilengkapkan dengan segala kemudahan asas moden yang korang perlukan untuk menambah keselesaan pengalaman korang.

Macam Berada Di Kampung Halaman Yang Mewujudkan Suasana SantaiPhoto from FB: Nipoh Beach Cottage

Bukan itu je tau, kabin ini terletak di antara pokok-pokok dan berdekatan dengan pantai untuk mewujudkan suasanan yang tenang tanpa gangguan bising supaya penginapan korang kekal berada dalam mood santai tau. Jadi memang sesuai untuk korang yang inginkan sebuah tempat yang terlindung daripada kesesakan serta kesibukkan bandar.

Korang Takkan Bosan Dekat Sini! Segala Aktiviti-Aktiviti Yang Sesuai Bersama Keluarga Ataupun Rakan-Rakan

Kolam Renang Untuk Korang Mengadakan Aktiviti Seperti BerenangPhoto from FB: Nipoh Beach Cottage

Haa.. walaupun Kijal merupakan sebuah pekan. Korang takkan bosan dekat resort ini tau kerana terdapat pelbagai aktiviti yang korang boleh lakukan bersama-sama keluarga ataupun rakan-rakan korang.

Di tengah-tengah resort terdapat sebuah kolam renang untuk korang menikmati sesi berenang ataupun melepak berborak sampai malam pun takpa tau! Haa.. bagi yang minati alam semula jadi memang akan jatuh cinta dengan tempat ini kerana fokus kepada persekitran alam semula jadi di sekitar kawasan resort ini.

Selain itu, korang pun boleh lakukan sesi BBQ di ruang disediakan bersama keluarga ataupun rakan-rakan pada waktu malam sambil menikmati bunyi-bunyi pantai menciptakan pengalaman yang sukar dilupakan nanti tau.

Sambut Hari Jadi Pun Boleh Tau!Photo from IG: nathasajamal

Bukan itu sahaja, resort ini terletak di sebelah sungai di mana korang boleh lakukan aktiviti seperti kayak, menjala ataupun memancing tau! Pantai Penunjuk Kijal pun terletak berdekatan dengan kawasan resort ini untuk korang singgah sambil menikmati permandangan pantai yang indah.

Bukan Aktiviti Je Banyak, Nak Makan Pun Banyak Sangat Sampai Pening Kepala!

Nasi Dagang Antara Makanan Paling Popular Di Terengganu TauPhoto from Che Nom

Kalau korang nak tahu Terengganu ni memang terkenal dengan masakan gaya pantai timur tau yang sedikit lain berbanding negeri-negeri lain di bahagian selatan ataupun utara tau.

Min rekomen korang cari Nasi Dagang yang korang boleh cari di pelbagai kedai di Terengganu tau! Selain itu, kerana negeri ini terletak berdekatan dengan pantai memudahkan untuk korang menikmati makanan laut segar dengan harga berpatutan tau.

Memang banyak kedai menjual masakan laut ikan bakar yang korang boleh dapat di sekitar kawasan Kijal tau! Selain itu, Min rekomen untuk korang cuba makanan tradisional negeri Terengganu seperti otak-otak, keropok lekor, satar dan nasi air tau. Memang korang takkan menyesal kalau makan di negeri ini.

Di Terengganu Tak Sah Tak Makan Makanan Laut Yang Banyak Dekat SiniPhoto from Canva

Haa.. mesti korang terliur bila memikirkan tentang makanan laut segar yang boleh didapatkan dengan harga berpatutan ketika bercuti di resort santai ini kan? Paling penting adalah korang kena pastikan korang makan sampai kenyang barulah tak menyesal bila cuti dah habis nanti.

Secara keseluruhan, Min rekomen untuk korang menikmati suasana santai di Nipoh Beach Cottage ni tau kerana ia bukan sahaja mewujudkan suasana santai malah menyediakan penginapan yang sangat selesa supaya korang dapat mencipta pengalaman yang sukar dilupakan dalam kehidupan korang tau.

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok