5 Tempat Menarik Anda Kena Jejakkan Kaki Di Kundasang, Sabah!
Musim cuti sekolah sudah pun kembali, jadi tentunya para ibu bapa tengah pening kepala nak bawa anak berjalan ke mana. Haa.. apa kata kali ini anda semua rancang untuk melawat Kundasang, Sabah!
Photo from Instagram syikinasir_
Bila sebut tentang Kundasang, automatik ramai akan ingat Gunung Kinabalu. Ya, Kundasang adalah sebuah pekan kecil di kaki Gunung Kinabalu. Dan, tempat ini juga pernah viral kerana persekitarannya yang menyerupai New Zealand. Memang lawa teruk!
Photo from Instagram ai.aynnmanisss
Jom kita lihat tempat-tempat menarik yang anda boleh lawati di Kundasang.
Photo from Instagram abang_akim
?Sosodikan Hill
Antara tempat yang wajib anda pergi jika ke Kundasang adalah Sosodikan Hill. Pemandangan yang sangat cantik dan menarik menanti anda serta tak susah untuk pun tiba di puncak.
Photo from Instagram thisiskeroxz
Apa-apapun, anda perlu hiking sedikit sahaja untuk tiba di atas dan masa yang diambil pun tidak lama, hanya 20 minit sahaja. Kanak-kanak pun tiada masalah untuk sampai ke puncak tau!
Photo from Instagram noor_ain_halim
?Kg Kauluan Peti Surat 873, 89308 Kundasang, Sabah
?Desa Cattle Dairy Farm
Haa.. kat sini lah yang orang ramai cakap macam dekat New Zealand tu! Tempat ini memang sesuai untuk mereka yang sudah berkeluarga sebab ada banyak aktiviti menarik yang boleh dilakukan di sini.
Photo from Instagram waniey_izaty
Antaranya adalah memberi susu botol pada anak lembu, perah susu lembu, bagi kambing makan rumput dan banyak lagi lah! Pastikan anda membuat tempahan dahulu jik merancang untuk ke sini kerana hanya terdapat 3 slot sahaja setiap hari.
Photo from Instagram orkidnurdelisha
? Jalan Cinta Mata Mesilou, 89308 Kundasang, Sabah
?Taman Kinabalu
Ini lagi satu tempat wajib anda kena pergi jika ke Kundasang iaitu Taman Kinabalu. Kalau anda nak tahu, taman ini merupakan permulaan untuk mereka yang ingin mendaki Gunung Kinabalu. Akan tetapi, ramai juga yang saja-saja datang sebab dari sini pun anda boleh lihat puncak Gunung Kinabalu tau!
Photo from Instagram kahbah_abu
Lagi satu, cuaca kat sini sejuk macam berada di tanah tinggi, oleh itu pastikan anda memakai pakaian yang tebal jika ke sini.
Photo from Instagram fa10fathonah_
?89300 Ranau, Sabah
?Mesilau Cat Village
Tempat ini hanya terletak 500 meter dari Desa Cattle Dairy Farm. Kepada pencinta haiwan, tempat ini memang sangat wajib untuk anda kunjungi. Untuk pengetahuan anda, kucing-kucing yang ada di sini adalah kucing liar diselamatkan dari seluruh negeri Sabah dan kebanyakan mereka pada mulanya sakit namun diberi rawatan dan tempat tinggal.
Photo from Instagram officialmyzaa
Tiket masuk adalah RM4 untuk dewasa dan RM3 untuk kanak-kanak.
Photo from Instagram bnickloza
?Unnamed Road, 89308, 89308 Kundasang, Sabah
?Mesilau Highland Strawberry Farm
Ladang strawberi ini juga berdekatan dengan Desa Cattle Dairy Farm. Tempat ini sangat sesuai untuk bersantai dengan keluarga sambil menikmati strawberi yang lazat. Untuk pengetahuan anda, benih strawberi ini adalah dari Jepun tau!
Photo from Instagram jajawali85
Kawasannya tidak luas namun tempat ini sentiasa menerima kunjungan orang ramai. Anda boleh petik dan bawa pulang strawberi atau lepak di kafe. Selain itu, terdapat juga taman bunga ros dan taman pokok bunga lain yang berhampiran. Harga tiket masuk adalah RM2 untuk 12 tahun keatas dan RM1 untuk 12 tahun kebawah.
Photo from Instagram ctaleys.official
?Jalan Cinta Mata Mesilou, 89308 Kundasang, Sabah
Anda mungkin suka: