download Jom Explore app
Mendaki Dengan Pemandangan Lautan Biru,Jom Ke Bohey Dulang, Semporna

Mendaki Dengan Pemandangan Lautan Biru,Jom Ke Bohey Dulang, Semporna

Jom! Cuti
By Ayunie Husna on 11 Jan 2023
Digital Editor

Rindu dengan pemandangan lautan biru. Dari pandangan atas? Mendaki ke puncak Bohey Dulang di Semporna, Sabah adalah aktiviti yang popular di kawasan Taman Laut Tun Sakaran. Ia terletak di hujung timur laut Borneo dan terkenal dengan air yang jernih, pelbagai hidupan laut dan terumbu karang.


View this post on Instagram

A post shared by miza ; (@mizasfl)

Untuk ke sini anda perlukan Agen pelancongan kerana perlu menaiki boat untuk sampai ke Bohey Dulang dan perlukan permit untuk sampai di sini. Tidak boleh masuk sesuka hati. Untuk mendapatkan agen di sana, anda boleh cari di 'Google' atau sosial media yang lain

 


View this post on Instagram

A post shared by @ezygo.travel

Ketinggian Bohey Dulang adalah 700 meter dari paras laut, untuk pengetahuan anda semua pendaki di sini perlukan kasut mendaki yang sesuai kalau terlupa boleh sewa juga.

Tetapi jika hujan pada hari sebelumnya, tidak boleh mendaki kerana jalan yang licin. Mereka juga akan  memberikan arahan yang diperlukan untuk mendaki dengan selamat dan mengurangi risiko tergelincir atau terjatuh

Kalau anda tak nak mendaki, anda boleh duduk di bawah dan  boleh melihat penyu yang berwarna putih iaitu penyu albino lain dari yang lain dari penyu yang selalu kita lihat. Pemandangan bawah pon sangat lawa kalau tak larat untuk mendaki.

 


View this post on Instagram

A post shared by @kimilim1


View this post on Instagram

A post shared by I’m Farhah (@drfcharm)

Jadi kalau tak tahu nak melancong ke mana tahun ini, apa kata anda cuba untuk ke sini kerana bukan setakat mendaki bohey dulang sahaja aktivitinya ada pelbagai lagi aktiviti lain yang ada di Semporna, Sabah.

Kalau dah sampai rugilah tak mendaki sebab ini lah yang paling menarik di Bohey Dulang. Rancang bersama kwan-kawan atau famili anda untuk ke sini.


View this post on Instagram

A post shared by Adib Mat Nor (@eh_adib)

? Pulau Bohey Dulang, Semporna Sabah 9110 Malaysia

⏰ Isnin-Ahad (Ikut Cuaca)

Anda mungkin suka:

 

 

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok