Masih Dalam Proses Pemulihan Selepas Diserang Di Singapura, Jom Kenali Pemilik Nama Kamal Adli Ini
Pelakon Kamal Adli telah diserang oleh seorang individu semasa berada di Singapura atas urusan kerja. Insiden tersebut jadi betul-betul di hadapan orang ramai dan isteri Kamal sendiri iaitu Uqasha Senrose.
Selepas dipukul berkali-kali, pelaku telah ditangkap oleh orang ramai dan kami juga dilaporkan parah dan harus membuat satu pembedahan major. Kini pelakon drama Setelah Terlafaznya Akad kini stabil dan di dalam proses pemulihan.
Jom kita kenali pemilik nama Kamal Adli dan penglibatannya di dalam industri hiburan tanah air:
?Nama penuh adalah Ahmad Kamal bin Muhammad Adli
Dilahirkan pada 16 April 1986 di Pekan, Pahang dan merupakan anak ketiga daripada tujuh orang adik beradik. Dia merupakan juara Hero Remaja 2007/2008 dan juga bersahabat baik dengan pelakon dan pengacara Fizo Omar. Dia juga berkelulusan dalam bidang penyiaran di Akademi TV3.
?Penglibatan dalam dunia lakonan
Drama yang melonjakkan namanya ada Bio-Nik terbitan Kru Studios. Di mana dia melakonkan watak seorang lelaki yang terlibat dalam kemalangan dan ditukar menjadi separuh robot, separuh manusia. Kamal juga seorang pelakon yang versatil dan boleh melakonkan pelbagai karakter.
?Aktif bermain futsal
Kamal merupakan seorang yang gemar bermain futsal, suka berkaraoke dan menonton wayang. Dia juga dikatakan seorang yang peramah dan boleh buat kawan dengan sesiapa sahaja. Dia juga merupakan penyokong kuat Manchester United.
?Wanita-wanita di dalam hidupnya
Sebelum berkahwin dengan Uqasha Senrose, Kamal pernah menyulam cinta dengan Intan Ladyana selama enam tahun namun hubungan itu putus di tengah jalan. Dia kemudiannya menjalinkan hubungan dengan Emma Maembong pula namun ia juga tidak berkekalan. Kamal dan Uqasha mula rapat setelah sama-sama membintangi drama Setelah Terlafaznya Akad namun bijak menyorokkan hubungan mereka.
Bagaimanapun, Kamal membuat kejutan dengan melamar Uqasha di khalayak ramai ketika Anugerah Meletop Era 2020 dan Uqasha menerima lamaran tersebut. Mereka mengikat tali pertunangan 4 April 2021 dan berkahwin pada 5 November 2021 dalam satu acara tertutup.
Baru-baru ini, Uqasha turut mendedahkan bahawa dia pernah dua kali keguguran dan berdoa semoga Kamal dan dirinya dimurahkan rezeki untuk mendapat anak.
?Kini stabil, Kamal mohon orang ramai doakan dia dan juga isterinya
Dia memuat naik satu hantaran di laman Instagram miliknya mengatakan dia kini sudah stabil namun begitu masih bergantung pada ubat tahan sakit. Dalam pada itu, dia juga tidak lupa untuk meminta agar orang ramai mendoakan kesejahteraan dia dan isterinya terutamanya Uqasha yang masih trauma melihat suami sendiri dipukul di depan mata.
Anda mungkin suka: