3 Destinasi Wajib Singgah Di Perlis Macam Di Luar Negara!
Korang dah puas pusing satu negara mencari destinasi percutian baru untuk menghilangkan stress? Apa kata korang pergi ke Perlis pulak yang mempunyai 3 tempat yang bakal memukau korang dengan keindahan semula jadinya!
Haa.. tak percaya kan Perlis mempunyai tempat-tempat yang cantik jugak tau walaupun sebuah negeri kecil terletak di bahagian utara Malaysia dengan keluasan hanya 8212 kilometer persegi je tau.
Perlis sebenarnya terkenal dengan landskap yang indah seperti korang berada dalam filem tau! Selain itu, seni bina tradisional serta berberapa warisan budaya yang dapat dilihat pada muzium mereka. Negeri ini dikelilingi oleh hutan serta bukit menjadikkan ianya destinasi sesuai untuk korang yang ingin menikmati flora dan fauna semula jadi.
Photo from IG | seniorizz
Sebelum korang booking cuti korang tu, Min nak rekomen dekat korang 3 tempat di Perlis yang wajib korang kunjungi yang pasti memukau korang dengan keindahan semula jadinya. Jom tengok!
Permandangan Seperti Berada Dalam Filem di Tasik Timah Tasoh!
Photo from IG | azirali
Dibuka pada tahun 1998, Tasik Timah Tasoh ialah tasik buatan terbesar di negeri ini tau yang terkenal dengan aktiviti rekreasi untuk menikmati keindahan semula jadi di sini tau.
Terletak di Empangan Timah Tasoh, Berseri di Padang Besar, korang boleh menaiki bot untuk melihat permandangan seperti berada dalam filem tau! Memang cantik sehinggakan ramai pelancong terpegun melihat keindahan panaroma yang dapat dinikmati di tasik ini tau.
Ini kerana, tasik ini dikelililingi oleh gunung dan bukit yang menjadi latar belakang yang menakjubkan. Kalau korang nak tahu, terdapat banyak kawasan untuk korang berkelah untuk menikmati suasana cantik sambil berpiknik bersama pasangan korang.
Photo from IG | azirali
Selain itu, korang pun boleh memancing dan menaiki bot untuk melihat seluruh kawasan 1,214 hektar tasik ini!
Min rekomen sangat untuk jadikan tasik ini destinasi pertama untuk korang mulakan perjalanan di Perlis kerana terdapat pelbagai aktiviti, tempat yang dibina khas untuk para pelancong dan korang pun boleh amik gambar bersama pasangan macam dalam filem romantik!
Photo from IG | seniorizz
Sebuah Resort Di Tepi Tasik Sesuai Untuk Honeymoon Ataupun Hilangkan Stress!
Photo from IG | edst4gram
Kalau korang dah sampai ke Tasik Timah Tasoh apa kata korang bermalam di resort yang berdekatan dengan tasik itu iaitu Tasoh Lake Resort By Tasoh TasikKu. Resort ini berdekatan dengan Tasik Timah Tasoh je tau menjadikkan resort ini popular di kalangan pelancong yang ingikan sebuah resort yang cantik dengan permandangan yang indah.
Resort ini terletak pada lokasi yang strategik tau kerana terlindung dari kesesakan bandar dan dikelilingi oleh alam semula jadi mencipta sebuah suasana yang sejuk dan tenang. Boleh hilang segala masalah kerja korang tu!
Photo from Tasoh Lake Resort
Selain itu, terdapat pelbagai jenis bilik boleh korang pilih seperti deluxe, suite dan chalet. Setiap bilik dilengkapi dengan segala kemudahan moden untuk memberikan korang pengalaman yang selesa dan santai tau.
Antara aktiviti popular di resort ini adalah menyewa basikal untuk korang pusing di sekitar kawasan sambil menikmati permandangan tasik dan bukit di sekitarnya. Haa.. apa kata korang bawa pasangan honeymoon dekat sini sangat sesuai untuk menikmati masa berdua.
Photo from Tasoh Lake Resort
Bukit Chabang Yang Sesuai Untuk Korang Inginkan Masa Berhenti Buat Sementara Sambil Menikmati Suasana!
Photo from IG | dtourholiday
Kadang-kadang kita merasakan masa bergerak dengan sangat pantas sampai kita sendiri tak sedar sudah berbulan-bulan kita tidak pergi 'healing' kan. Haa.. sebab itulah korang kena singgah Bukit Chabang ni tau!
Hanya 10 kilometer dari bandar Kangar. Bukit ini memang terkenal dengan landskapnya iaitu dua bukit yang kelihatan seperti terbelah dua. Selain itu bukit ni sesuai kalau korang penggemar kaki hiking tau!
Ketinggian kira-kira 300 meter, korang boleh mendaki ke puncak bukit ini agak mudah yang hanya mengambil masa 45 minit sehingga sejam bergantung pada tahap kecergasan korang tau. Sepanjang perjalanan korang dapat menikmati suasana alam semula jadi dengan keindahan pokok bersama bunyi burung berkicauan tau.
Photo from IG | dtourholiday
Di puncak bukit pula, korang boleh melihat permandangan panaromik sekitar kawasan kampung, tanaman sawah padi yang sangat cantik lagi-lagi waktu matahari terbit ataupun terbenam.
Bukan itu sahaja tau, korang turut boleh berinteraksi dengan berberapa peladang yang membuka kawasan ternakan kambing memberikan korang pengalaman interaktif di kawasan ini. Haa.. apa kata korang pelan piknik di sini memang cantik tau! Bagaikan masa berhenti seketika bila korang berada di Bukit Chabang.
Photo from IG | dtourholiday
Haa.. Bila Lagi Nak Pergi Bercuti Ni? Apa Kata Korang Singgah Perlis Dan Lawati 3 Destinasi Ni Pulak!
Apa kata lepas ni korang pelan bercuti ke Perlis pulak dan lawati 3 destinasi yang Min rekomen ni dekat korang! Maklumlah korang sendiri tak percaya Perlis pun mempunyai destinasi yang sangat cantik macam berada dalam filem tau.
❤️Melarikan diri ke vila Gerimis Senja yang terinspirasi Bali di Selangor untuk penginapan staycation anda yang terbaik. | Jom Explore
❤️Temukan Keindahan Tenang di Kuak Hill Resort - Penginapan Villa dan Glamping di Lenggong, Kuala Kangsar | Jom Explore