Kejutkan Ramai Orang Setelah Failkan Penceraian, Jom Kenali Pemilik Nama Diana Danielle!
Betul lah kata pepatah dahulu, panas yang disangka sampai ke petang rupanya hujan ditengah hari. Baru-baru ini, pelakon, Diana Danielle mengejutkan ramai pihak apabila dia memfailkan penceraian dengan suaminya yang juga merupakan seorang pelakon dan pengarah, Farid Kamil.
Photo from Instagram Farid Kamil
Ramai tidak menyangka perkara tersebut apabila pasangan itu kelihatan baik-baik sahaja malah pelakon filem Imaginur itu juga baru sahaja mengerjakan ibadah umrah bersama suami dan anak-anak mereka, Muhammad dan Nur Aurora.
Photo from Instagram Diana Danielle
Malah, Farid Kamil juga menjelaskan dia tidak mengetahui punca isterinya berbuat demikian dan tidak memberikan banyak komen. Katanya, semua persoalan ini lebih baik ditanya kepada empunya badan.
Photo from Instagram Diana Danielle
Semoga urusan rumah tangga mereka akan menemui jalan penyelesaian terbaik. Apa-apapun, jom kita kenali pemilik nama Diana Danielle ini dengan lebih dekat.
Photo from Instagram Diana Danielle
?Berdarah campuran Melayu-Amerika
Nama penuhnya adalah Diana Danielle Danny Beeson dan dia dilahirkan di Houston, Texas, Amerika Syarikat pada 22 November 1991. Dia kembali ke Malaysia setelah ibu bapanya bercerai ketika dia masih kecil dan dibesarkan di Georgetown, Pulau Pinang. Diana mempunyai seorang adik tiri bernama, Hailey Hayden yang lahir pada tahun 1993.
Photo from Instagram Diana Danielle
?Ceburi dunia lakonan sejak berumur 9 tahun
Filem pertama lakonan Diana adalah Idola, arahan Aziz M. Osman namun begitu, dia mula dikenali menerusi drama Air Mata Maria pada tahun 2007 yang diarahkan oleh Yusof Haslam. Dia juga kemudiannya berlakon di dalam filem Evolusi KL Drift, arahan Syamsul Yusof. Setakat ini, sudah terlalu banyak drama dan filem dibintangi Diana Danielle.
Photo from Instagram Diana Danielle
?Juga boleh menyanyi!
Selain berkebolehan untuk berlakon, Diana juga pernah mengeluarkan single bertajuk 'Tentang Kita' dan juga ada menyanyikan lagu cover di laman Youtube miliknya. Selain itu, Diana juga turut menyanyi semasa Konsert Blue 20th Anniversary Heart & Soul Tour baru-baru ini.
Photo from Instagram Diana Danielle
?Pernah jadi mangsa dipukul bekas kekasih?
Ketika muncul di Studio Sembang yang dihoskan oleh Amelia Henderson, Diana Danielle mendedahkan dia sendiri berada di dalam satu fasa di dalam perhubungan dimana dia dipukul oleh teman lelakinya ketika itu. Katanya, belakang tengkuknya bengkak kerana dipukul dan menasihati para wanita agar tidak terus kekal berada di dalam satu hubungan yang toksik.
Photo from Instagram Diana Danielle
?Kahwin dan failkan Penceraian dengan Farid Kamil
Dalam temu bual itu juga, Diana mendedahkan bahawa dia dahulu yang jatuh cinta dengan Farid. Katanya, sikap Farid yang positif serta sering memberikan galakan dan dorongan buatnya menjadikan dia seorang insan yang lebih baik. Pasangan itu sah berkahwin pada 3 November 2012.
Photo from Instagram Farid Kamil
Diana memfailkan perceraiannya pada 20 Mac lalu dengan alasan Shiqaq di mana mereka sudah tiada persefahaman dan pergaduhan berpanjangan. Farid bagaimanapun tidak mahu menceraikan Diana atas alasan masih sayang dan mahu memperbaiki rumah tangga mereka selama 11 tahun itu. Bagaimanapun, setakat artikel ini ditulis, Farid dihalang untuk masuk ke kediaman mereka dan dihalang untuk bertemu dengan anak-anak. Diana juga turut memadam gambar Farid dan menyorok komen di laman media sosial miliknya.
Photo from Instagram Farid Kamil
Anda mungkin suka:
❤️ Masih Dalam Proses Pemulihan Selepas Diserang Di Singapura, Jom Kenali Pemilik Nama Kamal Adli Ini