download Jom Explore app
Siapa Tak Kenal Syamsul Yusof? Ini 5 Fakta Menarik Mengenai Beliau

Siapa Tak Kenal Syamsul Yusof? Ini 5 Fakta Menarik Mengenai Beliau

Hot & Viral
By Ayunie Husna on 13 Jan 2023
Digital Editor

Sebut sahaja Syamsul Yusof siapa tak kenal dengan nama pengarah terkenal ini. Nama yang tengah sensasi sekarang kerana isunya bersama Puteri Sarah, disebabkan telah mengahwini kali kedua iaitu Ira Kazar sebagai isteri kedua.

Walau bagaimanapun, penceritaan hari ini adalah kerjaya seni Syamsul Yusof, yang memulakan karier dari 1998 kerana telah mewarisi bakat seni bapanya Yusof Haslam. Syamsul Yusof juga bergelar sebagai pelakon, penyanyi, penulis skrip, pengarah dan juga penerbit.  Mari kita lihat kerjaya seni Syamsul Yusof sebelum menjadi pengarah terkenal.

?Pelakon Cilik

Syamsul Yusof mula menceburi bidang seni dengan memegang watak kecil iaitu filem Maria Mariana 2, arahan dari bapanya Yusof Haslam sebagai memegang bunga manggar.

?Pelakon 

Beliau juga seorang pelakon terkenal sebelum menjadi pengarah. Filem dan drama yang beliau juga sangat popular, filem dan drama yang dilakonkan ialah "Gerak khas", "Tanah Kubur", "KL Gangster", "Munafik", "Aku bukan Tomboy", "Desolasi" dan banyak lagi. Lebih menarik lagi, antara filem yang beliau lakonkan beliau juga yang mengarah.

?Pengarah dan Penerbit

Beliau merupakan pengarah termuda di Malaysia. Arahan Filem beliau sering mendapat sambutan pecah panggung antara filem yang Syamsul Yusof arahkan ialah Munafik (17 juta) Munafik 2 (37 juta), KL gangster (11juta), Mat Kilau (97 juta), Evolusi KL Drift dan Khurafat. Sering mendapat tontonan yang berjuta kesemua filem beliau.

? Anugerah yang dimenangi

Disebabkan filemnya sering mendapat sambutan beliau juga memenangi pelbagai Anugerah iaitu Pengarah Terbaik di Festival Filem Asia Pasifik-57, Pelakon Terbaik Festival Filem Malaysia-30 dan pelbagai lagi.

?Penyanyi (Rappers)

Bukan sahaja menjadi pelakon dan pengarah beliau juga menjadi penyanyi 'rappers'. Lagu beliau sering menjadi OST Filem beliau sendiri seperti Kalah dalam menang bersama Mawi, Bukan Propaganda, Senorita bersama AC Mizal dan Shuib Sepahtu dan juga lagu Menangislah bersama Mawi.

Ternyata Syamsul Yusof seorang yang sangat berbakat dan berkaliber dalam industri seni Malaysia. Hasil Karya beliau sentiasa dinantikan oleh rakyat Malaysia. Filem beliau kalau dihasilkan memang lain dari yang lain dan sangat seronok apabila ditonton.

Anda Mungkin Suka:

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok